Friday, December 02, 2011

Kerja di Europe

as salam,

jumaat pertama di bulan muharram ;)
Alhamdulillah, kita masih berkesempatan menghirup udara Allah pada hari ini kan.

Rabu lepas kami bawa Husna ke Ipoh Specialist. Follow up check up dengan dermatologist. Ini 2nd time kami pergi. Masalah eczema Husna getting worse, langsung tak ada improvement. Kami dapat cream lain kali ini yg sedikit oily. Hopefully getting better lepas ni. Kesian tengok dia menggaru setiap masa dan malam.

Saya dapat response positive dari kawan-kawan di FB. Semuanya beri suggestion dan doakan agar Husna lekas bebas dari eczema. InsyaAllah. Semangat saya kembali kuat apabila semalam member kami di Manjung ni memberikan sebotol air zam-zam (niat saya nak mandikan Husna dengan air zam zam tu) Moga Allah permudahkan urusan kami.

Berbalik pada tajuk, next week encik abang saya bakal terbang untuk outstation ke Europe. :( Dah lama dia tak keluar bekerja jauh-jauh kan dan untuk tempoh yg lama juga dalam 10-12 hari. Saya tak dapat nak ikut, kesian kat anak-anak. Nak bawa anak-anak pula, tengah winter. Takut mereka tak biasa dengan perubahan iklim. (eceh, ummi tu macam biasa sangat kan :P)

So sepanjang waktu ketiadaan encik abang, kami akan berkampung di Kluang. Kawan-kawan di area Kluang, Batu Pahat jemputla ke rumah mak ayah saya :)

Ok, sampai sini saja. InsyaAllah nanti saya update lagi.


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

13 comments:

Myra Jay said...

Europe.. Bestnyer..
Rezeki kerja dapat p negara orang :)


p/s : Moga Husna cepat sembuh ye :)

Nadiah Sidek said...

best tu kalau dapat ikut tapi ikut time winter pun nanti terperuk dalam hotel je. ni pun kitorang duk kat rumah je..takleh nak berjalan sangat. sejuk!

eB ezrin said...

bagi yg suffer eczema dari kecik, eB raswer elok gi ttmpt2 sejok sbb x troks ruam tuh. elok jerk kulit
yg x leh tmpt pns. mkn troks jadiknyer.

|| NaFiRaa || said...

waahhh.. mesti best kalo dapat ikut kan..hehehee.. tapi risaukan anak2 lah kan.. takut tak boleh terima ngan cuaca kat sana..

nieda said...

jauhnya hubby huda outstation..nk kirim fridge magnet boleh? hehe smlm pegi karnival upin ipin takde pula fm ipin..

ajumohit said...

Moga husna segera lega eczema nya, wahh gi Europe ye, pesan huda jgn x pesan hihi

Salina@IbuAqil said...

Alololo dear..
Jauhnya abe mu terbang..
Moga selamat pegi & blk.. ;)

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

jauh asben awak pi outstation..
pi training ke huda?..

apepun, moga2 Husna cpt sembuh yer..
jgn tambah demam plak dh ler, rindu kat papa die plak..

ieda said...

aloor susah ati kan kalau anak2 sakit nie .. nak2 ezima tuu .. kesian pula .. doa2lahh semoga husna akan kembali ok ..

seronoknya hubby ke eropah .. dpt jalan2 negara org kan ..

wan nurul hezrina said...

anak nurul sofiya pun ada eczema..kesian tgkkan bila dok garu2..n ada minyak dia pakai ok..nama jerslin oil..huda blehlah cuba..tapi still ada lg tak hilang cuma tak keraplah dia garu

::NureeN:: said...

ari tue ada baca blog sape x ingat crita pasal eczema gak.. dia ada try sejenis cream kwn dia suggest utk anak dia.. tp nureen lupa la link dia.. try tanya eb klau eb ingat

syariza09 said...

jauhnya en abg terbang..harap2 ank cpt sembuh yer..

WanMyzura said...

Akum, Terima Kasih kerana sudi join 1st GiveAway by Wan Myzura Collections. Sila semak nama anda di PESERTA GA (Mister Linky's Magical Widgets) dan mari kita lihat ranking referral di http://wanmyzuracollections.blogspot.com/2011/12/senarai-nama-referral-1st-giveaway-by.html nantikan keputusannya pada 10/01/2011.. Semoga berjaya



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi