Tuesday, August 16, 2011

"Na batuk...tak boleh makan ayem..."

Bila jalan-jalan mall nampak tong ais krim, Husna mesti cakap...
"Na batuk, tak boleh makan ayem..."
automatik dia akan cakap gitula, tp dalam masa yg sama dia akan minta juga. Ais krim memang kesukaan dia berbanding jajan lain. Tp saya tidakla selalu setuju dengan permintaan dia. Encik abang juga begitu.

Semalam dia mengamuk nangis-nangis kat rumah sebab permintaan dia tidak diturutkan oleh umminya ini.
Mana taknya, pagi lagi sayang oi. Tak reti sejuk ke. Breakfast nak makan ais krim?
Saya lari naik atas jenguk Lukman yg masih tidur. Husna follow sambil jerit nangis. Sampai bilik, dia sambung lagi rayuannya dengan tangisan ala jeritan. Saya buat tak tahu je la.
Saya cakapla, "Na kan batuk, mana boleh makan ais krim..."
Dia jawab.
Dia cakap, "errmmm..."
"ummi, na nak ayem..."
Saya ignore je dia.

Petang tu before Zuhur dia minta lagi. Tp kali ini cara baik punya. Siap nak cium ummi.
Dia cakap, "cium ummi yer..."
Hai anak, cair hati ummi bila dia buat gitu.
Akhirnya, Husna menang, ummi kalah. Dapat juga dia makan ais krim semalam. Saya bagi sikit je la.




muka lega dapat makan ais krim...




tu dia...muka dah comot bagai...




habis baju pun comot...




Lukman pula?
tengok je la kakak makan yer...kamu kecil lagi, belum boleh makan :)






KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

12 comments:

nieda said...

budak2 mmg suka ais krim..humaira pun sama. Tapi jarang juga bagi, habis baju kotor..hehe

ajumohit said...

Siannya lukman bleh tgk je tau, nnti becar baru bleh Mamam eskrem tu hihi

Fieza79 said...

lagi2 eskrem je dorang suka kan...

*azni* said...

izzul kurang sket ais krim,tak tau nape..maybe sbb sejuk kot..

~ana~ said...

kat rumah ana mmg xde simpan stok aiskrim sbb penuh dgn stok susu, daging, ayam dan binatang2 lain..:)..

tp kalau keluar tu sometimes bw la diaorg mkn BR or kalau g taman permainan, beli kan aiskrim paddle pop tu..

eima said...

fahim dulu pun sama takleh mkn aiskrim sbb aku tak bg sbb takut die lelah... tp sejak 2 menjak ni .. die dah ok aku bg je ...kesian tp aiskrim terpilih je .. ade sesetgh tu tak sampai sejam dah batuk teruk...huhu

anak punya pasal kadang tu aku langgar pantang

eB ezrin said...

betoi tau, batuk xleh mkn ayem ;p

ezan said...

kitorg pun xde stok ice cream kat rumah. tp kalo keluar confirm marea mintak ice cream sundae mcd tu. so kitorg pastikan x lalu dpn mana mcd. hahaha.

Ya ALya said...

pandai husna amik hati mama yer.......dapat pun makan ais krim...hehehehehe

MrS. F!zA said...

kita lum pnh ajar darwisy nmkn eskrem..riso plk kalo batuk ke..hihihi

Myra Jay said...

Pandai Husna memujuk & akhirnya dapat jugak makan eskrem ha ;)

Izan Ishak said...

pandai husna pujuk ummi!

kalau anak2 kak izan takde takpe... kalau ada kat peti ais,selagi tulah dia dok mintak je.



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi