Thursday, September 29, 2011

Abah with 2 kids

As salam,

2 hari sudah kami ke Teluk Batik. Entah apa mimpi, tiba-tiba saja encik abang called pukul 6pm tu.

encik abang: ok, siap. jom!
saya: jom! jom! nak pergi mana?
encik abang: Teluk Batik...
saya: ok, siap!

Kalutla tukar baju semua. Encik abang sampai rumah je, terus kami menuju ke Teluk Batik. Actually, encik abang nak lepaskan stress kerja. Berminggu-minggu sejak before raya kan dia bekerja. Itu kerja kat site, kerja dalam office lagi belum dicampur. Dengan memo juta-jutala, meeting itu meeting ini. Kesian pun ada, tp itu perkara normal bagi mereka yg ada title senior kat depan. Saya pun kena faham situasi dia sama.

Sampai je Teluk Batik, tak banyak pun cars dan ummat manusia. Yerla, dah petang and work day kan. Mana ada orang sangat. Angin sangat kuat, sejuk. Kami tengok laut je la. Husna macam teringin nak celup kaki, tp sampai kat gigi air dia jerit tak nak. Ombak besar jugalah. Sudahnya memang layan perasaan je la. Ada dalam 10-15 minit kami bertafakur kat situ :) Lepas tu kami gerak balik.

Kesimpulannya, bagus juga bila rumah kita dekat dengan tempat-tempat macam ni. Bila stress, lari pergi sini lepaskan tension. Tak payah tunggu weekend nak kena cari tempat bercuti kan :)

Otw balik rumah saya tanya, ok dah ke stress tu? Encik abang jawab, ok sikitla...hehehehe...



tunggu bas ke?





KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

11 comments:

NM02 said...

wow... kalu ada bas stop tepi pantai... menarik wooo

~ana~ said...

best sesekali lepas tension ni..

ana dulu time belajar, g mengadap tasik...tenang je rasa...:)

~ana~ said...

best sesekali lepas tension ni..

ana dulu time belajar, g mengadap tasik...tenang je rasa...:)

So Shy Lady said...

sama la ngan hb akak, klau stress ngan kj slalu duk mnyebut nk g situ nk g sini....

Fieza79 said...

teluk batik...penah pi sekali 2-3 thn lepas...

MrS. F!zA said...

hihi mcm ank bwk anak jln2 lsp tu tggu bas nk balik..hikhik

Myra Jay said...

Memang kalau dapat melepaskan stress dengan memandang laut adalah 1 terapi yang indah :)

eB ezrin said...

alahai comeinyer... x ah.. tunggu flight ;p

Ya ALya said...

rindunyer teluk batik.....

nieda said...

nasib dekat dgn pantai senang sikit lah nk release tension. Sama mcm husband nida juga, dulu masa kerja stress dgn kerja. Itu yg dia ambil cuti belajar. Belajar pun stress juga. Skrg ni tak lena tidur menanti bulan Nov ni utk defence research proposal..hik hik..

::NureeN:: said...

santai.. lepak2 relax2 kat cini best kan.. ;)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi