Wednesday, April 27, 2011

Tidur malam tak lena


ini Husna tidur


Dalam seminggu ni, sy tidur memang tak berapa nak selesa.
Macam2 difikirkan agaknya, itu ini, ini itu...
Rasa nak menangis je bila dikenang2.
Sy tak pernah ada sindrom tak boleh tidur ni.
Ini first timela...

Pagi tadi sempat sembang2 dengan encik abang.
Encik abang duk cakap2 dengan adik Husna (jarang encik abang dapat buat gitu bila Husna sedar, dia akan jealous ok!)
Encik abang kata, adik Husna bagi chance lagi kat ummi dia makan udang, sotong, ayam puas2.
Tu sebab tak mahu keluar lagi :)
Sy iyer kan je la.
Tekak ni rasa nak makan sate la...malam ni mesti pergi carila...

Siang2 baru rasa ngantuk, harusla tidur kejap2 kan.
Oh oh!

Siapa ada tips nak bg tidur lena menjelang hari nak bersalin ni? Sharela yer dengan sy. Tq.

till next semua~

Tuesday, April 26, 2011

Isteri sentiasa sokong suami

Malam tadi, tengah duk lepak2 dalam bilik...
sambil encik abang sy exercise dgn basikalnya (rajin work out),
tiba2 beliau berkata,
"abang dah buat keputusan..."

sy buat muka seposen je la...
"apa dia bang?"

Maka beliau pun menjawab,
"abang tak jadilah nak apply job lain or tukar majikan...
abang nak settlekan dapat IR tu as soon as possible...erm"

Err...
Ingatkan apa bendala yg suspen tu, rupanya hal ni.
Memang pun, if ikutkan tangga gaji encik abang boleh tahanla after 5-6 years dia kerja sekarang ni.
Cuma, beliau sangat teringin nak masuk projek.
Tu yg beberapa hari lepas, dia beriya2 update resume nak apply company lain.
Tp sudahnya, bila dah siap resume tu, dia tak jadi pulak nak submit.
Nak sambung paper IR pulak.
Suka hatila bang, sy as her wifey, sokong je la dari belakang.
Sentiasa mendoakan yg terbaik untuknya dan family kami.

Amin~

Belum masanya lagi

Adeh...camna nak cakap?
Adik Husna ni memang suka main2 agaknya :)
Semalam sy rasa macam dah nak bersalin dah.
Dia pulas2 je kat dalam perut tu rupanya...

Doc yasmin kata by 2nd may if tak ada apa2 sign, pergi terus ke ISH.
Sy pun malas mahu induce2.
Sy tunggu saja dia sakit sendiri.
Tak kisahla siang or malam.

Tq kawan2 yg mendoakan sy semalam dalam entry INI

Sekian, terima kasih ~

Monday, April 25, 2011

Andaikata esok lusa blog ini senyap...

Andaila katakan,
Esok lusa blog sy ni senyap sunyi je...
maknanya itu sy sudah deliverla tu...
apa2 pun,
sebelum apa2 berlaku,
sy nak MINTA MAAF kat semua kawan2,
doakan kesihatan sy dan baby dalam kandungan ni yer,
moga kami berjaya...

Perut ni dah memulas2,
pinggang sakit sikit2,
tp tak kerap...

Td pergi rutin check up,
kepala adik Husna dah duduk bawah tp tak berapa nak bawah lagi,
air ketuban ok, uri ok, semua Alhamdulillah,
sy je tak berapa nak ok,
macam ala2 nervous gitu...
sy pun tak tahu apa nak dikata,
doakan sy yer...
sayang anda semua...
till next~

If siapa2 ada add FB sy, nanti sy rajin2kan diri update kat FB saja ok :)
nak add, silalah, Huda Karim.

Sunday, April 24, 2011

Laksa my mom


*credit google*



Tengahari semalam, adik ipar sy Nine called cakap nak datang rumah singgah and jalan2 Manjung.
Together with SIL seorang lagi, Mak uteh Husna, MIL, adik ipar bongsu dan Syifa' (kak long tak join sama sebab tengah busy buat kerja)

Ok, my mom kan ada kat rumah, so dia masakkanla laksa Johor...err actually 'laksa my mom'. Resipi sendirian berhad punya sebab dia pakai lada hijau.

Ikan kembung direbus, dan dicampur dengan bahan2 buat kuah laksa. Memang sedap sebab kuahnya pekat. Encik abang sy jenis tak suka makan laksa asam, or kuah laksa yg masam macam laksa utara tu. So, memang kena dengan selera dialah.
Dihidang bersama laksa, boleh campur limau untuk yg gemarkan masam2, or nenas potong.
Boleh add sama tauge, timun, sayur kobis potong2 dan sambal belacan. Ikutla selera masing2 kan.

Hidir, hubby Nine pun makan bertambah2 :) MIL pun sama, semua orang makan bertambahla :)
Sy pun makan bertambah2 :)
Sedap sangat, dah lama gak my mom tak buat laksa ni.
Memang rezeki sy la kan dapat makan before pantang. Hehe.
Alhamdulillah.
1 lagi, sy suka makan laksa Sarawak. Diorang pakai bihun kan, kuah lak macam ala2 kari.
Laksa Terengganu pun sy suka sebab kuah dia pekat :)


Kawan2 suka makan laksa tak?

Friday, April 22, 2011

Tak sampai hati abah

Beberapa hari yg lalu, kami ke Tesco sebab nak beli beberapa items untuk sy dan rumah.
Okla, pergi tu molek je.
Encik abang sy ni jenis, if shopping dia akan selalu ingatkan sy.
"Ok, 30mins only!" macam tu la lebih kurang dia cakap, supaya sy tidak melebih2 dan berlengah2.

Tengah duk pilih2 barang and usha ubat semut, si Husna ni dapatla chance turun from trolley.
"nak turun, nak turun..." she said.
Ok, nenek dia turunkanla.
Dia pun terus berlari ke arah cashier. Kat tepi cashier tu pulak ada fridge ais krim.

Sy dengan abahnya sibuk lagi pilih ubat semut.
Tiba2, Husna datang kat kami.
Tahu dia cakap apa?

"abah, nak ais krim...." sambil buat muka kesian ok :)

"alahai...tak sampai hati abah tengok..." kata abahnya.
Memang pun, siapa2 yg dengar ayat Husna tu mesti terkesian punyala.
Maka dapatla dia sebatang ais krim tu.

My mom pun ceritala...
"tadi dia cakap kat ibu, nenek nak ais krim...
ibu kata, tanya abah dulu yer...kalau abah kata boleh, baru ambil...
tu yg dia pergi kat abah dia tanya tu..."

Sy yg mendengar pun tersengih2...alahai anak...memang bijak berkata2...
Tp Husna if kita cakap NO, dia akan faham juga and tak request lagi.
But memang rezeki dia hari tu dapat juga makan ais krim tu.

'Menan'

Dah lama juga kami tak bawa Husna ke tempat kegemarannya 'menan' aka playground.
Mana taknya, if nak main kat majlis perbandaran manjung tu petang2 penuh dengan budak2 lelaki yg dah besar2 duk main bola sepak.

Adeh! Geram sy. Playgeound dijadikan padang bola sepak.
If la kan bola yg depa sepak tu terkena budak2 sebaya Husna, tak ke naya je?
Memang sy tak setuju! Playground kan tempat kanak2 kecil bermain, ini tak yg dah besar2 tu tak reti bahasa sungguh!

Tp kalau nak bawa Husna main menan kami akan bawa dia ke Lumutla, banyak space untuk dia bermain dan tak sesak.
Husna pun bebas masuk mana2 terowong yg dia suka :)
Bolehla sekali sekala layan, time hari tak panas ok la.
If tak, mau hitam kami semua duk berjemur tunggu Husna main menannya :)



"cak! "




suka dia dapat main dalam terowong ni :)




happy weekend aunty2 semua!


Apa anda semua buat weekend ini? Have a great weekend ok! :)

Thursday, April 21, 2011

38wks : Not in labour yet!


*credit google*


Last Monday, sy ke klinik yasmin untuk rutin chek up mingguan.
Alhamdulillah sampai2 saja terus sy dipanggil untuk urine test dan timbang berat.
Semuanya ok, berat naik 0.5kg :)

Bila turn dipanggil masuk jumpa doc, scanla macam biasa kan.
Doc Nadrah yg scan sebab doc yasmin on leave.
Ok juga doc Nadrah ni, cool je.
Alhamdulillah rutin scan pun nampak normal.
Tunggu hari adik Husna nak keluar je la :)
Then, sy saja2 tanya advise doc Nadrah tentang induction tu kan.
Dia punya experienced and advised "she's againts induction without sebab yg kukuh"
Unless kalau sy ada any problems baru dia sarankanla.
Betul juga katanya, setiap orang ada rezeki yg lain2 dan tidak sama kan.
So better, tunggu saja normal pain tu datang and then baru rush pergi ISH.
Dia kata, insyaAllah sempat as long as air ketuban belum pecah.
Sy accept apa dia cakap. Memang kita as orang Islam berdoa dan berserah kepada Nya.
Kesian pulak kalau nak paksa2 adik Husna keluar kan sementelah dia masih sedap2 guling2 dalam perut ummi dia ni :)

Last 2 night sy ada terasa sakit yg amat kat bahagian ari2 bila berjalan. If duduk saja tak rasa apa2.
Lepas encik abang balik solat Isyak kat surau, sy ajak pergi klinik.
Ai maklum je la, Selasa baru ni kan public holiday untuk Perak.
Tak banyak klinik yg bukak.
Bila duk cari2 klinik mana yg bukak tu, tup2 sy dah rasa ok pulak, tak sakit dah.
Aish...adik Husna ni main2 kan ummi abahnya ke?
So, end up kami tak jadi pergi klinik.
Sy singgah pergi 7E beli slurpee tutti fruiti :) (hambik ko!)

Tak sabar tunggu adik Husna ni. Macam manalah rupanya dia yer.

Bila datang manjanya

"nak ummi la..."

Itu antara ayat yg Husna selalu cakap bila dia tengah datang manja2 dialah :)
Sikit2 nak ummi.

Sy noticed, sejak dua menjak ni Husna memang sangat manja dengan sy.
Tidur nak sy tepuk2 kan (selalu dengan abahnya pun dia ok)
Susu nak sy buatkan. "nak ummi buat shushu..."
Biasa kalau malam2 tu, abahnya rajin bangun layan buatkan susu.
Nak mandi, ummi mandikan.
Nak makan, nak ummi suapkan.
Semua nak ummila yg layan dia.

Ada atuk nenek dia pun dia saja2 nak sy juga buat.
Umminya ni dahla tengah sarat berat :)
Tp tu la, orang tua2 kata may be ada hikmah semua tu.
Dia macam dapat rasa, lepas ni mesti tumpuan sy banyak kat bakal adik dia kan.
So, dia ambil kesempatan yg ada ni untuk bermanja2 dengan sy.
Kesian kat dia.
Alahai anak ummi, ummi sayang Husna dan adik :)
Don't worry yer, ummi tetap sayang anak2 ummi.




si comel sy :)

Wednesday, April 20, 2011

Mesra Alam

Macam manalah sy tak kata dia ni mesra alam.
Kalau dilihatkan gaya, agak2 nya siap nak baring2 lagi sebelah cat ni.

Susah nak halang if dia dah suka, memang dikejarnya siap nak belai2 lagi cat tu.
Oh anak!
MESRA ALAM sungguh kamu ni :)





ps: make sure lepas tu basuh tangan dia bersih, dan balik terus mandikan...isk3...

Jalan-jalan di Umbai


Kami sempat ke Umbai tempat makan2 ikan bakar terapung di Melaka last week.
Plan asal nak cari crabmeat yg diidam-idamkan oleh encik abang, tp tidak berhasil.
Crabmeat belum musimnya lagi.

Takat ikan merah, siakap, kerapu, ketam2 biru, sotong, udang, kerang tu adalah. Crabmeat je tak ada.



Husna sibuk nak tengok fish kat dalam laut tu...





Husna tak terkawal oleh abahnya,
sibuk nak jalan sini sana...nak jalan sendiri ok!





ibu abah sy...



Maka, kami just sight seeing je la sekitar tempat makan ikan bakar terapung ni, pengunjung pun belum ada lagi sebab baru pukul 6.30pm.

Gerai2 banyak dah dibuka, tp tu la sy cakap tadi crabmeat tak ada.

So, kami teruskan perjalanan ke Serkam. Pun tempat makan ikan bakar juga.
Tp kan crabmeat tak ada juga, kami order je la apa yg ada, perut pun dah mula berlagu.
Bolehla takat makan2 gitu, order udang butter prawn, sotong goreng tepung, ikan siakap masak 3 rasa, kangkung belacan, sup campur. (sorry, perut dah lapar lupa nak snap pictures makanan)

Lepas makan, kami balik Johor rumah my parents 2 hari :)






Tuesday, April 19, 2011

Malacca River Cruise

Petangnya, after habis kerja encik abang ajak pergi naik cruise kat Sg. Melaka.
Wow! Teruja juga sy sebab tak pernah bercruise2 ni :)

Oh yer, kami menginap di Emperror Hotel (Melaka ada banyak hotel u all boleh pilih)
Agak dekat jugalah dengan Taman Rempah tempat nak naik cruise tu.
Kami sampai kat Taman Rempah sekitar jam 7pm.
Beli tiket, dewasa RM10, kanak-kanak RM5, tp Husna FOC saja :)
If kita beli tiket cruise siang tp nak naik malam2 pun no problem, tutupnya jam 11pm.

Memang syok gak naik malam2 cruise ni sebab lampu2 semuanya cantik menghiasi alam.
Kalau siang2 tu sy tak sure dapat tengok apa je.
Opposite to jetty naik cruise ada sebuah perkampungan melayu.
Apa nama dia? Dah lupa pulak.
Tp semua rumah yg di tepi sungai tu diberi subsidi pasang sportlight kat rumah mereka.
Gov Melakala yg bayarkan.
Cantik sangat tengok certain2 rumah yg masih ada ciri2 Melaka.



sign board Melaka River Cruise




kami bergambarla dulu sementara nak tunggu naik cruise...




Hentian Hang Jebat...




cruise yg bakal dinaiki oleh kami sebentar lagi...




ini masih terang...




banyak cruise disediakan untuk kemudahan pengunjung....





jam 7.30pm kami dapat naik cruise...




hari dah mula gelap, lampu2 bergemerlapan :)





apa benda ni?





Husna dan abahnya...





kami sekeluarga...candid saja :)





eye of Malacca...tak naik pun :)





ini salah satu rumah Melaka di perkampungan seberang sungai....


Kami menyelusuri sungai Melaka selama 30 minit kut pergi balik jetty Taman Rempah.
Teruja tengok lampu2 tu dan hasil art yg dilukis pada bangunan2 di tepi sungai oleh students UITM.
Semuanya nampak cantik tp bau je kurang menyenangkan :)
Bau sungai tak bestla...hehehe...
Encik abang kata, masa dia naik cruise kat Paris dulu bau sedap je sungai Paris.
May be kerajaan Melaka boleh buat sesuatu tentang bau sungai ni :)
Tp servis cruise sangat okla, siap ada penerangan semua if kita bertanya pada drivernya.
Siap pasang lagu2 tradisional Melaka lagi, bolehla layan :)


ok till next entry~

Hang Tuah Mall

Hai semua!
Hari ini cuti umum di Perak sebab Hari Ulang tahun Sultan Perak :)

Alhamdulillah sy masih sihat, boleh bersiaran seperti biasa walaupun terasa kaki ni macam tebal bila turun tangga.

Nak selit2 cerita masa ikut encik abang outstation Melaka last week.
Encik abang sibuk di TNB, kami 4 beranak (me, Husna, ibu & abah) pergi jalan2 sekitar bandar Melaka je.
Kami lepak2 kat Hang Tuah Mall, and tempat jualan kraf di Banda Hilir.




ini dalam Hang Tuah Mall...




Husna excited tengok ikan2 koi...siap nak pegang :)



Since parking kat Melaka ni per day RM5 tiketnya, kami takla ke mana2 sangat. Just sekitar Banda Hilir tu je. Nak ke Ayer Keroh pun terasa malas.

Tak adalah rekod kami ke muzium ke apa. Tak ada mood nak tengok sejarah sangat :)



ini A Famosa :)





ini kapal atas darat...dulu2 dah pernah naik, so tak adalah teruja nak tengok lagi :)




si comel sy diapit atok dan neneknya :)


Kami jalan2 ambil angin je la, sambil beli sedikit cenderamata. Beli FM wajib :)
Beli dodol, wajik, kuih2 tradisional sikit dan tshirt.
Lagi pun hari sangat panas kan, so mood nak berdondang sayang di Melaka tu kurengla :)

till next~

Monday, April 18, 2011

List mommy yg pregnant


source google


Wow! Ramai juga rakan2 blogger yg sudah selamat dan bakal melahirkan tak lama lagi termasukla sy :)
Most of them pregnant 2nd child la, beberapa orang je yg pregnant 3rd baby :)

Yg sudah selamat (2010 / 2011)

ezan - baby girl
faryza - baby boy
chugie - baby girl
kak apash - baby girl
mamanoa - baby boy
kak naz - baby boy
ariba - baby girl


Mari kita tengok list ibu2 yg sedang mengandung dan tunggu hari:

me - edd 2nd may
kak syidagorjes
fatih
ieda al habsyi
mrs.amie
hezrina
azni
kak fieza79
eija zaquan
eima
riezzila - edd 24 july (baby twin) Wow!
hadina

who's next? if ada sesiapa sy tertinggal boleh tinggalkan url anda di bawah :)
saja2 suka2 update :)
good luck to me! good luck to anda semua :)

Hilang lagi

As salam,

Apa khabar semua?
Hari Isnin yg bahagia buat semua orang, insyaAllah :)

Seminggu lepas sy hilang lagi kan.
Bukan hilang ke mana pun, sy ikut encik abang outstation ke Melaka.
37 minggu pregnant sy masih larat ke Melaka. Siap boleh jalan2 lagi sekitar Melaka :)
Pergi Banda Hilir, naik river cruise dan singgah makan abc kat Pantai Klebang :)
Belasah seafood kat Umbai.
Memang sy pulun habis2 trip (outstation) kali ini.
Saja nak hiburkan hati sendiri, nanti dalam pantang of course kena pantang keluar jalan2 kan.
Sementelah ibu abah sy ada sama ikut, so sy tak la risau sangat.

Siap cakap dengan adik Husna di dalam, if nak keluar, silalah keluar next week (this week ke kan) :)
Lately, pinggang sy sakit2 sengal2.
Ari2 tu dah terasa menyucuk2.
Adik Husna maintain guling2 kat dalam.
Buat macam2 bentuk wave.
Bila panggil dia akan respond.
InsyaAllah dia sihat saja.

Oh yer, before keluar outstation hari tu, sy sempat pergi klinik chech up routine.
Berat naik kepada 71kg.
Berat adik Husna sudah pun menjangkau 3.3kg.
Urine test semua ok. Alhamdulillah.
Kepala dia memang dah ready duduk bawah.
Tunggu masa je ni :)

Kawan2 semua apa ceritanya? InsyaAllah sy try bw hari ini k :)
Take care semua!

Monday, April 11, 2011

Jumpa gynae @ 36 wks ++

As salam,

Bila Monday, semuanya nampak blue :) Hehe.
Sabtu baru ni, sy ke ISH. 2nd appoinment with doc Adlan gynae yg sy pilih untuk sambut adik Husna nanti, insyaAllah.

Sampai Ipoh around 10.50am, terus submit GL dan wait for my turn.
Timbang berat macam biasalah akan naik semulajadi.
Blood presure normal saja. Urine test pun normal. Alhamdulillah.
Husna lepak2 kat luar dengan atok and neneknya (my parents memang dah ada kat Manjung since back from CH haritu)

So, sy dah encik abang je la yg masuk bilik doc.
Time scan, doc Adlan tengok semuanya normal. InsyaAllah tiada masalah.
Siap cakap, "next week dah boleh bersalin ni :)"

But when suddenly doc tanya,
"u all nak tunggu normal punya sakit or nak induce bg baby keluar awal?"
Oh oh!

Ini suspen ok :) Sy tak pernah pulak ditanya begitu.
Doc explained sebabnya kami ni kira kes outstation kan (manjung - ipoh around 1 and half hour), dia sangat concern.
If case, tiba2 baby dah tak sabar2 nak keluar tu yg dia risau.
But, apa2 pun depend on us. Kami yg decided. Doc tak paksa.

4-8 hours adalah normal bg anak ke 2 and so on untuk keluar.
Ok sy faham itu :)
Buat masa ini, sy dan encik abang tak decide apa2.
We just tunggu and doa. Berharap on the day adik Husna nak keluar tu, jalan raya jadi lapang.
Kereta or lori tak banyak.
Pendek kata, semuanya dipermudahkanla. Amin.
Anything can be happen, so sy kena bersedia fizikal dan mental.
Doakan sy yer :)
Sy baru 37 wks, adik Husna agak2 nak keluar bila yer?

Thursday, April 07, 2011

Sambut Birthday Husna 2th

As salam,

Ada yg merindui ke? :)
Ambil masa juga sy nak bukak blog setelah 2-3 hari offline.
Letih lagi balik from jalan2 CH.
Minta maaf kat kawan2 sebab lama tak berblogwalking :)

Ok, last Ahad, berlangsung sudah birthday party Husna yg ke 2 tahun (03 April 2011)
Alhamdulillah dah hit 2 yo my lil Husna.
Err...birthday party ke?
Tidakla, just simple...buat makan2 bersama family.

Tempatnya di banglo peranginan TNB Cameron Highlands.
Antara makanan yg disediakan, bihun goreng (credit to mak uda Husna aka ibu si kembar).
Ada kek comel untuk Husna (sy & encik abang beli), nuggets and fun fries.
Also teh strawberry panas (dah nama pun cuti2 kat CH, mesti ada teh strawberry kan :))



kek comel je,
beli kat Manjung...Husna suka garfield tu (dia kan peminat cats)




time ni encik abang baca doa selamat...
Husna tekun tadah tangan :)




si kembar pun baca doa sama :)




time potong kek :)
gemuk kan sy :P





makan2 time...simple saja tp meriah :)




my mom dan MIL
Puan Khatijah dan Puan Kamsiah, 55th both.



Kesimpulannya, kami semua kekenyangan makan bihun goreng yg sedap.
Memang had fun la sebab dapat gather 2-2 my parents and PIL.
Adik beradik tak semua ada, family kembar dan juga Mak uteh Husna.
Yg lain tak dapat join sebab ada komitmen kerja dan study.

InsyaAllah ada rezeki boleh buat lagi makan2 macam ni.
And cuti2 macam ni sama2 :)


Wednesday, April 06, 2011

Wordless Wednesday #1










Last Saturday - Monday (02 april 2011 until 04 april 2011)
@ Cameron Highlands, Pahang
Purpose: Cuti2 sambil sambut birhday Husna ke 2 tahun



Monday, April 04, 2011

2 tahun 1 hari

Entry khas untuk tatapan Husna pabila dewasa kelak :)

Ummi dan abah mendoakan agar Husna dapat jadi kakak yg baik.
Both of us, love u very2 much!

Fakta tentang Husna:

  • lambat berjalan di kala usianya 1 tahun 2 bulan baru start
  • tumbuh gigi pertama sekitar usianya 6-7 bulan
  • mula rajin bercakap sekitar usianya 9-10 bulan
  • sangat cepat tangkap bila kita ajar (janganla ajar dia benda negatif)

Jom tengok pic2 Husna!



fresh baru keluar :)
03.04.09




dalam pantang :)




dalam pantang juga :)
kuat menyusu...pipi pun bulat...




around 6-7 months...








Alhamdulillah, now dah hit 2 yo :)

hug u, kiss u, muaah3 Husna!








Sunday, April 03, 2011

Husna turn 2yo today!!!


HAPPY BIRTHDAY to u!
HAPPY BIRTHDAY to u!
HAPPY BIRTHDAY to Husna!
HAPPY BIRTHDAY to u!


semoga Allah sentiasa merahmati mu wahai anak...
membesar dengan baik,
menjadi anak yg solehah,
patuh agama (most important nowadays!!!)
ummi dan abah akan cuba beri yg terbaik untuk mu, insyaAllah
sentiasa menyayangi mu
always...always love u :)



Saturday, April 02, 2011

Suram blog tanpa BE menari-nari

Dah 4 bulan sejak last BE jadi ME, memang suram blog sy ni tanpa BE menari2.
Sy pun pelik, apa silapnya, di mana kurangnya?
UV macam biasalah, ada naik turun tp takla teruk mana.
Sy rasa esok time pantang UV akan merudum sebab time tu sy tak dapat nak update blog selalu.

Maybe nuffnang beri peluang kepada blogger lain yg belum pernah merasai BE kut.
Sy pun tak sure.
Tp sy tetap paparkan iklan nuffnang.
Sy tak pernah berpaling tadah lagi:)
Tak di Purple Light mahu pun Huda @ Contest & Giveaway

Semoga ada rezeki nak dapat BE baru from nuffnang, next time :)
Btw, thanks to nuffnang sebab b4 this dah bagi sy BE banyak2.




Friday, April 01, 2011

Gambar old school

Tiba2 hari ini terkenang memori lama. Zaman sekolah gitu.
Lama sungguh dah tinggalkan zaman sekolah almost 10 tahun.

Masa godek2 FB, jumpa gambar bawah ni, kawan sy upload.
Memang memori sangat, yerla kami 1 dorm semua anak dara sunti :)
Sama2 belajar, share macam2 benda dan memang bestla.

Sy sekolah form 4 & 5 kat Sek. Men. Teknik Batu Pahat.
Merasa jadi ketua dorm selama 2 tahun.
Asalnya memang ambil course kejuruteraan awam konon nak jadi engineerla, tp masuk U beralih arah ke bidang IT :)
Tak pe la kan, asalkan dah berjaya :)
Dapat hubby kerja engineer pun dah ok :) Merasa jugak title wifey engineer :)


teka sy yg mana 1? :)


Kawan2 tak rindu ke kawan2 zaman sekolah?

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi