Tuesday, May 31, 2011

Lukman dan Jaundis

Alkisahnya, sy boleh lupa nak update pasal Lukman dan jaundis.
Nasib baik ada Azni yg bertanya :) So ini ceritanya yer.

Lukman dikesan ada jaundis pada hari ke 3 time tu kami dah nak discharge dari ISH.
Paed datang check as usual pagi tu...dan paed kata ada kuning sikit.
Ok!
Sy terkedu gak bila dengar tu.
Sebab nampak Lukman normal je.
Hisap susu ummi macam biasa.
Tak sangka pulak boleh kena.


*hari ke 2*
budak merah sokmo :)


And one thing, Husna dulu tak kena jaundis langsung.
So, memang ini 1st experience la untuk sy dan abahnya.
Berbalik pada cerita kat ISH tu, keluar result darah 9.6. Less than 10.
Alhamdulillah, tak tinggi sangat dan kami dibenarkan pulang ke rumah.
But, in case jaundis ada lagi, paed advised suruh pergi hospital untuk check up. Sy anggukkan je la.

Bila di rumah, sy continue bf Lukman ikut keperluan dia.
Ada masa sy akan kejutkan dia if dia tidur banyak sangat.
Hari ke 4, nurse datang rumah (pun 1st experience, masa kat Paka dulu sy tak report pun kat klinik gomen berhampiran lepas bersalin)
Nurse cakap, baby ada kuning sikit.
Dia suruh pergi amik darah baby.
Huhu. Pening sy dibuatnya.
Pergi hospital Manjung dan resultnya 8.5.
Kesian tengok Lukman nangis kena cucuk.

Hari ke 5, nurse yg lain datang rumah.
Dia cakap, baby dah ok sikit...tak perlu amik darah lagi.
Lega di situ.

Hari ke 6, nurse sama yg datang pada hari ke 4 tu pulak datang visit.
Dia suruh pergi check darah baby, sebab nampak kuning lagi.
Adeh!
Encik abang kata tak payah pergila, kesian baby.
Sy pun ikut je cakap encik abang tu. Tp jam 3 petang nurse yg datang visit pagi tu called tanya dah pergi check darah belum?
Huhu. Nurse tu beriya2 suruh kami pergi bawak baby check darah.
Malam tu terpaksalah kami pergi ke hospital Manjung sekali lagi.
Resultnya 7.6. Doc kat hospital kata, dah turun no need to worry.
Malam tu juga, lepas balik hospital tiba2 je Lukman muntah2 banyak berwarna kuning.
Tp dia tak nangis lepas muntah2 tu, dia continue tidur.
Sy berpendapat, may be Lukman nak buang semua sakit kuning yg ada dalam badannya.

Esoknya, nurse semalam tu datang lagi.
Alhamdulillah, Lukman dah tak nampak kuningnya.
Nurse tak bising2 suruh pergi check darah.
Sy pun takla hangin2 dengan nurse tu.
Rasa macam penyibuk pun ada, tp dah memang tugas dia kan.

Lukman kena jaundis 4 hari je tp itupun tak teruk mana.
Darah sy dan Lukman sama group. B positif. (kebarangkalian nak kena jaundis tu rendah)
Tp memang nak kena kan, apa nak dikata. Terima dengan redha.
Masa Husna dulu, mungkin sebab time preggy sy banyak minum susu kambing fresh dari Johor.
Alhamdulillah dia tak kena.
Lukman lak, dapat sekali je minum yg fresh milk goat tu time preggy. Yg lain2 nya sy minum susu hi goat saja.

Tak apalah, moga pengalaman ini memberi banyak pengajaran untuk sy as a mother.
Setiap kali susukan Lukman tu, sy cakap...Lukman mesti lekas baik dari jaundis yer...minum susu ummi banyak2 yer...

Jangan biarkan baby anda tidur saja, kejutkan at least sejam sekali untuk menyusu badan.
Susu ibu insyaAllah boleh elakkan jaundis menjadi lebih teruk lg
Yg penting juga, anda dan suami kena banyak bertenang :)

Kawan2 ada yg berpengalaman macam sy ni ke? Jom share sama.

Monday, May 30, 2011

the BIGGEST ball

Ok, ini perihal si kakak kecik tu.
Dia dapat ball baru :)



Pergi pasar malam dengan atok dan neneknya.
Sampai rumah, bukak pintu..."ummi..." sambil tunjuk ball yg besar tak hingat ni.

Ceritanya, abah sy just tanya2 harga ball tu.
Yg si Husna ni pulak, duk pegang ball tu tak lepas2.
Sudahnya, RM10 melayang :)



model sedang menepuk2 ball besar ni...



senyum2 lagi tunjuk ball dia :)

Abah sy kata tak pela, dah dia memang suka ball kan.

Anak siapa lagi suka main ball?

Upin fridge magnet

Bertambah lagi koleksi fm sy :)
Kali ini FM Upin.
Pemberian khas oleh Nieda mommy Humaira.
Tak sangka tau, berkawan thru blog ni boleh mengeratkan silaturahim.

Nieda sudi belikan dan pos untuk sy.
Dia beli khas kat seksyen 13, Shah Alam.
Thanks Nieda :)
InsyaAllah nanti sy pulak belanja Nieda yer :)

Husna la paling suka bila dapat fm tu :)



yeay! cute je duk situ :)



hai upin!

Saturday, May 28, 2011

Budak red face

Siapa budak red face tu?

Inilah budaknya...pantang kalau kena kejut bangun ke, lepas mandi ke, habis merah padam semuanya.

Bukan muka je, badan2 semua merah :)

If Lukman ni girl kan, for sure ummi letak nama Humairah (kemerah2 an) :) :)




red face tak saya? :)



masam baru lepas bangun tidur :)

BE muncul di bulan Mei

Akhirnya, BE muncul kembali menyinari blog sy ini :)
Yg pertama untuk tahun 2011.
Lama menunggu, dia menjelma juga.
Ada faedahnya juga sy duk tunggu2 tak cash out kan lagi.

Alhamdulillah, moga akan muncul lagi BE lain from encik nuffnang!
Thanks nuffnang! :)




Monday, May 23, 2011

Latest Husna & Lukman

Hari ini agak lewat bersiaran :)

Just nak upload picture anak-anak berdua ni.
Si kakak sangatla excited nampak picture dia ni... adik pula tengah tiduran sekarang.




Lukman dah 26 hari.
Kepalanya senang2 je nak toleh kiri kanan kalau kita tiarapkan.
Angkat kepala dah boleh tahan tinggi :)
Isk3. Oh Lukman, bawak2la bersabar. Awak tu masih dalam hari :)

Ok, till next~

Friday, May 20, 2011

Faryza dan family datang rumah

Masa hari semua orang bercuti Wesak last Tuesday, Faryza dan family datang berkunjung ke rumah sy :)

Terror gak dia boleh senang sangat jumpa rumah kami ni.
Memang pun, siapa2 yg nak cari rumah sy ni memang mudah, target je hospital Manjung, then rumah kami ni betul2 belakang sek rendah. Tak susah mana pun.

Faryza sampai ketika rumah kami sedang kelam kabut sikit tengahari tu.
Sebabnya encik abang sibuk suruh orang pasang air cond kat hall kami.
Memang tengah teraburla keadaan rumah time tu.
Mereka buat kerja kan tebuk2 lubang sikit...adalah berdebu semua.
Sofa pun terpaksa ditolak ke tengah.
Kesian family Faryza datang just duduk kat ruang meja makan.

Sy dan Faryza pun tak dapat nak chit chat banyak.
Mereka sefamily nak jalan2 ke Lumut pulak lepas tu.
Tp dapatla melepaskan rindu kejap almaklum, lama gak kami tak berjumpa.
Ada dekat setahun kut. (last masa kat Alamanda dulu)
Comel sangat baby Azri, Amir pun dah tinggi dan hansome.
Husna jugak yg tak tinggi2 :) Dah tu mulut kunci rapat langsung tak nak cakap.
Kalau tak, dialah yg bising 1 rumah dengan keletahnya bercakap langsung tak pelat :)



masa kat Alamanda dulu,
anak masing2 baru 1 :)
now dah 2 :)


Tak apalah, kan Faryza, ada rezeki lagi kita jumpa lain waktu.
Btw, thanks sudi singgah rumah kami ini.
Jangan serik ye :)

Thursday, May 19, 2011

Dia jealous

As salam,

Mood nak berblogging agak merudum 2-3 hari ini.
Lebih banyak fokus kat anak2 berdua tu :)

Husna pun pandai jealous.
Sangat jealous bila sy sedang hug2 adik dia Lukman.
Sedang bf Lukmanpun dia automatically nak sy bancuhkan susunya (tak nak orang lain buat susu dia)
Nak tidur, mesti nak ummi tepuk dia (ini memang dari dulu lagi)
Sanggup dia tarik tangan sy yg sedang menepuk2 adiknya.
Kadang2 fikir2, memang kesianla kat dia.
Tp bukanla bermakna sy ignorekan dia.
Dia je kut yg rasa curious semacam.
Abah dia still layan dia macam princess.
Oh Oh! anak...

Banyak feedback sy dapat from FB tentang isu anak sulung ni.
Semuanya menyarankan yg terbaik.
Cuba beri perhatian kat dia tatkala adiknya tidur.
Yup! Itu yg sy cuba lakukan agar rasa curiousnya tak berpanjangan.
Moga Husna lekas memahami situasinya sekarang.
Dia dah jadi kakak.
Kakak kenalah beralah dengan adik kan :)



kakak kecik :)



Monday, May 16, 2011

Kelahiran Lukman: Episod 2

*Sambungan dari SINI*

Alhamdulillah, pagi tu jalan clear.
Husna awal2 dah cakap kat diri dia sendiri, "tak boleh duduk dengan abah, bahaya..."
So, dia duduk di seat belakang together with atok neneknya.
Traffic light hampir kesemuanya hijau, if merah pun sekejap2 saja.
Part jalan paling havoc selalunya area Ayer Tawar, pun clear pagi tu.

Encik abang drive dengan kelajuan biasa2, tidak laju sangat dan tidak terlalu slow.
Otw tu, tengah sakit2 macam2 lawak yg keluar dari mulut encik abang.
Sakit2 pun sy turut gelak sama :) Kurangla rasa sakit tu.
Setibanya di Ipoh Specialist jam sudah pun pukul 8.25am.
Terus ke kaunter registration.
Cik kat kaunter tu suruh admit terus ke dalam wad.
Sementara tunggu encik abang settlekan registration, sy sudahpun dihantar masuk ke sebuah wad khas untuk tunggu bersalin. (labour suite tak silap namanya).
Sy diberi persalinan.
Disuruh membuang air kecil.
Dan kemudian, baring di sebuah katil. Kena cucuk masuk ubat buang air besar.
Tak lama tu, sy pun membuang la :)

CTG dilakukan.
Alhamdulillah, jantung baby normal.
Sekitar jam 9am, doc Nagara masuk.
Dia tekan2 ari2 sy.
"sakit u dah agak kuat yer...ok tak apa..."
Dia check dialation.
3cm. Huhu.
Kemudian, air ketuban dipecahkan.
"baby u dah berak sikit, but dont worry...kita akan monitor u...tengok macam mana.."
"puasa yer..minum saja, jangan makan..."
Sy anggukkan saja.

CTG still berlanjutan hampir setengah jam.
Oh yer, encik abang ada masuk kejap2 jenguk sy.
Sekejap kang dia keluar jenguk Husna di wad yg bakal sy diami lepas bersalin.
Setiap saat dan masa yg berlalu rasa macam lambat je.
Ke kiri salah, ke kanan pun salah.
Mulut ni memang tak lepas2 la baca ayat nabi yunus, selawat nabi dan doa2 mudah.
Jam 10.30am, doc Adlan datang jenguk sy.

Tak lama kemudian, bila nurse check result CTG ok, so mereka nak tolak sy masuk labour room.
Sy kena drip untuk mempercepatkan proses bersalin (sebab baby dah berak kan).
Memang sakit tu datang kejap2.
Same case dengan Husna dulu, nurse akan tanya, nak injection ke?
Sy sebolehnya tak nakla kan :)
Tp akhirnya sy mengalah juga...ambil juga injection tu. Bukan epi.
One thing, injection tu langsung tak membuatkan sy rasa lega.
Sakit tu tetap ada dan akan ada.
Encik abang memang sentiasa di sisi menemani.
Sy memang menangis part2 sakit nak bersalin ni. (teringat masa Husna dulu pun gitu)
Puas encik abang pujuk sambil kesat2 air mata siap cakap "syyyhhhh...jangan nangis..."
Nurse yg baik hati tu pun cakap, "Nurul, jangan nangis yer..."

Jam 12pm, doc Adlan masuk labour room nak sambut baby.
Ok, time ni sy rasa masa berjalan sangat pantas.
Beberapa kali sy cuba meneran tp nafas yg sangat pendek menggagalkan usaha untuk bawa keluar adik Husna.
Doc akhirnya decided gunakan vacuum untuk keluarkan adik Husna.
Setiap kali sakit tu datang, gas etanoksla penyelamat sy.
Buat sy rasa mamai sekejap.
Memang sakit. Tipulah kalau ada yg kata, proses bersalin tu tak sakit.
Untuk cubaan seterusnya sambil meneran, laungan AllahuAkhbar sy jeritkan. (dah tak tahan sakitnya Ya Allah namaMu ku sebutkan)
Alhamdulillah, teran yg terakhir itu membuahkan hasil.
Lukman berjaya dikeluarkan.
Terus diletakkan di atas dada sy.
Encik abang, sy terdengar dia juga mengucapkan "segala puji bagi Allah..."

~cerita kelahiran Lukman berakhir di sini :)~


Semoga cerita ini menjadi iktibar kepada semua ibu dan bakal ibu di luar sana :)
Bukan mudah sebenarnya nak melahirkan seorang khalifah kan.
Rasa teruja tu memang ada setiap kali disahkan mengandung, tp debaran untuk melahirkan jauh lebih bermakna.
Jihad sesetengah orang kata.

Selamat berhujung minggu :)

Thursday, May 12, 2011

Kelahiran Lukman: Episod 1

Malam itu, sambil sembang2 dalam bilik before tidur, encik abang sibuk mengadap lappy buat kerja.
Husna pulak langsung tak kelihatan tanda2 yg dia mengantuk.
Duk keliling bilik, main itu main ini.
Sepahkan itu, sepahkan ini.
Kejap2 kang dia cakap..."ummi..." sambil senyum2 kat sy.

Sy layankan je la. Sambil usap2 perut.
Adik Husna kat dalam duk berguling2 main gusti agaknya.
Sy katakan kat encik abang,
"abang, mehla tengok perut ni...sementara boleh tengok dia berombak2 bagai ni..nanti dah keluar, tak dapat dah tengok moment camni lagi..."
Encik abang tengok juga sambil senyum2 :)
Sy ajak Husna tengok sekali suruh dia pegang perut sy tu.
Husna cakap..."adik...adik..."
Lepas tu dia kembali main tah apa2 kat dalam bilik tidur kami.
Jenuh nak tunggu dia tidur. Dekat pukul 1 lebih juga dia tidur.
Then, encik abang pun mula melabuhkan diri.
Sy pula???

Cuba juga untuk melelapkan diri.
Pusing kanan, pusing kiri...tak berhasil.
Memang sindrom tak boleh tidur tu datang di akhir2 kehamilan.
Sy baca macam2 doa, surah supaya mata boleh lelap.
Sambil tu, ada terasa sengal2 kat perut dan pinggang.
Tp sy buat tak kisah je...

Jam 2.
Jam 3.
Jam 4 sy betul2 rasa tak selesa.
Terasa nak membuang air besar.
Selesai di situ, tiba2 sy rasakan kesakitan di pinggang tu macam menyucuk2.
Ok, sy bertenang!!!
Sy cuba estimate berapa jarak masa antara setiap sakit yg datang tu.
10-15 minit.
Eh!!!
Dah nak bersalin ke?
Sy relax dulu.
Ke kanan tak mahu, ke kiri tak mahu.
Serba tak kena la orang kata.
Jam 5, sy betul2 rasa mengantuk tp tak mampu nak lelapkan mata.
Sy kejutkan encik abang yg berdengkur di sebelah :)
"abang, sy rasa sakit2 la..."
Sambil kesat2 mata, encik abang cakap..
"nak g hospital tak?"
Sy balas...
"still boleh tahan lagi, sakit tak teruk sangat..."
Encik abang kembali tidur.

Sy lantas bangun setengah jam kemudian.
Ke toilet.
Mandi dan ambil wudhu'.
Belum Subuh. Sy solat tahajud.
Berdoa panjang.
Usai tahajud, sy kejutkan encik abang.
"Lepas Subuh kita pergi hospitallah bang..."
Encik abang angguk dan terus bangun mandi.
Sy kejutkan ibu abah di bilik depan.
Husna pun boleh terjaga sendiri...dan encik abang ajak dia mandi dengan alasan nak pergi jalan2 Tesco :) :) :)
Lepas Subuh, kami semua bergerak ke Ipoh Specialist.

~to be continue~

Wednesday, May 11, 2011

Saya suka tidur

Hai semua,

Nama sy Lukman.
Sy suka tidur, tidur dan tidur.
Sy anak ummi yg kuat menyusu, dan kemudian tidur :)
Selain menyusu, mandi dan main sekejap2 sy akan tidur.
Memang itu pun rutin sy sehari2 an :)

Note untuk ummi: berat ketika 10 days = 3,6kg




cute tak sy ketika tidur?:)



sy sudah ada double chin :)



ini gaya bebas ...



oh oh...tidur adalah hobi sy :)







cak! :) sy dah bangun :)


psst: Lukman masih dalam hari, adakalanya di waktu siang, kami tak bedungkan sangat sebab cuaca panas, kesian kat dia...tp sebenarnya Lukman suka dibedung, lagi sedap dia tidur, lagi lama dia tidur :)

Tuesday, May 10, 2011

Muhammad Lukman

As salam,

Alhamdulillah, setelah 13hari menjalani tempoh berpantang sy macam biasalah. Hidup mesti diteruskan :) Proses berpantang kali ini sangat lancar bagi sy, tiada masalah tentang makanan yg ibu sy hidangkan, tidur malam pun tidaklah teruk sangat. Boleh tidur walaupun sesekali Husna or adiknya terjaga di malam hari :)

Ini nak cerita tentang nama adik Husna tu. Kat FB, sy dah mentioned namanya. Tp may be rakan2 blogger ada yg belum ketahuan kan :)

Kisahnya, pada hari ke 3 baru kami suami isteri membuat keputusan untuk memberi nama kepada adik Husna. Sebelum2 itu, langsung tiada perancangan or cubaan untuk memberi nama yg sesuai. Sy serahkan keputusan sepenuhnya kepada encik abang kerana ini anak lelaki pertama kami :)

encik abang : Huda suka nama apa?
saya : tak kisahla bang, tp suka sangat nama Adam or Harith.
encik abamg : abang suka nama Lukman...

saya : haa..ok nama tu, maksud yg sangat baik...elok juga tambah lukman harith ke...bla bla..
encik abang : kang panjang2 sangat tak terbawak lak adik Husna...muhammad lukman je la... saya : ok...ikut je la...(dalam hati ada sedikit frust tp redha :))



So, setelah sepakat, kami namakan adik Husna, Muhammad Lukman. (dah register JPN pada hari ke 5 kelahirannya)
Bermaksud, yg terpuji, bijaksana.
Sungguh cantik maksudnya kan.
Alhamdulillah, semoga Lukman membesar sebagai anak yg bijak dan terpuji peribadinya...Amin.
Satu ketika dulu, sy berangan2 juga nak namakan semua anak2 kami dengan huruf A dan H, tp apakan daya sudah tertulis di luth mahfuz nama adik Husna ialah Muhammad Lukman :)

Hanya Allah Maha Mengetahui segala kejadian kan :)

Monday, May 09, 2011

oh my ibu :)

(my mom with Husna dan encik abang)


ibu...ibu...
engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu

ibu...ibu...
engkaulah ratu hatiku

(rasa terharu sangat bila dengar Husna nyanyikan lagu
ini dalam nada ada sedikit pelatnya :))

Tuesday, May 03, 2011

Our new bundle of joy

As salam,
sekian lama blog ini sunyi...
maka dengan ini diumumkan...


Presenting our new bundle of joy :)




taraa...








d.o.b: 28 April 2011
p.o.b: ipoh specialist hospital
time: 1233 pm
sex: boy
weight: 3.45 kg
length: 52 cm
method of delivery: vacuum (ummi dah tak larat dah meneran :))


Alhamdulillah, kami selamat dan sihat2 saja.
for those yg berniat nak datang ziarah, boleh berbuat demikian,
datang ke rumah kami di Seri Manjung (pantang sini saja)

Thanks to semua yg sudi mendoakan kami.
Tqvm~


Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi