Thursday, March 31, 2011

Jangan tambah STRESS anak ekzema!

Yup! Ada benar dakwaan itu!

Sebagai seorang ummi, sy noticed Husna memang akan asyik menggaru bila dia rasa STRESS.
Pernah sekali tu, sy marah dia sebab tumpahkan air atas lantai.
Dia nangis merajuk dengan sy. Lepas tu, terus dia sibuk menggaru dan garu kulit dia (mana2 part yg dia rasa gatal)

If sy tak layan dia sangat pun benda sama akan berlaku. Dia keep on garu.
Yerla, sometimes sy ada benda nak buat dan sibuk sangat sampai terlupakan anak :) *normal la kan*

Dulu masa mula2 nak cerai susu pun gitu. Dia stress, sy juga stress sebenarnya sebab tak dapat nak teruskan bf until her age hit 2 yrs old.
Dia stress dapat susu botol.
Dia menggaru sesedap rasa bila dapat peluang.
Oh anak, kasihan ummi melihatkanmu begitu.

Tambah2 lagi bila dah nak dapat adik ni, Husna lagi stress.
Dia seperti dapat rasa, bakal kehilangan or kurangnya kasih sayang kami terhadap dia.
Walaupun kenyataan itu tidak benar, tp budak kan. Dia manusia juga.
Macam2 dia boleh rasa dan fikir.
So far, macam malam tadi, bila dia sibuk menggaru, abahnya lapkan dengan kain yg dicelup air suam.
Dia rasa happy je bila abah dia buat gitu.
Tidur pun lena, bangun pagi tadi Alhamdulillah tersengih2 je si kecik sy ni :)

So, baby ekzema bukan alah pada makanan dan environment saja, tp kita as parents kena pandai mainkan psikologi dia.
Jangan bagi dia stress!
Bila anak ekzema stress, mereka cenderung untuk menggaru dan rasa gatal seluruh badan.




my lil buchuk :)


Semoga Husna lekas sembuh dari ekzema (walaupun sesetengah pihak mendakwa, impossible)
Doa dan usaha untukmu anak!



Latest of me :)

Tak adalah latest sangat pun. Sebab sy pun lupa je nak ambil gambar sendiri :)

Ini gambar2 masa cuti kat Fraser's Hill hari tu. Rasanya tak ada beza gambar time tu dengan hari ini :)

Sangat besar ok badan sy :) Semuanya mengembang :) Itu yg berat naik dengan cemerlang dan terbilang. Tp sy tak kisah pun, as long as doc sahkan sy sihat walafiat.

Esok dalam pantang, pantangla betul2 dan another tips of course la breast feed baby habis2 an :)
Bg slim balik, insyaAllah.



Now, berat dah almost 70kilos. Sy campur tolak ada dalam 76++ kut time adik Husna lahir nanti :)

Wow! Kena work out lebih ni lepas pantang :)

Siapa pernah experienced macam ni juga?

Check up 35 weeks

Semalam sy pergi klinik untuk rutin check up @ 35 minggu ++.
Encik abang ambil sy di rumah jam 10.45am.
Terkocoh2 siap, sebabnya janji jam 11am, sy buat dunno je la...lepak2 kat FB :)

Terus pecut ke klinik yasmin, sampai2 dapat no 19.
Urine test, Alhamdulillah ok.
Berat macam biasa naik dengan cemerlang lagi 2.5kg :)
Tekanan darah normal saja.

Then, jumpa doc yasmin.
Scan and sembang2 dengan doc.
So far, adik Husna duduk elok je kat tempat sepatutnya.
Patutla pinggang sy dah terasa lenguh2 sengal2, kepala dia memang dah ready duduk situ kan.
Air ketuban ok, uri pun ok. Alhamdulillah.

Ok, sy tanya doc.
"bila kita nak tahu dia dah engage yer doc?"
Doc kata, untuk 2nd baby and anak seterusnya ni bila dah ada sign nak bersalin, dia akan engage and tak lama lepas tu bersalinla.
Oh ye ker? :) *baru tahu* :)

Next check up 13 april.
Tp sy ada 1 lagi chance untuk jumpa O&G, doc adlan at ISH.
Apply for GL, kami plan nak jumpa next week on 36th week.

Doc yasmin juga pesan, beg boleh siap2 letak tepi pintu :)
Hehe. Tunggu my mom datang tolong kemas begla gitu.
Next week insyaAllah ibu and abah nak datang.
Semoga semuanya dipermudahkan ya Allah.

Wednesday, March 30, 2011

Basuh baju adik

Semalam selesai satu kerja yg mana sudah lama sy duk bertangguh kan.
Iaitu sessi pre wash dan jemur baju2 adik Husna.

Ops bukan baju saja, barut, kain bedung, kain lampin, nursing cover, sarung kaki tangan semua sy basuh.
Sebabnya yg lama2 milik Husna tu dah lama duduk dalam beg kan, baunya bau beg. Tu sebab basuh semua walaupun bersih :)

Hasilnya...tadaa...nampak macam tak banyak kat ampaian ni kan.
Tp nak lipat malam tadi, huhu lenguh gak kaki kebas jadinya :)

Alhamdulillah, siap semua. Tp tak packing lagi masuk beg, susun dalam bakul dulu. Sy khuatir bau beg lagi kalau awal2 dah pack :)



Kawan2 yg sama2 seangkatan dengan sy (nak bersalin tak lama) lagi, dah siap packing ke?

Husna pakai tudungla ummi

Semalam duk godek2 folder dalam lappy ni, terjumpa piccas di bawah ini?

Comel tak? :)
Cakapla sy comel kan kan :)

Oh budak! Kamu memang pengarang jantung ummi :)




huhu...




husna pakai tudungla ummi....



Itu bukan tudung, tp kan selimut dia :)

Anak anda pun comel2 semua kan :)

Tuesday, March 29, 2011

Boling time

Ok, 1 lagi aktiviti yg kita boleh buat bila stay kat holiday villa subang ni ialah boling :)
Sy memang teruja sangat tau sebab ada boling ni, tp apa nak dikata.
Sy dinasihatkan untuk tidak bermain boling oleh seorang pakcik kat situ :(
Dia kata kalau kecik lagi tak apa, sebab dah 7-8 bulan dia risau terberanak lak.

Err...yer la, no komen.
Sedih juga tak dapat join encik abang main.
Jadi tukang sorak je la dengan Husna :)
If bukan member, harga per game RM4.50 je.
Bolehla, encik abang main 1 game suka2.
Husna ulang2 cakap "abah mamin ball"
Walhal boling, dia called ball :)





nampak gaya encik abang tu macam pro je :)





budak ni sibuk nak main tekan2 kat dashboard tu :)





ala muka kesian tak dapat main boling sama :)





ada masalah teknikal time ni...



Sepanjang stayed holiday villa ni, ada 2 times encik abang main boling.
2nd time dia main dengan kawannya from Paka, encik ibrahim.
Ex jiran kami masa kat Paka dulula, also encik abang punya seangkatan in electrical department.

Banyak lagi fasiliti lain yg ada kat holiday villa ni, gym, tennis court, badminton court, snooker, apa lagi yer...entah. Lupa dah. Tp memang bestla, encik abang siap berangan nak jadi member kat hotel ni bila dah tua esok :)

Siapa suka main boling?

Mandi manda di Holiday Villa Subang

Cerita dah half basi :)
Kan yg seminggu sy ikut encik abang outstation last week tu.
Memang tiap2 hari Husna request nak mandi kolam katanya :)

Jenuh juga, asal lepas breakfast," jom mandi kolam jom", katanya.
Sy pun ikutkan jugala. Kesian kat dia kan.
Tak ada apa sangat nak buat lagi pun.
Kalau tak pagi mandi kolam, petangla gamaknya after abahnya habis training.
Udahla kulit tu sensitif, mana boleh mandi kolam sangat kan.

Jom layan pic Husna mandi manda.
Husna je, ummi tukang amik gambar ok :)



siap bawak pelampung masuk hotel :)




kedalaman pool ni sama je dengan tinggi Husna...dia siap boleh jalan2 lagi dalam pool ni without pelampung :)




tak reti sejuk budak ni :)


Banyak lagi pic tp sedikit malas nak edit letak watermark semua :)
Siapa belum mandi, angkat tangan? :)

till next~

Monday, March 28, 2011

Because I'm A Girl



Sy pasti ramai di antara kita pernah menonton video klip ini kan.
Dulu2 la masa zaman anak dara ke, zaman studi dulu ke kan.
Dah lama sy tercari2 video klip ni. Satu masa dulu sy memang ada save tp tu dulula, dalam pc masa zaman study.

1st time tengok - nangis
2nd time tengok- nangis
3rd and so on - confirm2 nangis

Dulu sy ingat video klip ni asalnya sebuah drama, tp just a video klip rupanya.
Memang touching tak hingat...memang feeling habis-habisanla orang kata.
Tak caya tanya bff sy Pn.Faryza sebab dia pun tengok sama :)

Ada sesiapa di kalangan anda semua pun pernah menangis masa tengok video klip ini?
Sob 3x :( :( :(

35 wks


*credit google*


Alhamdulillah, sudah 35 minggu adik Husna di dalam tu :)
Pantas kan masa berlalu, rasa macam baru je mengandung.

Suppose sy ada check up with doc yasmin today, tp sy pergi esok.
Encik abang sangat busy hari ini.
Memang sudah kebiasaan encik abang akan temankan sy ke klinik, kalau tak siapa nak handle Husna kan :)
Bagus juga ada peneman, kita rasa lebih lega if or if else ada 'apa2 perkara serius' yg doc nak beritahu, si dia pun ada sama di sisi.

And next week at 36wks sy patut pergi ke ISH.
2nd appoinment with doc Adlan, hopefully semuanya berjalan dengan lancar, insyaAllah.
Then, tunggu masa je la :)
Now, sy memang banyak bergerak ke sana ke mari (ikut encik abang outstation)
Ada sedikit kekhuatiran di situ (in case tengah otw tu tiba2 nak bersalin)
Buku chechk up tu memang sentiasa dibawa but begla tak siap lagi kan :)
Oh OH! Tak dapan nak imagine.
Sy hope adik Husna akan keluar bila masa tu betul2 sesuaila means dalam 38wks ++ ke kan.
Time tu sy confirm duduk rumah saja tak ke mana2. InsyaAllah :)

Need to buy new sandal ni, udah tak muat...kaki mengembang...

Sekolam ball

As salam,

Hari ini Isnin, 28 mac.
Beberapa hari lagi akan berakhir bulan mac dan menjelma bulan april pula.
Rasa macam laju je masa ni berlalu kan.
Tanpa kita sedari, masa tidak menunggu kita walau sedetik :)

Perihal sekolam ball, dah lama sangat pic2 ni ada dalam folder.
Saja baru hari ini sy nak share kan bersama anda semua :)
Apa lagi kalau bukan si kecik Husna tu.
Ahad ni si kecik tu akan menyambut her 2nd birtday :) InsyaAllah...

Jom layan gambar Husna dengan sekolam ballnya.
Siap boleh kuak2 lentang lagi dalam tu :)



syok boleh baring2 :)



ball nya tak banyak...50 biji je ada pun...



ops! :)


"ummi mamin, ummi mamin"... *main*
beriya dia mengajak kalau sy kata nanti kejap.
Abahnya pun diajak kalau sy busy sikit. Layankan je la...kang tak layan dia merajuk :)


till next~

Friday, March 25, 2011

Benda tak settle


OMG!

Banyak benda tak settle lagi untuk adik Husna :)
Sy still belum prewash baju2 beliau.
Diapers dia pun tak beli lagi.
Beg confirm tak kemas lagi, bila baju belum prewash.
Confinement set tak beli lagi.
Pad pun tak beli lagi.
Bra tambahan pun tak beli lagi.
Oh oh!

Sy kena take note semua ni, 1st of April my parents plan nak datang sini tunggu sampai sy bersalin :)
Time tu sy boleh minta tolong my mom kemaskan beg :) *sy memang anak sulung yg manja*
Sy suka my mom kemaskan, beliau sgt details dan tahu apa yg perlu dibawa :)

Pening2...3rd April Husna's becoming birthday. Oh OH! Cadangnya nak celeb kat CH, insyaAllah.

Apa kawan2 akan buat if di tempat sy? Mana yg lebih penting ya? :)

Seminggu di Subang Jaya



As salam,

Pagi2 ni sy nak minta maaf kat kawan2 semua sebab lama tak bersiaran :)
Ada yg merindui ke? Hehe.


*from google*

Maafla yer, sy ikut encik abang outstation, kat hotel pulak internet not complimentary. Sejam RM20 or sehari RM50. Kami malas nak habiskan duit kat situ je, so duduk melangut je sy dalam bilik :)
Sekali sekala tu keluar juga.

Banyak benda nak diupdate, tp perlukan masa untuk menaip :) InsyaAllah sy akan cuba update sedikit demi sedikit.

Oh yer, sy sihat2 je, Husna pun begitu. Kami sampai Manjung last night. Balik2, check tengok something wrong sebab lampu terpadam. Biasa kami akan buka lampu kat ruang makan sebab tak nak rumah gelap sangat bila kami tiada. Rupa2nya may be sebab guruh, elektrik tertendang. Encik abang la yg busy mengemas peti ais kami. Ada banyak stok dalam freezer tu terpaksa dibuang begitu saja. Rugi2, bukan rezeki kami kan. Kami terima je la, problem juga duduk rumah sewa, yg boleh dikatakan rumah lama. (tahun 90an kut dibina)

Jam 11 konon nak masuk tidur but Husna apa kena tah. Sekejap nak tidur dengan ummi, sekejap nak dengan abah. Beralih2 dia, agaknya dah sedap tidur hotel, bila balik rumah rasa lain kut :) KEsian encik abang, sy dah terlelap time tu. Tak berapa nyenyak, hari ini pulak kerja kan :)

Okla, sy cuba untuk berblogwalking ke rumah kawan2 hari ini. InsyaAllah. Have a nice day semua!

Monday, March 21, 2011

Buih...buih...buih

Seronoknya jadi budak2 kan :)
Jadi mak budak pun syok :)

Mana taknya, boleh muat2 masuk dalam besen air.
Sempit pun sempitla asalkan dapat merasa nikmat macam mandi kolam.
Inilah dia si kecik sy yg memang suka mandi dalam bath tub.

Walhal bath tub tu kan untuk baby2 je, dia dah pangkat toddler tp nak jugak mandi dalam tu :)
Ikutkan saja, kalau tak kang dia jerit kuat2..."nak mandi kolam!!!!!!!!..."



nampak tu Husna sedang tuang apa?




si kembar Hannah & Humyra sedang dalam bath tub :)




Husna pulak molek je dalam besen merah ni :)


Tak tahula, esok bila dah ada adik, harus dia berebut dengan adik dia nak mandi kolam juga katanya :)

Anak anda suka mandi dalam bath tub or kolam tak?

Friday, March 18, 2011

Budak comot & comel

Petang2 ni jom kita layan si kecil sy ni yg comot tp comel :) *ummi perasan je kan*
Suka makan ais krim budak kecik ni. Tp masih di bawah pengawasan sy dan abahnya.
Tidakla terlalu menurut kan sangat kehendaknya.
Memadai.

Jangan terlebih sudah, tak elok pun ye kan.



bg sudu besar lagi...




malu2 ummi snap gambar dia :)




tutup mata sebab flash :)


Anak siapa lagi suka makan ais krim? Angkat tangan please :)



psst: sy insyaAllah akan ikut encik abang ke KL next week sebab beliau ada training kat Holiday Villa, tp tak tahu lagi stay mana. Mungkin blog pun bercuti sekejap yer :)

Gift from Jepang

Sy ada story Pak andak Husna ada balik bercuti sebulan kat Malaysia kan :) *sini*
Pak andak Husna bila balik sini mesti tak lupakan kaum keluarga, macam2 dia beli untuk anak2 buah dan adik beradiknya.
Baik sungguh hati Pak andak yer :)

Kali ini dia balik, ok jom tengok apa yg kami dapat :) Syukur Alhamdulillah...nak pergi Jepang dah tak jadi dah sebab tsunami, kena tunggu lain tahunla kan.



teddy coklat tu untuk bakal adik Husna




ini sy punya :)
FM ok! i like, adik ipar sy ni memang tahu kesukaan sy :)



ini pun FM, boleh gantung payung lagi...
bengkok2 kan kakinya ke tangannya ke :)




ini Husna punya, tp kan dia tak minat langsung...
dibaling2 nya toy ni...



Hati sedikit berbunga sebab dapat FM Hello tu, sy dah susun2 jadi nama HUDA :)
Walhal peti ais milik encik abang...hahaha...lantakla kan, suami isteri apa nak berkira? :)



Husna dengan aksi bersahaja :)



Kawan2 suka tak dapat hadiah dari adik beradik?

Thursday, March 17, 2011

Dapat Ijazah masa dalam perut

Selamat pagi semua :)

Hari ini mulakan hidup kita dengan perkara baru dan positif :)
Mode pagi ini terkenang masa zaman dulu2.

Takla dulu sangat, tp dah 3 tahun berlalu.
Kisah sy menerima sekeping ijazah yg lama sy idam2 kan.
Alhamdulillah.

Sy berjaya juga menggenggamnya setelah lama bergelumang dengan buku, quizzes, assignments, projects dan bagai2la kan.
Sy berkahwin pada Mac 2008. Disahkan pregnant pada July 2008.

Dipanggil untuk menyertai konvokesyen pada Ogos 2008.
Sudah tertulis rezeki Husna di dalam perut dapat naik ke atas pentas bersama umminya ini untuk menerima ijazah. Alhamdulillah.
Jarang2 berlaku kan.
Time tu sy tengah mual2 dan loya, tak berapa nak sihat, tp tetap meneruskan majlis dengan cemerlang :) *pose chumeyl depan kamera masa terima scroll*

Tp masa tu, tak ramai kawan2 yg tahu sy dah preggy.
Selain sy yg preggy time tu, sy noticed ada seorang lagi kawan sy Indian dia pun sedang preggy tp dah 5 mo, dia kahwin sama date dengan sy, but rezeki dia preggy awal :)

Hoho! So Husna, dalam perut ummi lagi dah dapat ijazah, dah besar nanti jangan lupa study rajin2 yer sayang :) Usaha tangga kejayaan!



pipi dah tembam sikit time ni :)



Kawan2 ada yg berexperienced macam sy ni ke? Jom share sama :)



psst: sy tak rasa sy akan sambung master sebab duduk rumah saja kan :) Ada rezeki insyaAllah kemudianla kut. Encik abang lagi malas nak sambung, dia kejar title IR je :)

Wednesday, March 16, 2011

Attention: Kepada Pemenang2 'Cute Baby Style Contest'



Sy nak minta kerjasama dari 2 lagi pemenang hadiah utama agar dapat emailkan alamat anda dengan kadar yg segera yer :)

Pemenang no 4 & 5, no 2 sudah berikan details mereka. Tinggal pemenang no 1 & 3 saja yg masih belum emailkan.

So, sy harap kesemua pemenang yg sudah berikan alamat harap bersabar ye. Hadiah dah siap semua berbalut, tp kalau boleh sy nak pos sekaligus, mudah dan sekali jalan kan :)

Sy beri tempoh sehingga Jumaat ini. Harap dapat beri kerjasama :) Tqvm.

Nama pemenang2 di SINI.

Tsunami Jepun & Pak andak Husna

Tsunami yg membadai Jepun tu jatuh pada hari Jumaat kan, masa birthday sy hari tu.
Alhamdulillah, sy tak apa2 :) (tak ada kena mengena)




Pak andak Husna aka my BIL, (adik encik abang) pun ada studi kat sana.
Tp kebetulan dia sudah pun selamat balik ke Malaysia since Isnin last week.
Saja balik cuti sebulan kat Malaysia sebab nak ambil lesen kereta.
Tempat dia duk belajar tu pun jauh dari kawasan terkena tsunami.
Dia di pantai barat.



ini Pak andak Husna...


Oleh kerana hal itu, ramai juga family kami, pak cik makcik duk called tanyakan keadaan Idham, Pak andak Husna ni.
Tp katanya, ada juga kawan2 dia yg study area pantai timur Jepun yg terkena tsunami tu.
Tak tahula apa cerita mereka. Mudah2 an selamat. Amin.

Semoga kita ambil iktibar atas apa yg berlaku di sebalik bencana alam ini.


psst: encik abang plan nak suruh adik ipar sy tu beli kereta baru Jepunla (murah sikit kan), tp time skang ni risau pulak kereta tu dah kena masuk air ke apa kan :)

Susah nak potong rambut dia

Alkisahnya, sangatla susah nak potong rambut si kecik sy ni.
Rambut dah panjang kat depan tu... kami nak potong bukan apa, sebabnya dia rajin berpeluh kan, lepas tu tergaru2 kepalanya.

Memangla cantik rambut panjang baby girl tp kesian tengok dia menggaru :)
Bila dia nampak gunting dia akan cakap, "ummi potong rambut na yer..."
Dah tu bila time nak potong tu dia punya jerit satu kampung boleh dengar :)
Sudahnya memang tak potongla.

Ada plan encik abang nak potong time dia tidur tp macam susah sikitla kan.
Risau rambut tak lurus dipotong ke, takut rambut masuk telinga ke kan.
Ok, one thing kan, Husna paling susah nak potong kuku and bersihkan telinga dia.
Memang akan menjerit2 macam kena pukul :)





Kawan2 ada tips nak potong rambut anak tak?
Bawak pergi kedai pun dia bising cakap tak nak. Huhu.

Uri di bawah @ Plasenta pravea


*credit google*


Sekadar menjawab persoalan seorang teman blogger @Lina, semalam dia ada komen kat sini.

Tanda utama plasenta previa ialah pendarahan pada trimester ketiga. Keadaan pendarahan berbeza dari semasa ke semasa. Ada kalanya pendarahan hanya sedikit, tetapi ada waktunya ia boleh menjadi banyak sehingga membahayakan. Pendarahan ini boleh berlaku bila-bila masa dan lazimnya berulang selepas beberapa hari atau minggu.

Uri akan terbentuk apabila seseorang wanita hamil. Ia bertindak menjadi penghubung di antara bayi dengan sistem darah ibu yang membekalkan oksigen dan khasiat makanan kepada bayi dan akan keluar bersama apabila bayi dilahirkan.

Ia juga bertanggungjawab menyingkir bahan sisa daripada darah bayi. Uri melekat pada dinding rahim dan tali pusat bayi yang menjadi penghubung utama di antara ibu dan anak dalam kandungan.

Pada awal kehamilan, uri mungkin di bahagian bawah rahim. Apabila janin membesar, biasanya uri bergerak dan tertolak ke atas menjauhi pangkal rahim.

Kedudukan uri boleh dikesan melalui ujian imbasan bunyi yang dilakukan pada pemeriksaan prenatal anda. Doktor akan memberitahu jika uri terletak di bawah sebelum kandungan masuk minggu ke-20.

Bagaimanapun, ia keadaan biasa dan dalam kebanyakan kes (lebih 80 peratus), uri tertolak ke atas apabila kandungan semakin membesar. Hanya 10 hingga 15 peratus kes uri kekal di bawah. Masalah mula timbul apabila janin semakin besar (memasuki minggu ke-26) dan memberi tekanan kepada uri sehingga menyebabkan pendarahan.

Insiden kedudukan uri rendah adalah kecil iaitu hanya 0.5 peratus atau satu kes bagi setiap 200 kehamilan, tetapi risikonya sangat tinggi kerana pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah (anemia).
Kumpulan berisiko

>

Terlalu kerap mengandung dan kehamilan yang terlalu rapat.

_

_

>

Pernah menjalani pembedahan Caesarean ketika melahirkan anak terdahulu.

_

_

>

Pernah menjalani pembedahan untuk membuang fibroid.

_

_

>

Mempunyai luka pada rahim.

_

_

>

Pernah menjalani dilation and curettage D & C (selepas menggugurkan anak) yang menyebabkan rahim luka dan berparut.

_

_

>

Mengandung pada usia terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35 tahun). Risiko bertambah tinggi dengan peningkatan umur.

_

_

>

Pernah mengalami masalah plasenta previa pada kandungan terdahulu.

_

_

>

Mengandung anak kembar.

_

_

>

Merokok atau mengambil dadah.


more info boleh baca SINI

Dalam kes sy, memang dari awal kehamilan, uri sy duduk di bawah. Tp Alhamdulillah, semakin membesar janin dalam rahim sy, ianya semakin tertolak naik ke atas. Sy tidak mengalami bleeding or apa2 yg teruk. Boleh kata, kehamilan sy kali ini biasa saja sama masa pregnantkan Husna.

Doc Adlan from ISH pun kata, ianya perkara normal just wait and see. Tiap kali lepas solat, sy berdoa agar uri dapat naik ke atas. Slowly ianya memang berkesan.

Sebab if uri tak naik ke atas, tiap kali kita scan akan nampak kedudukan baby seakan melintang dan tidak berada pada kedudukan sepatutnya. Kemungkinan besar juga doc yasmin sy kata, baby tidak dapat membesar dengan baik.

Sy pun pelik, sebab tak pernah ada experience keguguran atau proses D&C (major sebab yg menyebabkan uri di bawah). Tp tula, apa2 pun boleh berlaku semasa pregnant ni kan, semuanya ketentuan Allah.

Doc yasmin juga berpesan, urutan tidak memberikan kesan. Sy tak tahula, sebab sy pun tak pernah try :) My mom kata, ada possibility jadi begitu sebab sy terlalu aktif dan sering mendukung Husna. So, tekanan di situ menyebabkan uri lambat naik ke atas. Sy pun tak sure tentang itu, tp ada kemungkinan juga kan :)

And, bila scan @ 33 wks ++ hari tu, kepala baby dah kat bawah, insyaAllah if position dia kekal begitu sy tiada masalah untuk bersalin normal. Baby juga aktif seperti biasa, tiap2 hari ada saja tendangannya yg mencuit hati. (beware ye if baby tak bergerak)

Cuma tunggulah, baki sedikit uri yg masih di bawah tu naik sepenuhnya ke atas. Amin :) Next check up ialah 28 mac ini. Mudah2 an semuanya ok. Apa2 pun kita kena kuatkan semangat, sentiasa talk to the baby, "mommy sayang awak, please duduk kat position yg betul :)" Dan jangan lupa untuk berdoa memohon kebaikan dari Allah Taala. Sentiasa think positive ok :) Buat2 cool je la senang cerita :)

Anyone ada experienced begini? Boleh share sama2 :)



Tuesday, March 15, 2011

My mom's birthday


Happy birthday to my mom 55th :)
Semoga beliau sentiasa dalam lindungan Allah,
dikurniakan kesihatan yg baik,
sentiasa kuat demi keluarga,

kerana dirimu begitu berharga,
kami doakan agar ibu sentiasa dalam keberkatan Nya...
insyaAllah.


with love,

Huda, Sazli and Husna


Check up 32 ++ wks

Thanks to kawan2 semua sudi wish sempena 3rd anniv kami semalam :) Terharu sangat.
Alhamdulillah, semoga doa anda semua dimakbulkan. Amin.

Semalam sy tak dapat berblogwalking sebab sejak jam 11am hingga 6pm rumah sy blackout :( Bukak lappy boleh lagi pakai bateri but streamix tak on tak jadi juga kan. So sad. Ada maintanance work tu sebab lama blackout nya :( So sorry kawan2. Hari ini sy try balas kunjungan semua, insyaAllah.

Semalam juga sy telah ke klinik untuk check up of 32 wks actually, but bila datang minggu ini jadi 32 wks ++ masuk 33 wksla kan.



*credit to google*


Doc yasmin bercuti. So diganti oleh doc kavitha. 1st time sy ketemu dengannya.
Ok gak doc kavitha ni. Dia explained banyak.
Oh yer, berat sy confirm naik lagi :) Increase 2 more kilos :)
Urine test ok saja, tekanan darah pun normal. Alhamdulillah.

Time scan tu kan, Husna la kelakar. Dia sibuk cakap..."eee...adik, adik la bah...adik..."
Nurse siap gelak2 dan layan Husna. Abah Husna pun layankan jugalah.
"A'ah adik. Adik kat dalam komputer tu..."
Doc kavitha pun tergelak2 dengar Husna cakap gitu.

So far kepala adik Husna dah kat bawah. Uri pun dah naik ke atas, but ada sedikit uri tu di bawah. Doc kata, try scan another 2 wks and tengok resultnya. Hopefully another 2 wks, uri dah naik sepenuhnya ke atas. Amin.

Lain2 ok saja, rasanya. Berat adik Husna almost 2 kilos.
Jumpa doc another 2 wks, insyaAllah. Then wk 36 we plan nak pergi ISH semula.

Ok itu saja untuk diupdate tentang check up at 32 wks ++ :)

Jom blogwalking :)

Monday, March 14, 2011

3rd Anniversary



As salam,

Alhamdulillah, hari ini 14 mac genap ulang tahun perkahwinan kami :)
Moga keluarga kecil kami akan lebih ceria dengan kehadiran bakal adik Husna this coming May, insyaAllah.

Rasa macam baru je bergelar isteri kepada encik sazli tu. Rupa2nya dah 3 tahun.
Dia maintainla macam dulu.
Kelakar (dengan sy je la)
Suka buli :)
Caring, loving tu biasala kan :)
Seorang suami dan abah yg bertanggungjawab, Alhamdulillah.
Penyabar dengan karenah isteri dia ni :)
Suka menyenangkan isteri dia ni...sometimes sy really need help walaupun sy boleh buat sendiri, dan dia ada di sisi untuk membantu.
Sedang berusaha untuk kurus, gigih work out semula macam dulu2 :)
Sayang dia.

Doakan kebahagiaan kami, hanya kepada Allah kami memohon.
Kebahagian, keharmonian dan kerukunan rumah tangga kami.
Moga Allah sentiasa berkati kami, amin~

pss: boleh masa sambut bithday sy last Friday, dia kata ok ini sekali dengan anniversary celebration? :) huhu...tak kisahla kan :) makan juga...

Friday, March 11, 2011

Pengumuman : Pemenang Cute Baby Style Contest



Nota penganjur dan juri:

Masa yg ditunggu2 sudah pun tiba, iaitu pengumuman pemenang 'Cute Baby Style Contest'!!! Diharapkan semua peserta bersabar dan menerima keputusan dengan senang hati yer :)

Segala keputusan ditentukan oleh juri terbabit yg mana bukanlah seorang blogger cuma insan biasa.
Beliau telah memilih para pemenang dengan senang hati dan gembira :)

Tanpa sebarang bentuk pilih kasih, buyers, or provokasi dari pihak luar :)







So, inilah masanya...



TAHNIAH!!!!






Hadiah khas 'Early Bird'











sekarang tiba masanya,
debaran untuk setiap peserta....

jom kita lihat siapa yg cute dan berstyle itu :)



......
...
...






....
..
...






Pemenang saguhati (no 5)




Nur Irdina Zahrah





Pemenang saguhati (no 4)




Naqeem Zhafran








Seterusnya mari kita lihat... 3 pemenang utama





...
..
.







3rd Winner







Damia Ayyunie






2nd Winner





Aleesha Maisara







1st Winner




Iman Syahmi



Alhamdulillah, selesai sudah pengumuman pemenang2.
TAHNIAH diucapkan!!!
Kepada yg tidak berjaya, jangan bersedih hati...insyaAllah ada rezeki di tempat lain pula kan :)

Kepada para pemenang, sila emailkan nama, alamat dan no telefon kepada sy
nhak_1103@yahoo.com

Lagi cepat lagi bagus, boleh sy poskan kesemuanya sekaligus. Hadiah anda boleh lihat di SINI

Terima kasih kepada semua yg sudi berkunjung ke blog sy ini dan semoga kita kekal berkawan di alam maya ini :)

Ahlan wa sahlan!


27

*credit google*


Hari ini hari Jumaat.
Penghulu segala hari.
Juga merupakan hari bermakna dalam hidup sy.

Terima kasih kepada ibu sy sebab beliau selamat melahirkan sy pada tarikh hari ini 27 tahun yg lalu.
Sy sangat bersyukur diberi keizinan untuk terus menjadi khalifah di muka bumi ini.
Alhamdulillah.
Semoga sy sentiasa dalam keberkatanNya.
Diberi kesihatan yg baik dan menjadi ibu dan isteri yg solehah kepada suami sy.
InsyaAllah.

Selamat hari ulang tahun kelahiran yg ke 27, Puan Huda!



pssst: pengumuman pemenang 'Cute Baby Style Contest' akan dilakukan pada hari ini juga :)

Thursday, March 10, 2011

Tahniah kak Apash!

Oh yer...lupa nak update something :)


Pagi tadi sy received mms from Kak Apash mama Qaseh.
Dah selamat deliver her 2nd princess :)


kak apash's family



Tp detailsnya sy tak tahu sebab Kak Apash just mms pic her baby tu. If tak silap dia deliver kat Ipoh. Pusat Perubatan Ar-rizwan.


Alhamdulillah, semoga baby dan mama berada dalam keadaan sihat2 saja. Selamat berpantang kak! :)

pss: hari ini sy kurang blogwalking, sorry yer..leceh pulak pakai netbook ni :)



ps: sy tak sempatla nak upload pic from phone :)

Tak Sabar Nak Bf semula :)

Yup! Statement yg memang sy suka :)

Of course ibu2 lain di luar sana pun suka kan. Yerla, bila kita diberi peluang untuk bf sendiri anak kita, berikan susu kita dan itu sudah semestinya hak anak2 kita kan.

Kalau diizinkan nak bf sampai usianya cukup 2 tahun (memadai). Macam kes Husna dulu sempat setahun 9 bulan saja. Rasa ralat juga tp apa nak dikata, kita merancang semuanya Allah tentukan.

Sy kagum dengan ibu2 yg bekerja tp still boleh continue bf their baby. Yg penting kita kena kuat dan tabah kan :) Ignore kan kata2 orang lain yg sibuk duk promote susu formula. Sebab rasa rugi pulak, bila susu kita still ada tp bagi susu formula kat anak. Lainlah kalau susu kita memang confirm2 tak ada (still boleh cari alternatif untuk banyakkan susu kalau rajin :))

Sebagai langkah permulaan, sy sudah sediakan nursing cover :)

sy request purple but Ima tak jumpa kat kedai :)

but pink polkadot ni pun sweet kan :)


Dulu time Husna tak sempat nak cari dan beli. Ini pun sebab one of my friend, Ima. Actually dia jahit untuk dia, but me request jahitkan for me too :) Thanks Ima!

Sweet sangat :) Sy no need to buy pam susu sebab yg lama (manual saja) still ada. Itu pun just in case perlu pakai, biasa sy direct bf saja. Oh yer! Sy rasa perlu tambah beberapa helai lagi maternity bra and pad bra sekali. Shopping for me pulak la kan. Untuk adik Husna dah settle semua :)



Ok till next~

Wednesday, March 09, 2011

Sayang Adik, katanya

Memang sejak perut sy membesar, sy dan abahnya dah biasa ajarkan Husna supaya sayangkan adiknya.

Supaya dia tahu, ada someone iaitu bakal adiknya ada dalam perut sy.
So, before tidur biasanya sy akan tanya Husna.

me: adik Husna mana?
Husna: mana? mana ummi? adik dalam perut (sambil sengih2)

Matanya tertumpu ke arah perut sy.

Then, lately ni dia memang selalu nak kiss2 perut sy. Sambil panggil 'adik...adik' :)
Sukanya that moment. Rasa bahagia sekejap.

Walaupun sy tahu, Husna tak berapa nak faham lagi situasi sebenar tp sy cuba juga bagi dia faham supaya dia tak terkejut later bila adik dia keluar. Betul tak? :)

Malam tadi, dia kiss2 lepas tu dia tepuk2 perut sy. Hehe. Budak2 kan memang gitulah.
Tp ada satu part, bila abahnya datang dekat sy dan usap2 perut sy, memang Husna nampak sangat 'kejelousannya'. Menjerit2 dia cakap, 'tak boleh...tak boleh...nanak...' :)
Macam pantang pulak yer :) Hai anak :) Macam2 peelnya yer :)




Mesti kawan2 pun ada alami pengalaman sebegini kan dulu2 ? Jomla share sama :)

Update Contest: Shortlist Peserta

Selamat pagi semua :)

Hari ini sy akan paparkan shortlist peserta 'Cute Baby Style Contest'.
Walaubagaimanapun, bagi anak2 yg tidak tercalon dalam shortlist itu bukanlah bermakna anak2 anda tidak berstyle, semuanya ada style yg tersendiri dan cute miut belaka.

Pihak juri telah sepakat memilih mereka di bawah ini saja untuk dishortlistkan.
Yg tidak berjaya jangan berkecil hati yer :) Semoga berjaya di lain2 masa dan contest2 lain yg tumbuh macam cendawan selepas hujan :)






So, amacam? Nantikan keputusannya tidak lama lagi :) All the best kepada semua yg telah dishortliskan :)

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi