Monday, August 08, 2011

Memberi seikhlas hati

Alhamdulillah, hari ini hari ke 8 kita diberi peluang untuk berpuasa di bulan Ramadan yg mulia ini.
Ada yg sudah ponteng? :P
Ada yg sudah menunaikan zakat? Kami belum lagi, tp insyaAllah before end of this month kami akan tunaikan zakat fitrah itu.
Tp, kami telah pun melakukan satu kebaikan pada petang semalam iaitu amalan bersedekah.

Sedekah adalah perkataan berasal daripada bahasa Arab, iaitu sadaqah yang turut diguna pakai dalam bahasa Malaysia. Maksud yang sama ialah menderma, membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang imbalan.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)

dalam ayat lain,

“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan har tanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula me ngandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan me lipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)



Tujuan asalnya encik abang buat untuk menzakatkan sebahagian dari pendapatannya.
Tp lebih kepada bersedekah atau memberi sumbangan, sama saja sebenarnya.
Justeru itu, kami sepakat telah memilih 5 keluarga yg terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan orang tua yg sudah uzur untuk menerima sumbangan dari kami.
Keluarga tersebut semuanya orang kampung encik abang juga sekitar Kg. Teluk Sareh.

Kami belikan beras, tepung, gula, telur, sardin, biskut, susu dan minyak (maaf, terlupa nak snap gambarnya)
Alhamdulillah, semua yg menerima pemberian kami itu tersenyum girang.
Memang itu pun harapan kami agar dapat meringankan sedikit bebanan mereka.
Rasa dah macam join program Bersamamu kat TV3 tu pulak :)

Oh yer, masa kami duk beri tu, Husna dan Lukman kami bawa bersama. Sebagai satu terapi untuk mereka. Supaya bila besar esok mereka dapat memahami apa itu sedekah.



Lukman dah besar nanti,
jangan lupa untuk bersedekah, yer :)



Selesai semunya, tiba-tiba encik abang cakap.
"Rasa insaf sangat. Dengan RM200 tu mereka dapat makan untuk seminggu sekeluarga. Kita? Makan kat Horizon Garden tu RM100 sekali makan..."
Saya jawab apa?
"Betullah bang, setuju sangat..." (dalam hati pun insaf juga)

Semoga Allah berkati usaha yg telah kami lakukan.
Semoga Allah ampuni dosa-dosa kami.
Semoga Allah murahkan rezeki kami dan hamba-hamba Allah yg lain.



psst: tujuan entry ini ditulis lebih kepada untuk bacaan Husna dan Lukman di masa akan datang.
Juga sebagai motivasi untuk orang lain melakukan perkara yg sama seperti yg kami lakukan, insyaAllah. Tangan yg memberi lebih mulia dari tangan yg menerima.





KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

8 comments:

yatie chomeyl said...

bagus Huda, berkongsi cerita tentang kebaikan supaya org ynag baca entry ini akan dapat ilham untuk bersedekah juga. :)

semoga semakin di murahkan rezeki Huda sekeluarga

L said...

jom befikir dibulan ramdhan.. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jom-berfikir.html

aanie said...

bersedekah setakat yg sy mampu je....

NM02 said...

tangan yg memberi lebih baik dari yang menerima

Fieza79 said...

bagus huda dan en suami..moga ditambah pahala dan rezki yang berganda2 lps ni...

cntik header baru..!

::NureeN:: said...

mmg sgt2 bagus rasa huda & soami.. moga kita sama2 manfaatkan bulan mulia ini dengan bersedekah.. ;p

ajumohit said...

Tgn yg mberi lebih baik dari yg menerima, moga usaha ini berterusan ke akhirnya kan huda...

|| NaFiRaa || said...

teladan yang baik utk anak2..

moga rezeki huda sekeluarga makin murah..aminnn..



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi