Thursday, June 30, 2011

Playtent for kids

*STICKY POST*

PRE ORDER


Saya nak open booking or pre order playtent!
Sesiapa berminat, boleh emailkan kepada saya (nhak_1103@yahoo.com)

Deposit RM10 untuk pre order.
Serious buyer only!


***

Hai kawan2 semua :)

Nak tanya ni, ada sesiapa yg berminat nak beli playtent? Boleh beli untuk anak2 atau untuk anak2 saudara juga :)

Bagusnya ada playtent ni, toys anak anda tidaklah bersepah2 dan mereka bebas main kat dalam tent tu. Mudah juga dibawa ke mana2.





Princess Pink Castle Playtent

Product Information

  • height : 1.3m
  • come with cute round bag for storage
  • can be use indoor or outdoor


UPDATE:

in stock: 1 set

1 set - sold to chugie
1 set - sold to fara
1 set - sold to nine
1 set - sold
1 set - sold
1 set - sold to mama afiqah
1 set - sold to Hanna





Castle Blue Playtent




*open for pre order*

email ke:

nhak_1103@yahoo.com





Berapa harganya?


Husna di dalam playtentnya...





RM 70
(tidak termasuk postage)



nak domain sendiri?



nak cari hadiah untuk tersayang?








Beverage buddy yg cool

Apa ke bendanya beverage buddy tu?
Bagi anda yg biasa dengan tupperware tahula apa bendanya.
Beverage buddy macam dalam gambar bawah ni.



credit google


Petang semalam, sy ke butik Tupperware kat Sitiawan.
Ibu sy nak beli beverage buddy tu yg warna hijau tp dah sold out.
Maka, kami beli 2 warna yellow.
Tak apalah, cute juga yellow.
So, malam tadi sy dah rasmikan beverage buddy ni isi air masak.
Sy ada banyak juga koleksi tupperware tp belum pernah beli beverage buddy ni :)
Bagusla, senang nak isi air bawa naik dalam bilik malam2.

Ada sesiapa nak beli tupperware? Boleh request kat sy juga.
Dah lama jadi dealer since zaman U lagi.
Nanti sy bagi harga special :)

Tempah atau beli baju raya?

Puasa pun belum, dah sibuk dengan baju raya :)
Apa tema warna tahun ni?

Sy rasa sy beli je kut yg ready made.
Sebabnya, kalau nak tempah now confirm2 tailor tak nak dah kan.
Kakak sepupu sy seorang tailor kat Johor pun cakap, nak tempah awal2.
Ibu sy pun pernah jadi tailor kami adik beradik (ibu sy pandai menjahit, bukan macam anak dia sorang ni...semua tak reti :P)
Tp sy kesian lak nak suruh ibu sy jahitkan.
Adik ipar sy baru berjinak2 bukak kedai jahit kat masjid Kajang tp before this sy dah hantar kat dia. Sampai la ni tak siap2 lagi bajunya :) Busy siapkan orang lain punya.



contoh baju :)


Tak pe la kan.
Beli je semua yg ready made.
Husna pulak macam mana?
Carila yg lebih kurang kaler macam sy ke kan.
Baju kurung tahun lepas pun 2-3 kali je dia pakai.
Lukman?
Erm...dia kecik lagi time tu. InsyaAllah 3-4bulan baru.
Mana ada size untuk dia. May be beli baju biasa je.
Encik abang?
Orang lelaki susah sikit nak suruh beli baju melayu.
Alasannya, bukan selalu pakai, membazir beli tp pakai jarang2.
Kalau pakai pun bajunya je untuk pergi surau/masjid.

Pros/Cons beli atau tempah baju:
  • kalau beli, kadang2 yg berkenan tu pulak tak ada size sesuai
  • kalau tempah, macam2 fashion kita boleh request dan ikut size kita
  • kalau beli, kadang2 kain panasla bila pakai
  • kalau tempah, confirm2 kain yg kita pilih tu sejuk, mahal sikitla harganya kalau kain elok kan



Anda macam mana? Beli ke or dah tempah?




Wednesday, June 29, 2011

Bubur cha cha

Suka tak makan bubur cha cha?
Ala yg colourful tu.
Rasanya kenyal2 kalau dimakan.

Sy memang suka makan bubur cha cha ni.
Sebab dia colourful dan sedap dikunyah :)
Petang semalam sy pun masaklah bubur cha cha ni.
Teringin nak makan.



bahan-bahan:

  • cha cha (ikutla banyak mana nak masak)
  • gula merah
  • santan segar
  • air
  • daun pandan (bagi bau wangi bubur tu)

cara membuatnya:

  1. rebus cha cha sampai betul2 lembut dan kenyal
  2. bila dah lembut, masukkan gula merah secukup rasa
  3. kemudian masukkan santan, kacau hingga masak
  4. masukkan daun pandan bagi naik aroma bubur cha cha tu
  5. siap untuk dihidangkan



inilah hasilnya :)
sedap kan?


Bubur apa yg kawan-kawan suka makan?

Dapat hadiah from team Pa&Ma

Semalam sy ke pejabat pos sebab nak tuntut surat/bungkusan tidak diterima masa posmen datang last weekend.
Time datang tu, ramai juga yg sedang tunggu turn.
Tiba turn sy, terus serah surat makluman tu.
Rupa-rupanya bungkusan dari Pa&Ma (mood dah happy time tu :))

Masuk kereta, Husna tak sabar2 suruh buka.
Sy cakap tunggu sampai rumah baru buka sebab tak ada gunting dalam kereta.
Dia pun agree je la.



ini dia bungkusan yg sy terima...


Buka2 je, sy macam dah boleh agak hadiahnya.
Memang sy suka sangat.
Dapat sekeping cd lunatots button dan sabun lunacare.
Alhamdulillah, rezeki kan.
Boleh buat basuh baju Husna dan Lukman.



best kan :)


Thanks to team Pa&MA sebab pilih artikel sy hari tu! (read: Husna masuk Pa&Ma Jun 2011)
Moga ada rezeki di lain kali pula, insyaAllah...






Tuesday, June 28, 2011

Lukman turns 2mo

Hari ini, 28 Jun Lukman turns 2mo.
Alhamdulillah, membesar dengan sihat anak ummi.
Suka layan dia bersembang.
Bising mulutnya kalau kita layan dia.
Malam senang tidurnya, pagi jam 5-6am baru bangun nak susu.
Suka senyum dan sengih.

Sy tak bawa Lukman pergi klinik lagi, esok la kut.
Hari ini busy sikit.



tu dia sengih tu :)


Happy 2nd mo Lukman!








Susu anak tanpa gula

Baru-baru ini, encik abang bersembang dengan salah seorang kontraktor.
Isunya, susu tepung anak.
Kata kontraktor tu, anak dia baru tukar susu Anmum.
Before this peminum tegar susu enfagrow anak dia jadi sangat aktif dan kulit jadi sensitif.
Mungkin ada benar dakwaan nya, bila tukar kepada Anmum, kulit anaknya beransur pulih dan tidak terlalu sensitif.
Kontraktor tu pun cakap, susu enfagrow ni paling banyak kandungan gulanya.

Perihal anak jadi aktif tu, ada benarnya juga.
Husna pun peminum tegar susu itu, menjadi sangat aktif.
Tp bila dilihat kandungan susu tu, ada 4 * DHA. yes! DHA pun punca Husna menjadi seorang kanak-kanak yg aktif dan keletah.
Apa pun kita ajar kat dia, memang dia senang dapat.
Pendek kata, bijak!




Bila isu susu anak ada gula ni keluar, sy teringat seperkara.
Beberapa bulan lepas, Husna pernah mogok tak nak minum susu selama 2 weeks!
Puncanya, kami try tukar susu enfagrow kepada NAN (yg alergi)
Hasilnya, dia tak nak minum. Memangla rasa susu NAN hypoallergy ni tak sedap.
Lepas tu, bila kami bancuh susu lain (susu Isomil soya based) pun dia tak nak.
Cukup 2 minggu, kami betul2 risau dia langsung tak nak minum susu.
Maka, kami beli semula susu enfagrow untuknya.

Memang payah bila anak dah pandai merasa dan menilai ni.
Kalau tak sedap, memang dia cakap straight to the point..."tak shedapla ummi..."
Geleng kepala je la sy.
Takat ini, sy maintain and teruskan saja beli susu enfagrow.
Ada niat nak tukar anmum, tp bila fikir balik peristiwa dia mogok...terus termati niat tu.

Ok, bg yg tidak tahu, rasa susu enfagrow ni memang manis dan tak hanyir.
Sy pun suka curi2 rasa dan minum susu ni.
Husna lagila sukakan sebab sedap.
Compare susu2 lain ada yg bau hanyir, menyebabkan Husna tak nak langsung rasa.
So now, sy beli yg plain saja tak ada flavour honey or vanilla.

Apa2 pun, kalau anda seorang ibu yg prihatin, silalah check susu anak anda sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Pilihan di tangan kita kan.
Kita pengguna ada hak juga nak menentukan yg terbaik!

Apa pendapat anda tentang isu susu tepung anak?

Monday, June 27, 2011

Bersukan untuk kesihatan

Salam pagi Isnin,

Dah lama kami sekeluarga tak bersukan.
Lama tu lebih kurang 2-3 bulan jugalah :)
Encik abang pun busy dengan kerja, mana ada masa sangat nak bersukan.
Sukan kegemarannya kan tennis. Badminton pun dia minat.



encik abang yg cepat pancit,
dah tua katanya :P


So, last Khamis kami berpeluang mengeluarkan peluh di court tennis.
Husna paling excited dapat main kat padang.
Sibuk kejar ball je kerjanya.
Lari sana, lari sini.



Husna: aih...banyaknya ball, mana 1 nak bawak ni?




kan betul sy cakap,
dia lari sana sini...habis raket badminton abahnya :)




dapat gak close up muka dia :)


Ok, si kecik Lukman apa pula dibuatnya?
Hehe.
Duduk diam2 saja dalam stroller.
Ummi tukang tolakla kan.
Lepas tu, ummi kena hadap je muka dia :)
Kalau tak nampak dia akan mula bising :)
Tp actually Lukman suka keluar macam ni, dia boleh tengok macam2, pokok2, langit dan etc.



hai everyone! :)



daa :)


Setuju tak, bersukan untuk kesihatan?

till next~




Saturday, June 25, 2011

Oh BE! Janganla makin susut, bertambahla yer!

Bila BE sudah semakin susut :(
Maksud sy dah 2 BE jadi metered ni.
Janganlah susut saja, silalah bertambah :)

Rasa macam nak cash out, tp tak banyak mana...
Better kumpul dulula kut.
Thanks Nuffnang sebab percayakan blog sy ini untuk letak more ads yg menarik!





http://angel.exabytes.com.my/idevaffiliate.php?id=3206124

Friday, June 24, 2011

Berdua

Husna susah sikit bila nak diajak bergambar.
Tp sekali sekala dia nak juga layan permintaan umminya ni :)
Jom tengok aksi Husna dan adiknya.



Husna dan Lukman :)
serabai rambut Husna...




ala sayang adik la tu :)


Moga anak2 ummi berdua ini akan kekal berkasih-kasihan dan hormat menghormati antara satu sama lain hingga ke akhir hayat.

Happy weekend semua!




Pelitawanis datang rumah

Hari Rabu tu, jam 5pm kami didatangi sekumpulan orang.
Kakak2 gang Pelitawanis.
Mereka datang melawat baby Lukman.
Actually, since dalam pantang lagi mereka nak datang tp tak dan je katanya.
Dah habis pantang baru mereka berkesempatan :)



Lukman buat muka hansome time orang datang visit :)


Sy tak prepare apa pun, beli goreng pisang dan cekodok je.
Air teh strawberry.
Ada tak ada dalam 7 orang juga yg datang termasuk puan pengerusi aka wife GM Jana Manjung ni :)
Mereka sampai, Lukman tengah lepak2 atas bouncer.
Cool je dia sambil buat muka hansome suruh orang angkat :)
Tak cranky ke apa.
Tp si kakak Husna awal2 dah jadi senyap.
Langsung tak nak orang pegang :)

Lama juga mereka datang visit, banyak benda dibualkanm...aii biasalah orang perempuan kan.
Before balik, kami semua bergambar. Sy lupa nak keluarkan kamera kalau tak boleh snap2 pic kami semua.

Rezeki Lukman lagi dapat hamper dan duit, Alhamdulillah.



masuk ni dah 4 set toiletries Lukman dapat,
Alhamdulillah stok setahun tak payah ummi beli :)


psst: apa nak buat weekend ni? no idea la..nak bercuti tp tak sure nak p mana.

Thursday, June 23, 2011

Muncung sedepa

Lukman pun pandai buat muncung :)
Ada sedepa dia muncungkan bibirnya tu. Hehe.



Semangat anak sy ni kan :)
Agak2 dah berapa kilola si Lukman ni.
Next week nak pergi check up 2mo.



Suka tengok sisi ni :)
Macam suci je muka dia...hehehe.

Ok daa~

till next~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Ummi, na nak g sekolah

Kalau kami keluar dan lalu depan Taska Abim kat Fasa 2G (tak silap sy),
sure nya Husna akan tunjuk dan said,
"ummi, sekolah alif ba ta..."
"ummi, na nak g sekolah...ek!" (ek mesti ada, terikut2 umminya yg cakap slang johor ada ek!)

Dia tertarik kat taska tu sebab ada alif ba ta kat luar buildingnya.
Dia kan dah expert baca alif ba ta, abc, 123 (tp belum kenal huruf lagi) :P
Takat menghafal tu memang dia terrorla :) (kes banyak DHA dalam otak Husnala ni :P)

Sy ada juga bahaskan hal ini kepada abahnya.
Tp abahnya berpendapat, terlalu awal nak bagi dia masuk school.
Kang takut terbeban dengan homework.
If nak hantar juga tunggu umurnya 4 tahun ok la kut.
Boleh dia sosialkan diri dan belajar sambil bermain.



im ready to go to school :)


Anak2 anda bila mula masuk sekolah?

Wednesday, June 22, 2011

Lukman and his car

Last Friday, encik abang balik from work lambat.
Tertunggu2 la kami di rumah.
Bila dengar je kereta encik abang terus Husna yg terpa dulu kat pintu.

Sy buka pintu, and encik abang hulurkan plastik besar berisi kotak.
Bukak2...nampak push car.
Untuk Lukman :) Alhamdulillah rezeki Lukman lagi.
Pemberian kawan encik abang.
Masalahnya, Lukman kecil lagi dan belum mengerti apa2, so kakak Husna la yg lenjan.
Perasan itu macam car dia :)



inilah car Lukman,
sabar yer sayang...tunggu besar sikit nanti boleh main dengan kakak :)




Kelambu moden

Rumah kami jarang ada nyamuk, if ada pun bermusim.
Time hari tersangatla panas or time hari hujan pun nyamuk banyak datang.
Manjung pun dikategori black area, tempat paling ramai orang kena denggi (mudah-mudahan dijauhkan)

Lukman tidur malam sebelah kanan sy je, kami tidur berempat satu katil king size.
Boleh muat, Husna sebelah kiri sy diapit abahnya.
Dalam bilik kami pakai ubat nyamuk yg guna elektrik tu tp encik abang siap pasang timer so tak adalah bazir elektrik if pagi2 lupa tutup suisnya.
Kelambu ni jarang pakai kecuali bila perlu.
Siang2 pun kadang2 ada nyamuk nakal nak cuba nasib mencari rezeki kan.
Tu yg pakai tu (tengok kerajinan umminya la :))

Tp kalau balik kampung confirm kena bawak sebab banyak nyamuk hutan.



sedang lepak2 dalam kelambu...



tu dia...



cak! dah bukak kelambu :)


Tuesday, June 21, 2011

Alhamdulillah rezeki :)

Rezeki kami sekeluarga bertambah lagi.
Alhamdulillah.
Syukur pada Mu Ya Allah!

Moga Allah berkati usaha kami.
Moga Allah sentiasa di hati kami.

Alhamdulillah, encik abang dah dapat surat confirmation.
Beliau sah kenaikan pangkat ke E14.
Maka, tidakla segan silu beliau nak declare diri as senior engineer lepas ni :)
Before this, memangku dulu jawatan tu. Hehe.

Doa sy setiap hari bila melihat beliau bergerak ke tempat kerja:

Ya Allah! Kau permudah kan pekerjaan suamiku!
Kau permudahkan urusannya pada hari ini.
Semoga beliau bekerja dengan bersungguh2 dan ikhlas.
Moga beliau selamat pergi dan kembali ke pangkuan kami sekeluarga.
Amin~

Anak sumber rezeki

Apabila seorang wanita berkahwin, sudah pasti dia akan teringin untuk menimang cahaya matanya sendiri, tak gitu?

Usaha dan usaha sehingga berjaya.
Masa sy baru2 kahwin dulu, ramai kakak2 opismate sy time tu duk advised...
Kalau boleh, yg sulung ni jangan planning apa2.
Biar go through je, bukan apa...if merancang kang, sampai bila2 pun susah nak dapat.
Sy dengar dan iya kan saja.
Ada benar juga kata2 mereka tu.

Pada pendapat sy, setiap anak yg lahir ke dunia ini adalah rezeki yg dikirim oleh Allah kepada kita.
Kalau kita merancang, bukankah namanya kita menolak rezeki?
Boleh merancang tp mestilah bersebab kan contohnya kita nak sambung study, jarak antara anak2 terlalu rapat (seeloknya 2tahun ke atas) atau sebab kita sakit.
Pelik juga, kadang2 sy dengar mereka yg baru berkahwin ni merancang sebab nak kukuhkan dulu kewangan keluarga.
Jangan begitu, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah.
Setiap perkara yg diaturkan untuk kita pasti ada hikmahnya kan.
Maka, janganlah diberikan alasan yg tidak2.

Bila Allah memberi kita rezeki, wajib bagi kita menerimanya dengan senang hati dan bersyukur.
Ok, bab dapat anak ni, masa sy buat urine test 2nd preggykan Lukman.
Ada kisah di sebaliknya.
Sy seperti sedikit upset juga and lil bit surprise.
Ketika itu sy rasakan, Husna sangat masih kecil dan memerlukan jagaan rapi.
Masih nak bermanja2.
Tp apabila sy fikirkan kembali, itu semua adalah rezeki Allah.
Syukur Alhamdulillah, Allah itu Maha Kaya.
Dia beri sy peluang untuk mengandung lagi dan lahirlah Lukman.
Penyeri kami sekeluarga, lengkap sepasang anak kami.
Encik abang sangatla teruja.

Rezeki kami sekeluarga juga bertambah dari hari ke hari.
Moga Allah ampunkan segala dosa kami, dosa sy.
Syukur pada Mu Ya Allah!




Anda setuju dengan sy?

Monday, June 20, 2011

Imam Muda Lukman

Bakal imam muda ini berasal dari Perak.
Masih menyusu badan dan belum pandai meniarap.
Sangat excited bila diagah dan diajak bersembang (dah nampak ketokohannya tu :P)

Tp lihatlah dunia, inilah kehebatannya...seseorang yg bakal memecah tradisi! :)
Calon Imam Muda musim akan datang...


.....
...
..


...




...
..
..
..
.



Imam Muda Lukman


his smiling face :)
doa ummi untuk Lukman,
moga menjadi anak yg soleh, insyaAllah


*****



kopiah Lukman ni, sy tempah khas dari My Craft Collection.
Kalau kawan2 berminat boleh tempah sekarang, harga pun berpatutan.
Memang cantik sis Aini kait :)



Friday, June 17, 2011

Happy father's day!


Husna said: abah, meh na kiss meh ... :P
Lukman said: abah, nak hug... :)
Ummi said: i love u, abang :P :P





Style Tidur Masa Kini

As salam,

2 hari sy tidak berpeluang untuk online. Encik abang bawak pergi lappy ini ke officenya.
Malam langsung tak berpeluang nak taip entry sebab busy melayan anakanda 2 orang tu :)

Thanks kepada yg sudi beri komen untuk entry last sy hari tu, baca SINI

**************************************************************************************

Berbalik pada title, yer...style tidur masa kini oleh baby Lukman.
Since dia dah tak berbedung, maka my mom or sy suka tidurkan dia secara telungkup.
Or dalam bahasa lainnya, tiarap.
Tp tak lama pun, bila dia dah betul2 nyenyak then kami akan betulkan dia tidur macam biasa.
Sebabnya, baby yg tak berbedung ni kan dia mudah terperanjat.
That's why kami tiarapkan dia supaya dia tak terperanjat selalu.

Tp tengokla, bila dah tiarap tu...
Tak reti2 nak diam tidurnya.
Sekejap ke depan, sekejap ke belakang dia reverse :)
Sometimes tu, kalau dia tak nak tidur tiarap, dia pi angkat kepala dia tinggi2 then dia terlentangkan sendiri badan dia.
Hai anak...sesuka hati anda je yer :)



inilah style Lukman...




reverse lagi...




dah selesa la tu siap kangkang :)


Tidur style bagaimana kawan-kawan rasa paling baik untuk baby?

Tuesday, June 14, 2011

Saya dan 2 orang anak

Ok, ini susulan cerita yg mana, bermulalah episod sy menjaga sendiri 2 orang anak yg masih kecil ini.

Ibu abah sy dah pun pulang ke Johor pagi tadi.
Lama dah mereka stay kat sini since awal April lagi.
Memang sedih sebab mereka dah balik tp apa nak dikata, mereka nak juga merasa balik rumah sendiri kan :)

Sy?
Pagi2 ini Husna dah terbangun.
Lukman memang bangun awal setiap hari.
Husna ni pulak memang suka menyepah.
Balls semua dia keluarkan.
Toys jangan cakapla...memang dia suka keluarkan dari dalam playtent tu.
Tak sudah dengan itu, dia memanjat pulak!
Hai anak!



Lukman pula?
If tak basah diaper dia ok je.
Layan tv duk tengok cahaya kat tv tu sambil duduk kat bouncer dia.
Kadang2 dengar dia uk ek uk ek...biasalah nak perhatian juga kan.
Tp tak banyak masalah sangat, bila dah lama2 tu dia boring baru dia akan jerit minta diangkat.


Sy sangat harapkan sokongan dari encik abang, tp dia kerja pulak :)

Sesiapa ada tips nak handle dua orang anak sekaligus dalam 1 masa, silalah tinggalkan komen anda yer :) Tq!

Monday, June 13, 2011

Mana tak tumpahnya kuah kalau bukan ke dalam...

Berkias-kias pulak sy hari ini :)
Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke dalam mangkuk maggi kan :)

Ini dia perihal anak dara sy seorang ni.
Kesukaannya yg satu tu persis macam sy jugalah.
Selalu abahnya cakap, "ni mesti ummi yg ajar ni..." or "pe'el ummi..."...bla bla bla.
Sy senyum je la dengar malas nak deny.

Pantang nampak Tesco, Giant, apa lagi?
Banyak shopping complex dia tak tahu nama lagi sebab tak familiar kecuali yg 2 tu sebab memang ada kat Manjung.
Soon Jusco pulak nak dibina kat Manjung ni, for sure dia akan sebut Jusco je kerjanya :)
Dia akan cakap "jom pegi teco jom!"
"jom pegi giant jom!"

Dia suka belek2 je pun or omputih cakap, 'window shopping'
Bukan apa pun samalah macam ummi kan :P
Jarang dia mintak suruh beli itu ini... sekali sekala dia nampak benda dia suka je dia akan cakap macam ni kat abah dia...
"abah...nak ais krim..." cair abahnya dengar :)
Budak2 kan.





kat tesco manjung...



kat tesco kulai, johor...



masa kat toyurus, klcc


Siapa lagi suka shopping?

Habis Pantang

Alhamdulillah, sy sudah pun selesai berpantang dengan my mom :)
45 hari gitu.

Makan ikut time, no ais (ada juga rasa sikit2 ais ni)
Sy banyak minum air suamla.
Bertungku seadanya.
Pakai bengkung.
Tidur bantal tinggi dan kaki luruskan.
Makan jamu NR sampai habis.
Dan banyak lagi, tp my mom takla kejam sangat :)



Bab makanan berangin tu sy kena control sangat2 sebab Lukman selalu kembung perut.
Sama macam Husna dulu.
Lagilah baby boy kan, memang kena jaga betul2.
Alhamdulillah, Lukman sihat saja... makin aktif dan lasak juga :)

Esok lusa my parents nak balik Johor dah :(
Mesti sedih tak hingat sebab selama 2 bulan ni mereka ada di sisi.
Bila dah balik mesti boring tak ada member nak ajak sembang, jalan2.
Tak apa, next mo mereka datang lagi insyaAllah sebab nak buat aqiqah untuk Lukman.

till next entry~

Thursday, June 09, 2011

40 hari ++

Lukman dah 40 hari lebih :)
Syokla Lukman dah nak habis pantang :) Eh ke ummi yg syok :)
Now, dah pandai sembang juga dia.
If tak ada or tak nampak kelibat orang kat keliling, confirm suara dia tinggi duk memanggil2 :)



Last night, encik abang tanya apa plan weekend ni?
Sy jawab,
"jom raikan sy dah abih pantang 45hari la.... :)...
Kat Horizon Garden ke kan...makan soft crab..."

Encik abang sengih je. Huhu.
Dah dia tanya, kita jawabla kan.
Memang pun, sy rasa nak makan seafood ni. Rindu rasanya nak makan pedas2.



Lepas pantang dulu2, kawan2 teringin nak makan apa?

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi