Tuesday, August 16, 2011

Shopping raya baju suami isteri

As salam semua,

Hari tu settle dah kan baju kurung/melayu untuk Husna dan Lukman.
Then, last Saturday before buka puasa tu pergi mencari baju untuk saya dan encik abang pula. Cari yg ready to wear je la kan sekitar Manjung ni saja.
Banyak juga pilihan, kat Manjung ni belakang econsave ada kedai baju, kamdar ada, belakang pasar raya ceria pun ada. Pilih je la mana nak pergi. Tp kena pandai tawar menawar la kan, jangan pakai 'hambik' je :)

Setelah pilih-pilih, finally dapat juga sepasang untuk saya yg saya berkenan. Baju kurung Riau warna purple juga mahu sedondon dengan anak-anak :) Siap pilih tudung sekali bagi matching. Then, ke kedai lain pula untuk pilih baju melayu encik abang. Alhamdulillah senang pula nak mencarinya, terus dapat warna yg sedondon dengan baju saya. Kainnya pun sejuk.


hasilnya...



Settle dah. Encik abang cakap, lepas ni semua seluar baju melayu dia nak buat tidur. Sebab jarang-jarang pakai. Hehe. Ok juga idea dia tu. Tidakla seluar tu buruk dalam almari. Ada 3 helai kut seluar baju melayu dia sejak kami berkahwin :) Pergi surau selalunya dia pakai bajunya saja.

Suami anda macam mana? Jenis pergi surau/masjid pakai sepasang ke baju melayu?


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

14 comments:

NM02 said...

mmmmm hubby ai akan pakai baju melayu tu balik setiap hari jumaat je

ada sesetengah tu, suar dah tak muat

yatie chomeyl said...

tema purple mcm kaler blog la ye tahun ni Huda? hehe

::NureeN:: said...

nureen ajak cari baju esok tp asben kata tunggu gaji dlu.. ;p

eima said...

nk tgk bj raya ..hikhik

enpanjang pegi surau ke ..kenduri yg mlm2 ke ..die pakai bj je ...suar cantek je dlm almari dh la tetiap tahun wat bj br .... pakai setahun 5-6 kali je

SyidaGorjes said...

tak pernah dia pakai sepasang baju melayu tu bawak g masjid.tp tiap2 raya mesti nak yg baru.hish!

ezan said...

husband ezan pun x pakai sgt seluar. dia kata pakai sepasang cam nk kahwin. haippp! biasa tau. hahaha..


ps: x sabar nk tgk baju raya purple tu.. :p

Myra Jay said...

Idea yang baik...
Buat seluar tidur ye seluar baju melayu yang lama..heheee..
Leh soh en suami praktik :)

umiyumi said...

Salam dari Perth, Huda.. tq sudi singgah blog k. umi. Jemput la join GA :)

Nia said...

tu la...lelaki mmg tak kerap sgt pakai baju melayu kan. bawak tdo pn kira ok la tu.

KSWSK said...

slalu mmg tang seluar tu duk terperap la dlm almari..pakai pg raya je..

syariza09 said...

sama.pakai baju jer gi surau

nieda said...

samalah, husband cko thn ni dia malas nk beli baju melayu. Pakai thn lepas punya je.. Hehe. Bukan selalu pakai pun

~ana~ said...

husband ana mmg jarang sgt pakai bj melayu ni. nak tgk dia pakai, time raya ni je la..
ingat thn ni dah xnak buat bj melayu tp last2 kena buat jugak sbb ada event akhir thn ni kena pakai sedondon satu family..alang2 buat je la terus..:)

Izan Ishak said...

hubby kak izan pun tak pakai seluar baju melayu kalau gi surau/masjid. selesa pakai kain pelekat je... koleksi seluar dia dah banyak sangat... 9 tahun kawen kan...hhehe



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi