Sunday, July 31, 2011

Selamat datang Ramadhan



ahlan ya Ramadhan,
semoga kita semua dilimpahi kesyukuran,
amalan diberkati oleh Nya, insyaAllah

malam ni pergi Tarawikh tau!
jangan lupa niat puasa sebulan Ramadhan!
jangan tak bangun sahur!

ikhlas,
kami sekeluarga :)

*****

jom klik!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
new toyota VIOS in da house
promosi samsung CORBY
promosi DIGI Super Reload
Exabytes - Your Excellent Hosting Partner!
Jom dapatkan BlackBerry PlayBook serendah RM990 saja!

Friday, July 29, 2011

Jatuh terperosok

Dugaan!

Saya terima dengan senyuman :)
Pagi tadi selepas selesai mandikan Lukman, saya dukung Lukman nak bawa keluar bath room.
Tanggal selipar bath room, langkah kaki kanan untuk keluar.
Entah macam mana, tiba-tiba saya tergelincir sebab licin agaknya kat tepi pintu tu.
Sebelah kaki kanan saya terlipat untuk landing.
Kaki kiri terjulur.
Lukman saya pegang sekuat hati takut dia pulak terpelanting.

Terdiam kejap saya lepas jatuh tu.
Ada rasa sakit sengal-sengal kat lutut dan atas betis.
Husna masih dalam bath room dalam bath tub kecil dia.
Boleh dia cakap, "ummi jatuh???..."
Saya senyum kat dia. "a'ah...ummi jatuh..."
Saya kuatkan hati bangun slowly.
Dan bawa Lukman ke katil untuk disiapkan.

Siap semua saya called encik abang.
Dia suruh tuam dengan tungku moden.
Tp sakitnya dah mula terasa sekarang ni.
Sampai ke belakang badan semua rasa sengal.
Doakan agar sakit ini tidak berlarutan.



Sudah cash out, no more BE, no more earning



Rezeki itu akan sentiasa ada, insyaAllah.
Semua BE sudah jadi metered hari ini.
Maka dengan itu, sy decided cash out saja berapa-berapa yg saya sudah kumpulkan.
Tidak mencecah 3 angka pun, tp boleh juga dibelanjakan untuk Husna dan Lukman, insyaAllah.

Moga akan ada new BE yg muncul esok atau lusa.
TQ nuffnang!


pss: elok cash out time hujung bulan kan? cepat sikit dapat ceknya :)



Hujan di malam jumaat



Alhamdulillah ya Allah,

Pagi tadi usai jemaah solat Subuh dengan encik abang, tiba-tiba encik abang cakap...

"air econ masuk dalam bilik ke? basah lantai depan pintu tu, siap sejadah pun kena serap..."
"ye ke bang? hujan kut...malam tadi masa bf Lukman perasan ada bunyi hujan kat luar..."
"ooo..hujan la tu kut, abang tak sedar apa :) "

Encik abang bukak pintu balkoni dan usha keadaan luar.
Nampak basah padang sekolah rendah depan rumah kami tu.

Hujan di malam Jumaat.
Dah lama sangat tak hujan di waktu malam.
Dinginnya sampai tak payah pasang econ.
Saya siap berselubung lagi.
Hujan rahmat.
Hujan di penghujung Sya'ban.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Moga kita dapat berjuang dengan bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan ini, insyaAllah.

Tahniah diucapkan kepada skuad harimau malaya, walau tak menang anda telah melakukan dengan bersungguh-sungguh. Cuma perlu banyak perbaiki kelemahan di masa akan datang.


*****

till next~

Thursday, July 28, 2011

Baby Lukman @ 3mo

Dah petang kan :)
Hari ini genap 3 bulan usia baby Lukman. Alhamdulillah.
Sangat aktif si kecik ni.
Tangan dah pandai memegang few items yg ringan.
Saya dah tanggalkan sarung tangannya secara rasmi.
Supaya dia boleh explore macam-macam.

Tp dia belum ada tanda-tanda mahu belajar meniarap.
Badan semangat sangat kut :)
Mulut sangat ramah, if suakan telefon ke mukanya, dia pun sibuk nak sembang.
Then, dia suka sangat bila kakak Husna dia ketawa.
Dia pun join sama ketawa :)
Dah kenal ummi dan abah, suka sangat kalau ummi abah ada berhampiran dengannya.

Lukman belum pergi check up, may be next week insyaAllah.
This week, abahnya sangat sibuk.




si kecik ummi dah 3 bulan :)





Popia crabstick with love

Petang semalam saya berhasil menyiapkan popia crabstick.
Saya rasa popia ni kuih paling simple saya suka buat.
Sebab cuma sediakan intinya dan gulung kulitnya lepas tu goreng.

Crabstick boleh beli kat kedai dengan kulit popia.
Kalau rasa nak buat sikit-sikit, beli yg 30 keping saja.




rupa popia sebelum digoreng






fresh from kuali,
panas lagi time ni :)







masuk dalam tupperware sambil dirikan untuk tos minyak...



Husna suka makan popia, dia said "ummi, nak keropok..." ???
sebab dia suka kulit popia yg crispy tu. Saya tak bagi dia crabstick sebab khuatir dia kegatalan lepas makan.

Selain popia crabstick, saya suka juga buat popia sayur-sayuran.
Ikut moodla nak makan popia apa, so far tak ada masalah nak buatnya.
Cuma petang semalam, busy duk gulung popia, Lukman terjerit-jerit menangis dalam babycoat :)
Dia nak orang main dengan dialah tu :)


Ada sesiapa di sini yg terliur tengok popia crabstick saya tu?


Wednesday, July 27, 2011

new HEADER


Thanks to EB EZRIN, mama aerish and aed sebab buatkan header yg cute ini.
Saya mintak yg simple je, tp dia bagi sekali da boom!

To EB, jasamu dikenang :)
Siapa-siapa nak order, silalah email kat mamaaerish2@gmail.com

Mood tengah happy go lucky :).

Wordless Wednesday #5

rindu pada masa lalu,
dia
sangat chubby masa baby...





erm...



adik pun macam nak chubby ngikut kakaknya :)






muka ala-ala sama je,
serupa tp tak sama orangnya kan...





Tuesday, July 26, 2011

Lukman berdating???

Wow!
Lukman dengan siapa tu?
Kan ummi dah cakap, u cant date until u reach 20 ++ yo!
Tp u buat jugak ek! Ummi marah ni, ummi tak suka tau!

Hehehe...
Suspen je kan.
Lukman dengan Aisyah Damia, anak Effa (blog tak leh bukak pulak)
Kami ni blogger yg berjiran selang 2 rumah.
Dulu tak pernah kenal until tiba-tiba Effa singgah blog saya tanya pasal bersalin di mana.

Effa baru habis pantang, Aisyah Damia baru 2 bulan.
Boleh gang la dengan Lukman bila masuk sekolah esok :)
Sementelah tengah cuti pantang lagi, Effa lepak rumah saya petang semalam.
Sembang-sembang pasal anak.
Seronok juga sembang dengan Effa, macam-macam cerita boleh sembang :)
Nanti saya pulak pi terjah rumah Effa.



Lukman bad mood,
baru bangun tidur...




dah cool sikit :)

Shopping pra raya

Masa balik Kluang last week, saya berpeluang pergi shopping pra raya.
Shopping pun untuk baju anak-anak.
Untuk saya tak ada pun sebab tiada yg terberkenan di hati.
Untuk encik abang saya rembat sehelai tshirt polo warna grey + purple.
Nasib baik encik abang suka warna tu, saya berbelah bagi juga nak beli ke tidak.

Oh ye, kat Dewan tepi tasik Kluang sekarang ni tengah jualan gudang The Store.
Tp masa saya pergi tu first day, tak banyak lagi brand baju yg The Store keluarkan.
Untuk baby/toddler ada brand Anakku, Disney dan Sunbaby je.
So saya beli untuk Husna sepasang, Lukman 2 pasang brand Anakku dan Disney.



warna merah tu nenek Husna belikan brand ModernKids




Lukman punya...
dapat sepasang neneknya belikan yg warna green kat atas tu,
romper mickey and 2pcs suit tu saya beli.



Bolehla, bila sale, tak banyak sangat choice sebab size banyak dah tak ada kan.
Ada yg berkenan tp size pulak tak ada.
Saya suka beli baju anak-anak ni besar sikit boleh pakai lama kan :)
Next time nak ajak encik abang pergi shopping pulak kat sini, mana-manalah yg boleh sampai.
Nak ke KL rasanya tak ada outstation lagi sampai raya.


ini pemberian dari Wan Teh kepada Lukman, nenek saudara budak-budak ni.
Mak cik sayalah, adik kepada my mom.
Dia memang suka belikan apa-apa untuk budak-budak berdua ni.
Bergayalah Lukman raya tahun ni :)
Alhamdulillah


ok till next~

Monday, July 25, 2011

Husna melepas GERAM!!!

Kami balik johor last week bukanlah balik saja.
Alang-alang dah balik tu, apa lagi...ehem2..



tengok keletah budak ni....


Husna tengah melepas GERAM tu.
GERAM pasal apa?
Hihi.


GERAM kan buah kegemarannyala.
Saya pun tak sure since when dia suka sangat makan buah ni.
Masa baby dulu umur sekitar 7-8 bulan dia suka.
Then bila dah setahun lebih dia tak suka pulak.
Tahun ni dah 2 tahun tiba-tiba dia suka balik :)


nampak tu?
tangan chubby Husna sedang mengaut seulas durian yg sedappppp!




sepenuh-penuh tangannya dia masukkan ke dalam mulut :)





durian terbaik!!!
fresh from kebun belakang rumah arwah nenek saya...



Rumah arwah tu sekali sekala parents saya or makcik saya balik jenguk-jenguk.
Meriahla bila musim buah-buahan ni.
Ada satu lagi pokok buah mata kucing, tp belum boleh dituai, bulan Ramadhan ni baru betul-betul masak kut.
Pokok manggis tak berbuah pulak, merajuk kut.
Pokok rambutan tak menjadi tahun ni.
So, yg ada just DURIAN. Boleh la kan, dari tak ada langsung :)
Alhamdulillah...



Kluang vs Sandakan

Lama saya tak online, entry semua terpaksa diautopublishkan.
Terima kasih kepada semua kawan-kawan yg sudi bertandang ke sini dan meninggalkan jejak-jejak kemanisan :)



Lukman pun rindu kat aunty2 semua :)



Saya tak dapat nak online sebab tak ada line internet di rumah parents.
Seronok juga duduk bercuti kat rumah parents sendiri.
Tp ada juga part2 sedih yg mana, bila malam aje, Husna duk mencari abahnya.
"abah dah balik kerja kan...ummi..."
atau
"nak abah! nak abah!..." sambil duk tunggu depan pintu rumah atoknya.
Sedih saya dengar dia cakap gitu sambil nangis2.
Almaklum dia dah besar. Pandai juga rindu merindu kan.
Bayangkan 4 hari 4 malam encik abang outstation ke Sandakan.
Mestila dia tercari-carikan.

Hari Sabtu encik abang sampai KLIA jam 9.30pm terus pecut balik Johor.
Ngantuk2 tu drive juga demi anak dan isteri tercinta :)
Then, kami balik from Johor ke Manjung pagi semalam.
Sampai Manjung pukul 10pm. Sebab banyak tempat kami singgah.
Sungguh letih, tp happy.


sourveniers dari Sandakan...



fm mesti kena ada...


Okla, hari ini saya cuba blogwalking ke rumah kawan-kawan semua :)

till next~


Thursday, July 21, 2011

Cubaan memakaikan cd untuk Lukman

Dulu masa Husna saya sempat juga pakaikan cd few times.
Bukan sepanjang masa, ikut dan la.
Banyak juga duit dilaburkan untuk membeli dispo diapers.
Husna ada 9 keping cd. Terbaru cd lunatots, hadiah dapat from Pa&Ma. (baca sini)

Now, bila dah ada 2 orang anak...macam terasa beban pula kena beli 2 pack dd setiap bulan.
Berlainan size pulak tu kan. Lukman size S, Husna masih pakai size M :)
Encik abang tak cakap apa, tp as a wife saya rasa bertanggungjawab pulak nak membantu meringankan bebanan beliau :)
Kalau boleh reduce, kita reduce la mana patut kan. Boleh save.
So, saya dah try pakai cd kat Lukman beberapa hari lepas.
Saya rajinkan diri membasuh all those cd yg kotor setiap hari. Lgpun, sy cuma seorang housewife, tak ada masalah nak buat semua tu.

InsyaAllah nanti nak tambah lagi stok cd untuk Lukman.
Saya sedang usaha untuk train Husna supaya tak pakai dd lagi sebabnya dia pandai cakap kan.
Tp part nak poo poo or wee wee tu boleh dia buat dek je :P (dah sedap buang dalam dd kan :P)



Lukman pakai cd coolbaby,
senyum je budak ni :)








im hot, rite? :P



till next~

jom tengok link kat bawah ni:




Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #4

Terbaik!!!!!!!!




sweet tak gambar ini?

:)





bayangkan macam mana gigihnya Husna panjat atas abahnya :)
2-2 pun abah sayang :)



psss: saya balik Johor dengan anak-anak sampai weekend ni. encik abang outstation ke sandakan. nak ikut tp Lukman masih kecil, tunggu dia besar sikitla yer.

kalau rindu kami, selalu-selalulah jenguk ke mari :)



Tuesday, July 19, 2011

Dinner di Horizon Garden, Manjung

Hari Ahad malam Isnin baru ni, kami keluar dinner kat Horizon Garden.
Sebuah restoran yg menyediakan pelbagai makanan chinese and thai style.
Pukul 8.30pm kami called untuk order makanan. Katanya, 15 min je dah boleh siap.

Dah beberapa kali kami makan kat sini, masa anniversary bulan 3 hari tu, lepas tu ada beberapa kali dengan parents dan parents in law.
So, kali ini kami berdua saja, anak-anak? Husna bukannya makan sangatpun :)
Lukman pula, kan masih bf :)



boleh pilih nak makan set or ala carte




Kami pilih set A (2-3 persons) RM57 nett.
Free chinese tea dan mixed fruit.
Ada 4 dishes boleh dipilih untuk set A ni.
So, kami pilih deep fried almond chicken in japanese sauce, steamed fish in kapitan style, egg with seaweed soup dan fried squid with butter.
And add on one more dish, softcrab salted (ketam lembut dimasak dengan telur masin)
Air, watermelon juice dan honey dew juice for me.
Walla!

Tp kan, baru 10 minit makan kami dah kekenyangan :P
Haha! Apa nak dikata, 5 dishes ok!
Orang kata melantak bukan makan dah tu :)
Sy cakap kat encik abang, lepas ni jangan buat macam ni lagila :)
Ikut nafsu makan, badan lak yg binasa kan. Hehe.

Kami bungkus bawak balik softcrab dan squid tu.
Yg lain, boleh kata habisla :)



pilihan menu untuk set.




brochure



Selain set, kat horizon garden ni ada steamboat juga (latest).
Ala carte pun ada, sizzling etc.
Then, dessert pun ada macam puding, ice cream. Pilih saja ikut budget.

Tujuan kami pilih dinner kat sini sebab encik abang teringat-ingat kat softcrab tu.
Oh yer, kami ambil yg small size RM30.
Tujuan lain sebab restorannya beraircond :) Kesian kat budak-budak kan, bg sejuk sikitla :)
Sekali sekala boleh la kan makan mahal-mahal gitu, kalau selalu sangat kang, membazir pulak.



softcrab ni saya panaskan semula tengahari semalam :)
sedap sangat...





squid masak butter...
tinggal sikit je time bungkus bawak balik :)



ps: sorryla, entry tanpa gambar kami makan-makan sebab 2-2 dah lapar tengok lauk dah terhidang bila sampai :)


jom klik:


Adik pun nak tengok sama :)

Sukanya tengok budak berdua ni, macam boleh gang je kan :)
Asalnya, abah mereka pasangkan video zikr untuk Lukman tengok.
Time tu, Husna tengah makan dengan saya kat meja makan.
Dengar je bunyi zikr tu terus berhenti makan, dan dan berlari ke abahnya.
Si Lukman tengah excited layan video zikr tu.
Terganggula sekejap mood dia.

Abah Husna suruh dia basuh tangan dulu baru boleh pegang handphone abah.
Kalutla dia berlari ke dapur minta saya basuhkan tangannya.
Bila dah basuh tangan, dia la yg 'konker' handphone abahnya.
Tp abahnya letak syarat, if nak pegang sendiri kena tengok sekali dengan adik Lukman.
She said, "ok! adik pun nak tengok sama eaa..."



khusyuk dua beradik ni :)





sampai juling2 Lukman menengoknya :P





tu gataila tangan Husna tukar video lain pulak :)





Husna: ini hasbi rabbi...jallallah....
Adik: ???? oooo...



Baguskan beri pendedahan awal kat anak-anak dengan mendendangkan mereka zikrullah atau doa-doa mudah.
Alhamdulillah, Husna dah boleh ikut zikr dan doa yg mudah-mudah sejak dia dari mula pandai bercakap dulu.
Asmaul Husna pun boleh ikut :)
Kami cuba nak terapkan perkara yg sama untuk Lukman pula, insyaAllah.


till next~



Monday, July 18, 2011

Memborong susu pekat manis di Tesco

Weekend encik abang stand by kerja.
Maka, ada waktu-waktu tiba-tiba dia pergi masuk stesen.
Tambah pulak ada problem machine ke apa kat site, memang ada je orang duk call. (inilah hakikat yg perlu ditelan oleh seorang wife kepada engineer :P)

Tp petang semalam encik abang free, so dia ajak kami anak beranak jalan=jalan Tesco saja.
Okla kan dari tak buat apa, kesian kat Husna duk cakap "nak pegi teco..."
Sampai-sampai Tesco, sy terkejut kejap duk tengok orang memborong susu pekatla, sabun Daia la etc.
Rupa-rupanya memang semalam Tesco ada buat clearance stock.
Buy 1 free 1 (limit 5 per family)
Apa lagi, saya suruh encik abang ambil susu pekat je la.
Kami beli 4 je la, dapat free lagi 4 total 8 tin :)
Harga per tin RM2.99. Okla kan, berbaloi...expired bulan Jun 2012.
Sabun Daia 1.3kg saya tak ambil sebab baru beli sabun last week.
Ada beras juga buy 1 free 1, tak sure cap apa.



ini sampai habis puasa pun boleh maintain lagi :)



Bald Booolat

Kalau ditelek-telek, tak berapa sangatla boolatnya.
Tp bila tengok balik those piccas ni, baru nampak sungguh boolat!

Pergh!!! Ini penangan susu ummi tau!
Jarang ada baby yg membesar bagai juara hasil susu ibu sepenuhnya kan? :)
Semoga susu ummi sentiasa ada untuk Lukman, amin~



tengokla saya?
ada muscle tak? :)





saya punya double chin :)





korek telinga pulak :P






jelir lidah sambil julingkan mata :P



Sampai sekarang Lukman belum ada tanda-tanda nak pusing badan untuk tiarap.
Tp sy tak paksa dia. Biar dia usaha sendiri.
Mungkin sebab dia bulat kan, tu yg lambat sikit dia nak tiarap.
Tp bila sy yg tiarapkan dia suruh tidur, dia sendiri pusing untuk terlentangkan badannya balik.
Isk3 budak ini! Tak suka tiarap kut :)

Ok till next~


Saturday, July 16, 2011

Mum's Choice Contest


Jom sertai sekarang!
Jawab soalan mudah je :)
Due 31 julai 2011
Tak payah proof pembelian petpet pun.
Semua mommy boleh join as long as ada anak umur sehari till 3 yo.


atau type kat search FB - PetpetMy

link contest



Friday, July 15, 2011

My kids before tidur

Selamat pagi Jumaat :)

Semoga kita diberi kekuatan dan keberkatan untuk meneruskan pekerjaan pada hari ini.

Ini nak cerita, my kids before tidur apa dibuatnya?
Kalau sesiapa yg ikut cerita kami sekeluarga dari dulu, tentu ingat aktiviti Husna before tidur.
Mesti layan dulu before tidur, macam acara wajib pulak :)

Now, dah menurun kat Lukman pulak :)
Eloklah tu dua beradik, sama-sama belajar sebelum tidur ok!




khusyuk ni...




see?
as i said, Lukman pun dah pandai :)




inilah dia aktiviti budak-budak berdua ni...





sampai mendongak :)






Lukman pun teruja kan :)


Apa lagi?
Melayan youtube la.
Tengok alif ba ta ke, abc ke, apa-apa la yg best pada mereka :)


till next~



Thursday, July 14, 2011

Sedapnya Lambaian Cendol :)

Entry ini untuk mencairkan hati anda yg sedang panas :)
Jangan ada yg terliur sudahla yer :)

2 malam sudah kami keluar jalan-jalan cari makan.
Sudahnya singgah mcD. Encik abang order ala carte GCB, sy order medium set spicy chicken mcdeluxe. Husna sibuk nak main kat playground.

Selesai makan, kami jalan-jalan sekitar Manjung.
Ternampak lori cendol, apa lagi terus cakap "sedapnya makan cendol malam-malam kan bang..."
Tak ada niat suruh beli pun :P
Encik abang pun lantas menjawab, "nak ke? kita beli sebungkus ok?..."
Sy pun cakap, "ok, no problem..."
Dalam hati dah suka dah dapat makan cendol.
Oh ye, memang sejak kebelakangan ini sy mudah rasa lapar.
Tambah2 lepas susukan Lukman :)
Jangan bertambah berat sy sudah, turun tak apa :)

Jom layan pic cendol.



ini rupanya cendol tu...penuh semangkuk :)




sy nak sedut, Husna nak suap pakai sudu :)
Berebutla kami....hehehe...




ini bukan makan cendol,
dia pergi kunyah air batu...hai anak :)




si pipi labuh sedang menyuap cendol :)


Bagi yg tak tahu, cendol ni namanya Lambaian Cendol.
Memang famous sy rasa area Manjung ni.
Sedap sangat ok!
Lemak je santan dia. Manis pun cukup.
Boleh pilih letak pulut or kacang merah. Nak mix dua-dua pun boleh.
Harga lain-lain la kan. Tp ok lagi, sangat berpatutan.
Sy siap jumpa blog Lambaian cendol kat Google.

Siapa lagi suka makan cendol?



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi