Thursday, December 22, 2011

Kuat nangis :)

As salam,

Masih bernafas di bumi Allah. Rindunya saya pada dunia blog ni tak terkata. Tapi saya tak rasa saya dapat beri full commitment nak menaip macam dulu-dulu lagi.


Since Lukman dah besar ni (7 to 8 mo), masa saya sangat suntuk. I mean, dia kalau boleh nak ummi sentiasa depan mata. Saya ke dapur kejap pun dia boleh nangis sampai hantuk-hantuk kepala. Hai anak :) Saya jemur kain pun siap bawak dia letak dalam basikal kakak dia tu. Sekarang memang tak memasak dah, except time weekendla. Encik abang ada, maka tidakla dia haru sangat dibuatnya. Dia baby boy yg kuat menangis :) Sangat manja. Tp tak apalah, nama pun anak kan. Takkan nak dicepuk-cepuk macam pukul bantal :P

Tp dalam kesukaannya menangis sebab tak nampak umminya ini, dia ada juga baiknya. Dengan orang kadang-kadang dia ok. Tak semua dia reject. Lukman now tengah sibuk belajar berdiri. Gigih dia berdiri sambil paut pada badan saya. Sibuk nak duduk atas riba ummila tu :)

Dia tak merangkak, dia mengengsot. Tp punggung angkat memang sangat tinggi gaya macam orang nak berlari lagaknya :) Dia nak skip step merangkak tu, dia nak terus duduk dan berdiri. Tak kisahla Lukman as long as kamu sihat :)

Okla, saya tak tahu nak melalut apa lagi. C ya later :)





KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

9 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

heheheh! manjanya lukman, biasalah budak tgh membesar kan :)

*azni* said...

cepat nye ms berlalu..dah besar lukman ni..takpe la,asalkan lukman sihat je.. ;)

wan nurul hezrina said...

LUKMAN YANG BUM BUM..HEHE..SALAM PELUK CIUM KAT DIER..BIASALAH UMUR MCM2 DIA NAK TGK UMMI DIA ADO JER

eB ezrin said...

tc yer :)

|| NaFiRaa || said...

dah besar dah dia.. teom pipi sekali..:)

ajumohit said...

huda, anak yg nyusu badan mmg manjanya lain mcm kan, pntang tgk kita takde depan mata msti nangis, tp dah besar ni dh ok..sebab nak main dah ngan kakak2 dia tu, takpe nnti lukman dah besar msti baik dia kan huda

Syida said...

riffa sgt closed to akak since dia bf.klau balik keje lambat.....mesti dia nangis.

Cik CT said...

anak lelaki mmg manja..tgk abg aqeel dh besar pun maish manja lagi...tak berenggang...
huda, nnt kalo ade rezki pi manjung akak cari huda..:)

Salina@IbuAqil said...

Menarik ni.. ;D



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi