Saturday, August 13, 2011

Popia sayur with love


Petang semalam, saya buat popia sayur. Dah lama tak buat, teringin pulak nak buat.
Lukman tidur time buat tu, maka senangla kerja saya. Husna pulak tukang sibuk, nak pegang kulit popia jugak.

Resipi popia sayur

  • kulit popia
  • kobis
  • tauge (sayur ini ikut suka hati anda, boleh juga letak sayur campur, sengkuang, kacang panjang atau carrot)
  • bawang merah
  • ikan bilis / serbuk ikan bilis
  • garam

Cara buat:

  1. kobis (carrot ke, sengkuang ke, kacang panjang ke) dipotong ikut suka nak kasar atau halus.
  2. hiris bawang merah dan tumis sekejap atas api yg perlahan sehingga kekuningan.
  3. kemudian masukkan ikan bilis / serbuk ikan bilis ditumis bersama bawang tadi dan angkat masuk ke dalam bekas yg berisi sayur-sayuran.
  4. gaul bawang, ikan bilis ke dalam sayur-sayuran tadi bersama garam secukup rasa.
  5. gulung popia dan sedia untuk digoreng.
Selamat mencuba!





KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 comments:

KSWSK said...

wa kalau rajin lbh skit wa potongkan crab ball tu buh skali jadikan inti dia

A N A K - A N A K K U said...

amboi sedapnye...akak weekend baru leh rancang nk masak pe...hehehe

hani@debumelukut said...

popia sardin pun sedap..letak potato byk.

|| NaFiRaa || said...

huda,
sayur tu gaul dlm kuali atas dapur (panas) atau dlm bekas len(bukan atas api)?

hehehehe.. soklan org x reti masak..kikiki

Ya ALya said...

alahai sedapnyer la huda.......feveret ya ni.....kalau buat mesti paling banyak ya yg baham........dah macam harimau lak yer......

Izan Ishak said...

dah jadi pun huda punya popia... mesti sedap ni sbb dibuat dgn penuh kasih sayang kan..

kak izan nak cari jugalah bahan arini. boleh buat cam huda...



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi