Tuesday, September 20, 2011

Roti sosej bersalut telur

Bila petang, mulalah perut berkeroncong nak minum petang juga :) Tak gitu?
Jom kita pekena roti sosej bersalut telur. Yummy!

Ini penangan neighbour baik sayalah, Kak Ita selang 2 buah rumah dengan rumah saya. Last week dia balas tupperware saya dengan roti sosej yg sedap. Terus saya pun suka makan dan teringin nak buat.

Berjaya juga hasilnya...tp Husna tak berapa suka, dia prefer lagi makan sosej tanpa roti.



jauh-jauh...






dekat-dekat...





Bahan-bahan:

roti
sosej ayam / daging (ikut sukalah)
telur
sedikit tepung gandum dibancuh dengan air
garam
lada sulah

Cara buat:

  1. rebus sosej sampai masak.
  2. roti kita leperkan dengan gelas bagi leper.
  3. balut sosej dengan roti.
  4. gamkan dengan bancuhan tepung gandum.
  5. panaskan minyak zaitun.
  6. telur dipukul dengan sedikit garam dan lada sulah.
  7. celup roti sosej tadi dengan telur dan goreng dengan api sederhana sehingga garing.
  8. siap untuk dihidangkan.


Kawan-kawan pun boleh try buat minum petang di hujung minggu or hidangkan untuk guests yg datang beraya :)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

10 comments:

KSWSK said...

sodap nih..

fieda said...

sedap nya huda..dah la perut lapo memanjang hujan2 ni...kak fieda pernah gak buat...

Ibu Lala said...

kalau celup dengan bancuhan tepung gandum pun sedap gak. macam pisang goreng tu.

nieda said...

nieda selalu juga buat tp roti tu salut dgn breadcrumb bagi rangup...huby yg suka mkn

MrS. F!zA said...

hadui kita bru hbis meeting..mmg roti sosej ni lah menu santapan dlm meeting tu td..

Myra Jay said...

Ye, menu yang simple tapi sedap :)

Asmara said...

hi huda, nampak sedap! ni kalau letak letak slice cheese lagi walla rasa dia. hehe..

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

menarekk nih, kl ketandusan sarapan leh try.. =)

yatie chomeyl said...

akak pun suka buat roti sosej ni, sedap dan senang nak buat

aanie said...

pakai roti apa ek?? roti sandwich tu ke??



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi