Tuesday, October 11, 2011

Cuti-cuti Port Dickson : Part 2

As salam,

Saya lewat sikit taip entry, malam baru sempat ye :)
Saya di KL area Subang Jaya sebab ikut encik abang outstation. Esok petang kami balik Manjung.

Ini sambungan entry semalam, Cuti-cuti Port Dickson : Part 1.
Pagi Ahadnya, 4 anak dara tu la yg menghangatkan keadaan. Mereka siap sedia untuk turun ke laut lagi. Eceh, bunyinya macam nak pergi menangkap ikan pulak yer :P
Mandi kat pantai saja.
Husna siap pakai suite untuk swim tp sudahnya dia takut dengan ombak yg besar. Tak jadi mandi, dia main kat playground saja. Yg lain-lain mandi sampai puas.
Oh yer, Lukman 1st time merasa cecah kaki di pantai tp tak ada gambarnya sebab semua sibuk mandi.



husna and kakak sepupunya...


Menjelang tengahari, family encik abang dah bersiap-siap nak balik Perak. Mereka dapat stay for one night saja, sebab Kak Long kerja on Monday nya, begitu juga dengan SIL yg stay Saujana Utama. So, tinggal kami 4 beranak sajalah dan family saya di apartment sebelah.



gambar suka-suka before mereka balik...


Petang tu saya ajak family saya semua ke Pantai Batu 4. Kami lepak-lepak atas tikar sambil tengok laut dan merasa bayu laut.
Beli pisang goreng, cempedak goreng, kuih donat semuanya panas-panas dan air kelapa.
Dan kat pantai batu 4 ni ada 1 aktiviti terbaru yg Husna cuba. Apa dia yer? Nantikan episod terakhir cuti-cuti di PD ini :)




KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

7 comments:

^effa^ said...

seronoknye ke pd.. mandi laut ye.. laut lumut tak best ke? hihi.. comelnye sibudak kecik tu pakai swimming suit ;)

Salina@IbuAqil said...

Ok ok!!! Sok ina tggu entry jln2 last episode.. ;)

Nadiah Sidek said...

terbaca pulak cempedak goreng bawah tu...sedapnya..lama tak makan..huhuhu..

Myra Jay said...

Wahhh aktiviti apa ye Husna buat..

Tak sabar nak tengok..



**Huda, myra dah umumkan pemenang, nanti jenguk ye**:)

Ya ALya said...

apakh yg husna cuba buat tu.....

|| NaFiRaa || said...

sonoknye pi bercuti ngan keluarga.. zura pon dah lama teringin nak ajak famili gi bercuti.. harap2 tercapai lah nanti..

MrS. F!zA said...

wee..siap husna pakai swimming suit lg..



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi