Saturday, November 26, 2011

Tahun baru Hijrah | Azam dan hijrah ke arah kebaikan

As salam,

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk saya meneruskan penulisan blog. Saya agak teruja sebab dah seminggu lebih tak online. Puncanya, modem kat rumah ni ter 'reset' dan ambil masa lama untuk configure semula.

Esok kita akan menyambut tahun baru dalam kalendar Islam. Ada azam baru ke? Or still dengan azam lama? Terpulang pada diri kita kan, nak tutup buku lama boleh, nak maintain buku lama pun boleh as long as tak duduk di takuk lama sudah :) Kenalah ada penghijrahan kan :) InsyaAllah...
Saya percaya setiap orang itu akan dipilih oleh Allah untuk melakukan kebaikan. Hidayah dan taufik semuanya DIA yg tentukan. Kita sebagai hamba Nya wajib taat dan patuh suruhan yg telah diajar oleh Nabi SAW.

Sebagai isteri, saya mesti berubah menjadi isteri yg lebih baik dan taat suami.
Sebagai ibu, saya mesti menjadi ibu yg penyayang dan mendoakan terbaik untuk anak-anak.
Dah lama saya cuba untuk pakai stokin bila keluar rumah (pengakuan berani mati ni), tp sampai la ni masih tak berjalan dengan sempurna perkara itu. Bukan nak buka aib sendiri, tp mengaku kekhilafan diri. Bak kata Prof Dr, Muhaya, bila nafsu yg jadi driver, iman jadi passenger, akal memandu arah confirm kita sesat. So, biar iman yg jadi driver, nafsu jadi passenger, akal maintain memandu arah ke jalan yg benar.

Semoga kita semua dapat berhijrah ke arah kebaikan. Kurangkan mengeluh, merungut, menyesal, dan mengumpat :) InssyaAllah kita akan sentiasa dalam perhatian dan redha Allah :)

Selamat tahun baru hijrah!


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 comments:

Salina@IbuAqil said...

Salam maal hijrah dr kami jg dear.. Moga thn baru lbh baik dr sebelumnya.. Amin!!

ajumohit said...

Salam maal hijrah huda, rindunya kt husna and lukman, smg apa yg Kita ingini dimakbulkan allah

|| NaFiRaa || said...

salam maal hijrah jugak.. saya aminkan semua doa2 huda.. moga kita sama2 bermuhasabah diri..aminnn!

~ana~ said...

salam maal hijrah huda, moga tahun baru ini membawa penghijrahan yang lebih baik kepada kita semua...



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi