Monday, January 31, 2011

Hobi Mengumpul FM

Hai kawan2,

Sudah bersarapan? Last week sy terima hadiah from ms lollypop aka wani dan juga nadia. Sy menang GA mereka. Thanks to both of them. Hadiah2nya cute belaka, sy suka :)



ms.lollypop bagi fm London
nadia bagi bekas untuk letak pen tu


Rasa happy sangat dapat fm London tu sebab tak pernah sampai kan. Kalau fm Europe yg sy ada dalam koleksi sy tu pun sebab encik abang belikan masa dia outstation Swiss dan France last 2009. Also ada fm dia jalan2 kat Disneyland sana. Encik abang pun suka kumpul fm macam sy. Sama2 faham :)




sebelum ni dah pernah paparkan fm sy ni...



close up sikit...



fm singapore pun ada...last year encik abang outstation sana...


Pasti ramai yg suka collect fm ni kan. Yg sy pernah baca blog kak fieza79, suziey.com, mama zharfan, mommy ayu...ramai lagi suka collect kan :) Best2...suka sangat..

psssst: Puan tanah auto publish entry ini, beliau masih di Desaru :)


ok till next~


Saturday, January 29, 2011

Yeay!!!Ada di Johor

Salam semua,

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Johor pagi tadi jam 6.30am. Imagine what, kami gerak from Manjung around 8.30pm gitu and sampai Johor pagi tadi. Mana taknya banyak berhenti di R&R. Tidur kejap2 :)

Ini tengah siap2 nak pergi Desaru. Semoga perjalanan kami semuanya selamat. InsyaAllah.

Take care everyone! Happy weekend!

pssst: encik abang dapat cuti seminggu :)

Friday, January 28, 2011

Win A Free Bag From BabyIbu!!!


*sila klik banner di atas untuk join sama*
tarikh akhir penyertaan pada 25 Febuari 2011

hadiah menarik dan sangat lumayan untuk dimenangi!

Organize Anne yang bernilai RM 52 daripada BabyIbu Shoppe
9 voucher bernilai RM190 daripada Tote Boutique



hadiah2 ditaja oleh:



Taman KLCC pula

Sebelum mengakhiri jalan2 kami di KL tu, sempat juga kami jalan2 melihat keindahan alam di Taman KLCC (poyo je bunyi) Macamla tak pernah sampai kan.

Tak...asalnya tujuan sebenar nak pergi solat kat masjid as-syakirin. Tp sempat jugala snap pic sikit2 kat taman tu.

Husna pula nampak 'menan' aka playground terus je kaki laju ke situ. Terpaksala follow juga walaupun terasa kaki ni dah lenguh berjalan dari kat Petrosains tadi.

Abahnya la melayan. Sy duduk je. Tak larat dah.



twin towers...



si comot sy...



abahnya banyak melayan...sy tak larat :)



belek2 beg plastik nak ambil roti...


Sudahnya, kami memang tak shopping apa pun kat KLCC. Sy merasakan tidak ada keperluan untuk dibeli di situ kecuali membeli roti di Cold Storage. Lapar2 dalam kereta boleh santap kan :)

Malam ni kami nak gerak balik ke Johor sebab esok ada family trip di Desaru. Semoga kami selamat pergi dan pulang :)

till next~

Petrosains

Selepas chek out dari Istana Hotel tu, kami pun bergegas ke Suria KLCC. Encik abang ajak ke Petrosains sebab tak pernah pergi katanya.

Ok kami pun terus ke level 4. Harga tiket Petrosains untuk adult RM12 saja. Children RM5 kut, lupa dah. Husna tak kena tiket sebab below 3 yrs kan so free je la.

Lama juga kami berlegar2 di Petrosains ni almost 2 hours gak. Adeh. Letih menapak dari satu section ke another section.



masa nak chek out...kat lobby hotel...


Seterusnya, silalah layan gambar2 kami di Petrosains ni. Terlalu banyak, sy just pick random ok :)

Ada part petroleum digali, part formula 1. Banyak juga simulator untuk dicuba tp sy tak boleh sebab pregnant :( Rugi tak mencuba. Encik abangla yg best...semua dicubanya, sampai pening2 sebab try simulator F1 tu.

Oh yer, kalau rasa tak larat nak tunggu si kecik kita jalan sendiri or berdukung, boleh request pinjam stroller kat staff bertugas. Free saja :) Merasala pakai stroller Graco si Husna ni :)



konon2 kat kedai videola ni...




vrooommm...



jalan2 lagi...



rasa macam dalam cerita Jurassic Park pulak :)




sementara tunggu encik abang cuba macam2 simulator, Husna main2 kat playground yg disediakan..



ini ala2 kat pelantar minyakla...Husna takut tengok patung tu :)




sempat main bola sepak...green screen ni,
sy pun join sama tp tak ada siapa nak tolong tangkap gambar kami :)


Banyak sungguh section yg perlu dijelajah di Petrosains ni. Semua ada. sebelum keluar tu kami menonton 3D movie around 15mins macam tu. Bayaran RM2 dikenakan. Cerita kartun pasal dinosaur. Husna macam blurrr2, sibuk ajak nak keluar from bilik movie tu. Kecik lagi kan dia tak faham apa pun :)

So far, seronok juga pengalaman kami jalan2 Petrosains ni. Banyak faedahnya. If u all nak bawa anak2 boleh juga tp better time umur mereka dah besar sikitla sebab time tu dia mesti excited nak try itu ini kan and dah faham sikitla. Macam Husna dia suka benda gerak2, if statik memang dia boringla :)


Ok till next~

Menginap di Istana Hotel

Salam Jumaat semua,

Pagi2 dah online yer :) Hope semuanya sihat2 belaka.
Nak update cerita ceriti kami menginap di Istana Hotel, KL.

Cool jugak hotel ni. RM250++ per night. And ramai juga foreigner yg pilih untuk menginap di sini. (pssst: ada je mak salleh yg tegur Husna :)) "she's cute...how old is she?"...lebih kurang gitula mereka beramah mesra.

Sebab encik abang pilih hotel ni, kira dekatla dengan tempat seminar dia kat Prince Hotel & Residence. Asalnya memang ada dengar2 encik abang nak duduk hotel Prince ni tp per night je u all RM400++ Huhu. Kang kena hempuk dengan boss dia kang sebab lebih2 pulak :) Walaupun sepatutnya encik abang layak tp dia tak nak la membazir duit company katanya :)

Jom usha bilik yg kami stay ni. Deluxe saja. Superior sudah habis (kalau tak, murah lagi stay superior kan) Huhu. Bolehla asalkan dapat tidur. 15 min juga berjalan kaki nak ke KLCC. Dekat je nak pergi Pavillion tp sy tak pergi :( Tak sempatla...




pantang nampak bath tub...



bath room besar giler...



sinki...



ni kalau nak pakai shower...



bilik sudah bersepah dikerjakan Husna...



bilik lagi...



dapat remote kerjanya nak tekan2...



tu je gambar yg boleh upload kat sini :)

So far okla hotel istana ni, cantik. Ada pool, parking pun senang dan banyak. Terletak di tengah2 KL kan, senang nak pergi BB, Sg Wang, Low Yatt sebab dekat juga dengan monorail. Yg penting kena rajin jalan kaki sikitla :) Faham2 je la parking kat KL ni mahal sikit. Hehe.

Ok till next~

*jangan lupa sertai*

Cute Baby Style Contest

jangan lupa klik hB sy di bawah




Thursday, January 27, 2011

Penat balik from KL

Salam hari Khamis kawan2.

Baru berkesempatan nak online tengahari ni. Letih sebenarnya. Baru sampai from KL jam 11am tadi. Konon nak balik malam tadi tp kami bantai tumpang tidur kat rumah SIL sampai Subuh.

Chek out from Hotel Istana semalam jam 2pm, lepas tu pergi jalan2 kat KLCC punya pasal. Masuk Petrosains la bagai, sudahnya penat di situ je la. Tu yg tak jadi balik malam tadi.

Tak apa, slowly nanti sy pergi jengah rumah kawan2 dan update jalan2 kami di KL.

till next~

Tuesday, January 25, 2011

Away to KL

Short notice :)

Ok, sy akan away blogging sampai esok. InsyaAllah kalau rajin malam esok sy bukak blog.
Now dah tak ada broadband kan maka payahla nak online kat tempat lain selain rumah :)

Take care everyone! :)

Berbaloi juga masuk contest majalah

Before this kan sy pernah beritahu artikel sy terpilih dalam majalah 'Mami&Baby' untuk ruangan 'Kongsi Tips Bersama'.

Semalam sy sudah pun dapat hadiahnya. Suruh mereka poskan saja. RM20 kos pos. Anje tak dapat ambilkan sebab kalau tunggu Anje may be hadiah sy ni akan burn :) (it's ok anje :)) Dah kira lewat gak baru nak suruh pihak Todays Publishing poskan tp mereka ok je.



berat seh kotak ni...



bukak2 nampak hadiah utamanya iaitu Gripe water...3 botol



ada hadiah2 sampingan
bib,
penyepit kuku,
dvd baby,
spoons



also barang2 from Scholl...

so, rasanya berbaloi juga kan mengerah idea mengarang artikel hari tu :) Alhamdulillah. Rezeki untuk sy dan keluarga.

Anda bagaimana? Suka join CGL tak?


till next~

Bersiar-siar di petang Ahad

Salam semua,

Pagi ini bersiaran awal sikit. Petang ni insyaAllah nak ke KL, esok encik abang ada seminar dekat area KLCC setengah hari je. Boleh sy pun bersiar2 di KLCC esok kan :) Siapa mahu belanja sy lunch? :)

Ok, ini berbalik pada title...last Sunday tu kami bersiar2 di Lumut. Saja bawa Husna jalan2 tengok laut sebab encik abang bz seharian buat report.

Sampai2 Lumut tengok banyak gak orang melepak sama. Penuh parking area waterfront tu. Sy belikan Husna ais krim roti :) yummy.

Jom layan gambar2 candid ini.




ummi mithali :)




abah mithali? :)



berapa kali berhenti daa..nak suapkan si kecik ni ais krim :)




jalan2 tengok laut...


Sebelum balik tu, kami sempat singgah playground aka 'menan' itu bahasa Husna :)
Penat kejar dia panjat tangga semua...lasak si kecik ni...




sempat lepak di 'menan'


ok till next~

Monday, January 24, 2011

Dolly @ Blog badge Huda

Finally, sy sudah ada dolly or dalam erti kata lain blog bagde yg cute.
Thanks to Nia!
Thanks to Wansteady sebab dia yg buatkan design cute ini!

Anda suka? Sy lagilah suka :) :) :)




Chugie, nanti saya bagi hadiah ok!

Sebab sy pilih cadangan awak untuk jadikan tajuk contest sy nanti :)




Encik abang kata tak perlu tema, so maknanya baby free style la.

Contest yg sy bakal lancarkan nanti ialah 'Cute Baby Style Contest' by Huda. Simple saja. Semua orang boleh join kan :)

Tunggu yer, lepas lunch nanti sy publishkan.



till next~

Dinner Pelitawanis

Jumaat lepas, sy berpeluang pergi dinner bersama Pelitawanis Jana Manjung.
Tema seperti yg dinyatakan, smart kasual. Sy bantai pakai maternity blouse dengan long skirt.

Simple sudah asalkan menepati tema :)

Majlis berlangsung di Batik Virgo Resort, Teluk Batik. Jam 8.30pm macam tu baru start. Ramai yg datang lewat sikit sebab Maghrib lambat kan :)

Makanan dihidangkan secara buffet, ok je la. Sebab free tak perlu bayar apa2 kan, datang makan je. Nasi dan lauk2 yg menyelerakan. Gambar makanan sy tak ambil sebab dah lapar sangat, malas nak pegang kamera :)

So far, majlis meriah jugala dengan ada acara penyampaian hadiah untuk anak2 cemerlang dalam upsr, pmr dan spm. Ada acara meraikan hari lahir ahli pelitawanis untuk Nov-Jan. Kek sampai 3 biji and sedap sebab tak banyak cream :) Ada kerusi bertuah, meja bertuah, kuiz dan nyanyian lagu Pelitawanis. Berakhirnya majlis sekitar jam 11. Bising juga encik abang sebab balik lambat. Pelikla dia, lambat sangat. Biasa kalau kat Paka dulu jam 10.30 tu dah sampai rumah :)

Jom tengok gambar la...ada sikit2 je. Sy malas nak bangun2 tangkap gambar :) Boleh?



ambil gambar banner pun dari jauh :)




sedapnya kek ni, ada kismis ada badam kat atasnya...tak bercream ...yummy





sy dan Kak Rafeah, wife kepada pomen encik abang
(electrical dept)




meja kami bertuah :)




kotaknya boleh tahan besar...




kalut nak bukak hadiahnya :)



ini yg kami dapat...bekas yg comel :)


ok itu je susulan dinner bersama ahli pelitawanis jana manjung last Friday :) overall semuanya happy dan kenyang.


till next~


Pakai skirt nak tidur?

Selamat pagi semua,

Hari Isnin menjelma lagi. Alhamdulillah :)
Mari kita ceriakan pagi ini dengan melihat telatah si kecil sy ini.

2 malam sudah, lepas tukarkan diaper Husna, sy nak pakaikan dia baju tidur. Tup3, dia pergi kat almari dia and then dia ambil skirt.

Err...dia bertegas nak pakai skirt walhal dah nak tidur sayang oii...nak tak nak, sy pakaikanla juga dengan tshirt Pangkor.

Huhu. Kalau dia nak, mesti nakla. Janganla kita kata tidak, dia buat2la menangis beriya nanti. Tak kuasa nak marah2 dah malam hari, ikutkan saja.




tengokla tu...mana ada orang nak tidur pakai skirt...





selamba je dia...


Anak2 anda ada perangai macam ni juga ke? :) Jangan tiru Husna sudah...hehehe...


till next~

psst: jadi ke nak buat contest ni Pn.Huda? (mood macam malas)

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi