Wednesday, August 31, 2011

Wordless Wednesday: Ucapan Lebaran

*STICKY POST sehingga hari raya*





Friday, August 26, 2011

Husna dan Lukman dapat poskad raya

Terkejut saya tadi check mail box nampak ada poskad raya.
Tertulis di situ untuk Husna and Lukman.
Dari siapa yer?



inilah rupa poskadnya...


Semalam ummi dapat, hari ini budak berdua tu pulak yg dapat :)
Terima kasih kepada yg sudi memberi...



tertera nama mereka...


Poskad raya ini ikhlas dari Azri dan Amir anak-anak kepada Faryza.
Thanks mama Faryza! :)


Poskad raya dari rakan blogger

Petang semalam posmen hantar poskad raya. Kiriman istimewa dari blogger Myra Jay :)
Thansk Myra!

Tak sempat nak balas sebab dah nak raya kan. InsyaAllah ada rezeki boleh jumpa time raya nanti, ok!


gambar tak sempat snap,
copy dari blog MJ saja...


Dah lama tak dapat kad raya, poskad raya ni kira 1st time dapat :)

Sampul duit raya



Ekslusif ni, sampul duit raya dari company encik abang :)
Siapa nak, jom beraya ke rumah kami :)


pss: Hari ini Jumaat terakhir di bulan Ramadhan :( Sayu je rasanya...Ramadhan kian pergi kan...




Thursday, August 25, 2011

Dapat pen free

Pen free tu, siapa tak nak kan :)
Saya request 3, 2 untuk saya dan encik abang. 1 lagi saya request untuk adik saya di Johor.
Semalam dah sampai pen free ni. Dapat 2 batang each, blue and black pen stabilo.

Suka sangat, nampak performance pen ni pun ok so far :)



sampul suratnya...





Nak juga ke? Sila ke SINI untuk redeem yer :) Sementara stok masih ada.


Suka main bantal

Inilah, si kecik ku cak ni! Eh, si kecik saya Lukman. Dia memang suka main bantal, pantang dapat mesti dia pegang. Kuat pulak tu pegangnya.



cak!


Selalu time nak masak or nak berbuka, saya suka letak dia dalam babycot. Nak harap kakak dia tengok-tengokkan adiknya tu macam susah sikitla. Sebab kakak dia pun busy :) Banyak kerja katanya. "na tengah buat kerja..." Apa kerjanya? Main saja...itulah kerjanya. Hehe.




nampak tak macam mana dia pegang?
tak bagi lepas punyalah...





lasak Lukman ni, dari tegak sampai dah
senget :)






suka main bantal ye sayang :)


Tp tak tahan juga, bukan lama mana dia nak duduk dalam babycot ni. Nanti mula dia memanggil-manggil ummi abah dia. Memang mencabarla time memasak or berbuka. Orang tengah berbuka, dia pun nak join sama :)



Alif Ba Ta


Husna dan Lukman dapat flash card alif ba ta. Alhamdulillah :) Saya tak pernah terfikir ada flash card untuk alif ba ta, biasa saya jumpa yg abc or 123 kan.

Pemberian istimewa dari Bayt Al Iman, terima kasih ummu Muhammad. Husna paling excited sebab selama ni dia duk ulang nyanyi or baca alif ba ta saja. Tp huruf tak kenal-kenal juga. Semalam saya tunjuk satu-satu, nampak macam dia boleh ikut slowly. Dia tetap nak nyanyi juga alif ba ta tu :) Suka hatila sayang, asalkan kamu minat dengan huruf al Quran ini.

Bagus kan, sambil nyanyi boleh kenal huruf juga. Saya kenalah rajin tunjuk flash card tu kat dia :)




Langsir togel



Malam semalam, saya dah turunkan langsir sliding door ni. Motif utama sebab nak basuh bagi bersih. Tak jadi nak pasang langsir masa bertunang dulu sebabnya terlebih panjangla pulak :( Later baru nak minta my mom alterkan. Saya kan tak pandai jahit

Maka, saya decide basuh saja langsir sedia ada ni. Request untuk beli langsir ready made telah direject :( Bukan keperluan katanya. Saya akur saja, dalam hati sedih juga sebab kami tak pernah ada langsir baru sejak bersama. Tak apalah, pakai je mana yg ada dulu. Esok-esok saya kumpul duit sendiri tempah langsir lain :) Lepas basuh dah boleh pasang semula, barula nampak bersih dan berkilat kan. Hehe.

Wednesday, August 24, 2011

Ustaz ke ustazah ni?

Persoalannya ialah,
nak panggil ustaz or ustazah?

Hehe...dua-dua pun gambar yg sweet untuk dikenang :)
Budak ni banyak keletahnya, banyak ragamnya...layankan sajalah...



model gayakan baby oil :)




pak ustaz :)



Picture mana kawan-kawan paling suka?

note: orang yg sama dua2 ni, Lukman belum boleh berposing :)

till next~


Tuesday, August 23, 2011

Ketupat atau lemang?

Kalau beraya kat Johor, confirm kami akan makan ketupat. Memang kebiasaannya, my mum dia akan anyam if ada daun kelapa. My sis pun pandai anyam. Saya je yg tak pandai, belajar berkali-kali langsung tak menjadi.

Ops! Encik abang saya pun pandai anyam ok! Saya jadi malu sendiri sebab tak pandai :) Dia lagi terror, laju je dia anyam. Kat Johor memang biasanya hidangan utama nasi impit atau ketupat. Lemang jarang ada tp akan ada orang yg menjualnya.


ketupat
*credit google*


Tahun ni beraya kat Perak, mungkin MIL buat ketupat pulut. Kalau ada daun kelapa, boleh juga MIL anyam. Dalam famili encik abang only MIL dan encik abang je yg pandai menganyam ketupat. MIL orang Sepang, keluarga banyak dah campur masyarakat Jawa, maka ketupat tu memang ada time raya. Orang Perak yg suka makan lemang kan, memang susah nak cari daun kelapa dijual kat area ni, daun palas banyak.

MIL kata, if tak ada orang jual daun kelapa, rebus nasi impit la jawabnya. Tak apalah, asalkan boleh makan kan. Saya prefer lagi nasi dari pulut. Lemang pun kalau tengah panas-panas tu saya makan, if dah sejuk kurang sikit nikmatnya :)



nasi impit
*credit google*


Kawan-kawan suka makan ketupat or lemang?

Cd raya

Orang lain sibuk shopping baju raya untuk anak-anak mereka, saya sibuk shopping benda lain :)
Hehe. Bukan apa, sajala kan beli untuk tambah koleksi sedia ada. Now, Lukman dah ada 12 keping jadinya.

InsyaAllah akan bertambah lagi dari masa ke semasa mengikut budget. Lagipun, ini keperluan. Encik abang tak bising pun bila saya cakap saya nak beli. Sebab saya dah buktikan, Lukman fully cd bila di rumah. Tiap-tiap hari saya basuh.

Bila keluar je jadi masalah sikit or balik kampung ke kan. Koleksinya tak banyak lagi, saya khuatir tak cukup nak fully cd bila balik kampung or outstation. Terpaksa tampung pinjam dd Kakak Husna :)



ini yg terbaru...

Saya beli 3 cd lain-lain jenis. Sunnybaby, coolababy bamboo dan dyana MP with leakguard.
Baru nak prewash. Saya beli kat Hadina Online Store. Dah 2 kali saya beli kat Farina ni. Dulu time duduk Paka tak nak beli :), kami dah pernah berjumpa before saya pindah Manjung.

Raya ni bolehla Lukman bergaya dengan cd baru :) Motif? Hehe...




Rezeki Lukman dapat kapal terbang

As salam,

Ramadhan ke 23, Alhamdulillah.
Husna masih lagi batuk-batuk dan selsema, kesian dia tak berapa nak tidur malam tadi.

Lukman? Macam nak kena juga, ada dengar dia bersin dan batuk kecil. Moga tak serius hendaknya.

Ini nak cerita, Lukman dapat hadiah baju raya dari Cik Eja, girlfriend Pak Lang Lukman. Alhamdulillah. Rezeki Lukman kan :) Thanks to Cik Eja, dia mengajar kat Melaka.



Rezeki kedua dari Pak Andak Lukman. Just balik from Japan, balik beraya katanya. Rajin Pak Andak balik Malaysia. Dapat sebuah kapal terbang. Eh! Kapal terbang mainan je :) Tp kakak dia yg main ulang-ulang :)


Alhamdulillah, murah rezeki Lukman. Moga murah rezeki Cik Eja dan Pak Andak too, insyaAllah.

till next~

Monday, August 22, 2011

Dah lama tak demam

Dugaan untuk saya dan abahnya malam tadi. Husna tak mahu tidur, eh bukan tak mahu tp tak boleh tidur. Hidungnya tersumbat agaknya, berair je. Plus batuk sikit-sikit. Demam pun ada tp tak kuat.



pagi tadi...


Rasanya dah sekian lama juga Husna tak demam. Sejak kami pindah sini tahun lepas. Masa awal pindah dulu dia rajin demam sebab cuaca sini tak sama Paka agaknya. Sini quite hot juga, betul-betul panas. Tahun ini 1st time rasanya dia demam. Stok air cap badak pulak tak ada. Kami tampak koolfever saja.

Alhamdulillah, tengah hari ini nampak demam dah kebah. Selsema masih berlarutan. Saya bagi paracetamol dan ubat selsema tadi. Mudah-mudahan lekasla sembuhnya anak ummi ni, dah nak raya kan. Tak syiok pulak kalau demam. Adik Lukman pula diharapkan antibodi nya maintain kuat, tak pernah demam lagi ni sejak lahir. Minum susu ummi kan :)


demam tp boleh senyum...tengahari tadi...


Di kesempatan ini, nak wish...

happy 3rd anniversary kat kak yatie chomeyl!
happy 30th birthday kat chugie!
moga Azni selamat bersalin nanti :)

moga Allah sentiasa limpahkan rahmat untuk kalian, amin :)


Ok, till next~

Bila Husna dah pandai memahami sesuatu perkara

Situasi 1:
Di sebuah pasar raya, atau bila ternampak tampalan poster tuala wanita.

Husna: ummi, tu ha pampers ummi...ummi punya pampersla...ummi nak beli?
Ummi: ??? (buat-buat tak dengar sambil cepat-cepat tolak troli)

Situasi 2:
Nampak pokok jermin kat depan rumah tu macam dah layu.

Husna: kesian pokok tu ummi, dah mati dah...kesian ummi...ummi tak siram ke?
Ummi: err...yer la..nanti ummi siram...

Situasi 3:
Sampai kat stesen minyak, abahnya nak isi minyakla kan. Selesai tu, nak terus balikla.

Husna: ok, abah parking dulu yer...Chna nak masuk kedai...
Abah: tak, kita nak terus balik...next time singgah kedai ok...(sambil tengok muka ummi, ummi pulak buat muka annoying :))

Situasi 4:
Abahnya panggil saya minta tolong buat sesuatu.

Husna: Huda...Huda, abang panggil tu...
Ummi: errr...Huda kamu panggil?
Abah: Siapa abang kamu? :P

Situasi 5:
Ummi konon-konon nak duduk sebelah abahnya la...saja manja-manja.

Husna: JANGAN! Jangan chna kata. (sambil dia menyelit kat tengah-tengah)
Ummi & abah: ??? Sabar je la...hehehe...


Dan banyakla lagi. Tak larat kadang-kadang nak melayan cakap-cakapnya. Hehe.
Dulu time dia baby, baik sangat. Diam je, now dah pandai juga nak mengarah ummi abah. Tapi kami tak pernah layankan sangat kehendaknya. Berpada-padala kan.


gambar lama :)


Husna, esok dah besar. Kalau kamu terbaca entry ini, mesti kamu gelak kuat-kuat kan. Tapi itulah hakikatnya apa yg kamu buat, sangat menggelikan hati ummi dan abah. Layan saja :)

Sunday, August 21, 2011

Tak sabar nak membesar

Anak bujang saya tu, baby Lukman tak sabar nak membesar nampaknya.
Kenapa saya kata begitu?

Sebabnya:
  • dia tak berapa suka nak dibaringkan
  • suka sangat bila dapat berdiri
  • suka sangat tengok kakak dia main, macam nak join sekali
  • mulut ramah nak bercakap jugak bila kita agah :)
  • kalau orang makan, dia pulak terkumat kamit tengok

Hehe. Logik tak alasan yg saya berikan. Tp memang itulah hakikatnya. Dia macam tak sabar nak membesar, nak join semua benda yg kita orang besar buat.



umur baru nak masuk 4 bulan,
tp akal dah panjang :)




Saturday, August 20, 2011

Malam tadi

Malam tadi punya cerita ni :)

Abah mereka masuk stesen lepas terawikh. Maka, tinggalah kami bertiga beranak di rumah. Plan asal saya nak tidur lambat sikit, moreh-moreh dulu ke kan.

Tp tak laratla. Terus saya ajak anak-anak naik atas tidur. Time tu baru pukul 10.30pm. Tp kan, lepas je tukarkan diaper mereka, tak ada nya mereka terus tidur. Si kakak, kejap-kejap cakap..."nak abah..."

Yg si adik pulak, tak mahu dibaringkan langsung. Kalau diriba pun dia marah. Dia nak berdiri je. Last-last saya tiarapkan, dia ok pulak. Saya biarkan je mereka berdua sembang sendiri. Mata tu sanggup tahan tak nak tidur.




Sudahnya, jam 12 baru masing-masing terlelap sendiri. Hai anak-anak! Ummi tahan ngantuk sebab nak bangun sahur pagi tadi. Alhamdulillah sempat jam 5.10am bangun.



Tukar duit raya

Hari ini kami bertiga lagi stay at home. Tak ke mana pun. Hujan kat luar tu, terasa dingin sangat.
Encik abang ke tempat kerja.

Semalam encik abang balik bawak duit baru :) Duit rayala kan sebab dah nak raya. Tukar kat stesen saja. Senang tak payah pergi bank beratur. Tp sampul duitnya belum dapat lagi, next week kut. Sejak saya kecil sampai dah beranak pinak ni, mesti tak miss nak tengok sampul duit raya TNB. Cantik-cantik sampulnya, tu yg saya suka tu :)




Kawan-kawan dah tukar duit raya?


Friday, August 19, 2011

Kuih raya pertama dah siap


Aik? Apsal gambar parcel pulak?



Tu dia...selepas berbalut-balut, ini dia bekasnya.




Saya order kuih ini from Kak Apash. Sepatutnya, kami akan bertemu esok di Bota, tp tak jadi sebab encik abang kerja weekend ni. Tak jadilah balik kg. Teluk Sareh. Kak Apash ni stay kat Batu Gajah. Kalau tak dah boleh kita bertentang mata kan Kak Apash, jumpa Qaseh and Hannah. Belum ada rezeki lagi, insyaAllah raya ni la kut.

So, saya minta Kak Apash poskan saja. Alhamdulillah, kuih ni sampai ke tangan saya elok je rupanya. Sedap baunya :) Husna dah ngap 2 biji ok!

50 biji RM35. Okla tu, pasal nak membuatnya makan masa juga. Kena banyak sabar :)
Tengah tunggu kuih raya seterusnya import dari Penang pulak :)

10 malam terakhir


*credit google*



Ya Allah!
Mampukah daku mengharungi 10 malam terakhir Mu ini?
Dengan melakukan sebanyak-banyaknya amalan, menggandakan ibadahku.

Lailatul Qadr tu, saya pun tak sure layak ke dapat? Sebab mereka yg terpilih saja, insyaAllah akan dapat lailatul qadr. Macam saya ni, qiam dah la jarang-jarang. Bangun pun sebab Lukman nak susu :)

Apa kawan-kawan rasa? 10 malam terakhir ni apa yg patut kita buat?
Sibuk buat kuih raya ke?
Sibuk nak shopping raya ke?
Atau sibuk nak cepat-cepat raya? :)
Kita pun tak pasti, next Ramadhan tu masih ada lagi untuk kita atau tidak kan.
Boleh nak buat kuih raya, boleh nak shopping semua tu, tp perkara yg patut kita utamakan mesti kita lakukan dulu, barulah hidup tu balance, rohani dan jasmani stabil :) Tak gitu? Hehe.

Moga Allah ampuni dosa kita semua, dan rahmati setiap perbuatan yg kita niat untuk lakukan. Moga segala amalan kita di bulan Ramadhan ni akan kekal berterusan pada bulan-bulan yg seterusnya, insyaAllah. Yg penting, hati mesti ikhlas dalam melaksanakan ibadah kepada Allah SWT. Jom hidupkan 10 malam terakhir ini! Caiyyuk2x!

Sekian, tazkirah dari saya yg bukan bagus sangat pun. Suka-suka kongsi rasa bersama kawan-kawan semua :)

Bubur lambuk

As salam,

Ramadhan ke 19, Alhamdulillah :)
Petang semalam, encik abang balik bawak bubur lambuk. Pihak stesen yg buat khas untuk semua staff. Dapat semangkuk bubur lambuk.

Alhamdulillah, rezeki bubur lambuk. 1st time tahun ni, dah 18 hari puasa baru dapat makan bubur lambuk. Sedap juga, tp encik abang cakap macam tawar sikit. Saya rasa ok je, tak masin, tak tawar. Just nice.



panas lagi ni :)






Teringin nak buat sendiri, tp bahan tak cukup.
Then, terfikir juga kami berdua je yg makan, kalau buat banyak kang tak habis, membazir. Nak bagi jiran khuatir rasanya kureng :) Sedar kemampuan diri...hehehe...

Kawan-kawan suka makan bubur lambuk?

Thursday, August 18, 2011

Terkenang zaman berpuasa kat Uniten

Masa zaman studi dulu, time bulan puasa ni kami biasanya tengah mengadap buku sebab Uniten rajin buat final exam before raya. Okla kan, boleh beraya dengan tenang tanpa perlu mengadap buku atau notes lagi. Tp berdebar jugakla, result tah apa-apa lepas raya tu :)



ini antara bff saya, Faryza (left), Mas (right), Epull


Antara most place saya dan kawan-kawan suka pergi cari juadah untuk berbuka biasanya area Bangi kat seksyen 1 tu, atau Serdang, sangat havoc kalau pergi Serdang. Paling jauh pun Putrajayala, tp ikut gate 1 dekatla sikit Pasar Ramadan Putrajaya tu. Lepas je membeli juadah terus lepak dekat dataran masjid tunggu waktu untuk berbuka. Sempoi je berbuka kat depan masjid tu. Ramai yg buat gitu pun. Then, kalau rajin solat terus kat situ. If malas, balik uniten solat kat bilik.

Bila dah masuk final year, rajin pula pergi berbuka kat masjid uniten pasal time tu budget dah tak banyak. Final year kan banyak pakai duit buat tesis semua, projek bagai. Jadi, kalau boleh save kami savela mana patut. Tang nak berbuka kami pergi masjid. Meriah berbuka kat masjid uniten ni. Lauk pauk dia memang sedap, kadang-kadang nasi beriyani pun ada :) Alhamdulillah kenyang sampai ke pagi.

Ok, itu cerita berbuka. Bab bersahur pula, time studi dulu saya tak pandai sahur makan nasi. Saya minum milo dan makan biskut je atau roti. Sahur kat bilik je la kan, takkan nak keluar awal-awal pagi tu pergi cafe, bukan ada pun cafe yg bukak. Erm. Paling jauh pun saya dan kawan-kawan pernah bersahur kat McD highway yg keluar tol Sg.Besi tu. Itu pun sebab ada kawan yg bawa kereta, so dia ajak sahur situ. Pergila kami bersahur di McD. Kadang-kadang ada juga sahur kat Sg.Ramal, restoran Yus Sate Kajang tu. Atau kat lot 10 belakang uniten tu. Oh ye, baru teringat pernah sahur sampai kat Bangi seksyen 13, kedai mamak. Kalau tak ada kawan yg bawa kereta, memang sahur kat bilik je la. Ala, sahur pun makan apa je, paling tidak pun roti canai dan milo. Kan saya cakap tadi, uniten time bulan puasa juga merangkap bulan final exam, maka kalau kami studi ramai-ramai malam tu terusla direct pergi bersahur kat luar. Balik sahur, tidur kejap, solat Subuh then pukul 8 masuk exam hall.


ini batch kami,
mostly konvo tahun 2008, certain je yg konvo tahun 2009...
ramai lagi boys tp ramai tak dapat join time gathering ni...


Rindu sangat zaman bergelar pelajar ni. Macam-macam kenangan. Rasa macam nak ulang balik zaman tu, tp apakan daya...hidup mesti diteruskan. Mana ada orang patah balik ke zaman lampau kan. Nanti jadi macam back to the future pulak :)

Anda ada kenangan untuk disharekan bersama?

Rumah belum berkemas

As salam,

Semoga ibadah puasa kita hari ini diterima oleh Nya, insyaAllah.
Rumah kawan-kawan sudah berkemas ke? *ngee*
Tanya ni bukan apa, saya pun tak start kemas lagi. Mood itu belum sampai lagi. Belum teruja lagi nak beraya.
Ramadhan dah semakin hampir ke penghujungnya.
Rasa macam tak berapa nak ummmphhh Ramadhan saya tahun ni, pasal saya tak berapa nak sempat terawikh lama-lama, mengaji lama-lama.
Almaklum, dengan 2kids (banyaknya alasan). Nak 1000 daya kan, tak nak duduk diam sajalah. Tepuk dada tanya iman.

Ok, ini hall rumah kami. Kecik je, tak besar mana. Rumah teres 2 storey kan.
Kat hall ni, ada 2 cabinets tinggi corner. 1 letak favourites stuff encik abang, like model cars, aeroplanes, motorcycle etc. 1 lagi cabinet letak all those cenderahati yg kami beli bila pergi mana-mana and gambar family. Tp dalam gambar bawah ni tak nampak sebab saya snap dari tangga.
Then ada sofa 3+2+1, coffee table dan tv cabinet.



bersepah hall...


Plan nya nak relocate cabinet tv dan sofa. Tp tengokla macam mana nanti, kena tunggu encik abang free.
Langsir tu pun nak tukar lain, tak beli pun langsir baru tp my mom bagi langsir time saya bertunang dulu. Langsir tu masih nampak baru dan cantik, sebab my mom lepas majlis tunang tu terus simpan dan tak pakai dah.
Tak larat nak buat seorang diri. Apa pun kerjasama itu penting kan :)
Satu hal lagi, toys Husna ni pun nak kena relocate, encik abang cakap remove saja. Hehe. Kesian pulak anak ummi tu, kang tercari-cari pulak playtent dia tu.



playtent ni kat bawah tangga letaknya...


Kawan-kawan dah berkemas ke?


Wednesday, August 17, 2011

Agar-agar santan



Semalam baca kat blog kswsk, ternampak resipi agar-agar santan. Terus terasa macam nak buat juga. Tp saya punya lain sikitla, pasal tak ada tanam daun pandan, maka pakai pewarna je la :)

Bahan-bahan:

  • sebungkus agar-agar
  • gula
  • pewarna
  • santan kotak / segar
  • air
  • telur
  • esen vanilla
  • garam

Cara membuat:

  1. agar-agar dimasak sehingga larut.
  2. masukkan gula secukup rasa sedapnya.
  3. masukkan sedikit pewarna kesukaan dan esen vanilla.
  4. dalam satu bekas lain, masukkan santan, telur dan secubit garam kemudian dikacau hingga sebati.
  5. campuran telur dan santan tadi kemudiannya dimasukkan ke dalam agar-agar yg sudah larut tadi.
  6. kacau rata supaya santan tidak keluar membuak-buak.
  7. tunggu sampai didih, baru tutup api dapur.
  8. then tapis ke dalam bekas untuk disejukkan.
  9. masuk peti ais :)


sedap ni tau :)


Wordless Wednesday #8


bila dua hati jadi satu...









mata bertentang mata....









adik: kakak jangan gigit ok!
kakak: takla, dun wori :)









kakak: sayang adik...muaaaah
adik: sayang kakak jugakkkkkkkkkkkk!


ummi love both of u :)


Tuesday, August 16, 2011

"Na batuk...tak boleh makan ayem..."

Bila jalan-jalan mall nampak tong ais krim, Husna mesti cakap...
"Na batuk, tak boleh makan ayem..."
automatik dia akan cakap gitula, tp dalam masa yg sama dia akan minta juga. Ais krim memang kesukaan dia berbanding jajan lain. Tp saya tidakla selalu setuju dengan permintaan dia. Encik abang juga begitu.

Semalam dia mengamuk nangis-nangis kat rumah sebab permintaan dia tidak diturutkan oleh umminya ini.
Mana taknya, pagi lagi sayang oi. Tak reti sejuk ke. Breakfast nak makan ais krim?
Saya lari naik atas jenguk Lukman yg masih tidur. Husna follow sambil jerit nangis. Sampai bilik, dia sambung lagi rayuannya dengan tangisan ala jeritan. Saya buat tak tahu je la.
Saya cakapla, "Na kan batuk, mana boleh makan ais krim..."
Dia jawab.
Dia cakap, "errmmm..."
"ummi, na nak ayem..."
Saya ignore je dia.

Petang tu before Zuhur dia minta lagi. Tp kali ini cara baik punya. Siap nak cium ummi.
Dia cakap, "cium ummi yer..."
Hai anak, cair hati ummi bila dia buat gitu.
Akhirnya, Husna menang, ummi kalah. Dapat juga dia makan ais krim semalam. Saya bagi sikit je la.




muka lega dapat makan ais krim...




tu dia...muka dah comot bagai...




habis baju pun comot...




Lukman pula?
tengok je la kakak makan yer...kamu kecil lagi, belum boleh makan :)





Shopping raya baju suami isteri

As salam semua,

Hari tu settle dah kan baju kurung/melayu untuk Husna dan Lukman.
Then, last Saturday before buka puasa tu pergi mencari baju untuk saya dan encik abang pula. Cari yg ready to wear je la kan sekitar Manjung ni saja.
Banyak juga pilihan, kat Manjung ni belakang econsave ada kedai baju, kamdar ada, belakang pasar raya ceria pun ada. Pilih je la mana nak pergi. Tp kena pandai tawar menawar la kan, jangan pakai 'hambik' je :)

Setelah pilih-pilih, finally dapat juga sepasang untuk saya yg saya berkenan. Baju kurung Riau warna purple juga mahu sedondon dengan anak-anak :) Siap pilih tudung sekali bagi matching. Then, ke kedai lain pula untuk pilih baju melayu encik abang. Alhamdulillah senang pula nak mencarinya, terus dapat warna yg sedondon dengan baju saya. Kainnya pun sejuk.


hasilnya...



Settle dah. Encik abang cakap, lepas ni semua seluar baju melayu dia nak buat tidur. Sebab jarang-jarang pakai. Hehe. Ok juga idea dia tu. Tidakla seluar tu buruk dalam almari. Ada 3 helai kut seluar baju melayu dia sejak kami berkahwin :) Pergi surau selalunya dia pakai bajunya saja.

Suami anda macam mana? Jenis pergi surau/masjid pakai sepasang ke baju melayu?

Monday, August 15, 2011

Apa anda perlu buat bila dapat BE from Nuffnang?


Mesti ramai yg frust kan, bila bukak akaun nuffnang just ada 1 atau 2 BE saja yg sedang menari-nari di blog masing-masing.

Ok, actually walau hanya dengan 1 BE pun sebenarnya kita dah boleh earn kan more income or at least hampir-hampir nak cash out pun boleh agaknya :) Thanks to Nuffnang sebab banyak membantu para blogger cari side income. "Making blog advertising fun...for everyone"

Bagaimana caranya?

Ini based on my experiencedla kan. Kita janganla mengharap Nuffnang akan bagi 5-10 BE dalam satu-satu masa (walaupun tak mustahil Nuffnang nak bagi :)). Tp kita pergunakan kelebihan BE yg sedia ada dan usaha tangga kejayaan kan, slowly ikut cara kat bawah ni.

Kena ingat, bila Nuffnang bagi BE tu bukan bermakna bagi saja. Kita kena juga buat sikit kerja, takkan nak dapat duit free je kan :P (eleh, saya pun gitu dulu, tunggu duit tu bertambah sendiri :P) Macam assignment Churp Churp tu, kalau kita tak hebahkan, tak adanya income tu nak naik sendiri kan. So samalah macam Nuffnang.

Caranya...

  • Kenalah rajin update blog, sehari sampai 5-6 entry ke kalau rajin dan ikut mood.
  • Rajin blogwalking ke blog orang lain. (say hi pun dah ok kan)
  • Buat homework (ini banyak kerja sikitla). Study apa orang suka baca dan search kat google. Contoh, ada sesetengah blogger famous depa suka tempek cerita gossip terkini yg orang nak tahu bagi lagi cepat UV blog mereka naik.
  • Kalau tak ada idea sangat nak karang entry, ikut je cara blogger famous lain yg tempek berita terkini copy paste dari utusan online ke, harian metro online ke etc.
  • Kalau ada facebook or twitter pun bagus, link kan ke wall anda. So kawan-kawan yg tak ada blog boleh direct link ke blog anda.

Tp macam saya, kurang gemar tempek cerita gossip artis kat blog kesayangan saya ni. Sebab fokus utama saya sekarang more story pada isu parenting, kekeluargaan dan sebagainya. Bila dah campur baur dengan cerita artis nanti dah tak jadi pulak blog untuk family :) Terpulang pada masing-masing nak taip entry apa untuk blog mereka. Asalkan jangan jadi isu copyright sudah la yer. Mesti nyatakan sumber mana kita dapat berita tu.

Ok itu saja untuk disharekan. Harapnya, dapat membantu kawan-kawan semua. Eh, ada sesiapa nak tambah cara nak naikkan earning tu? Sila komen kat komen box ok, nanti saya update :)

Selamat mencuba!



Weekend cuti memasak

As salam semua,

Apa khabar hari ini? :)
2 hari berturut-turut saya cuti memasak, Sabtu dan Ahad.
Encik abang bagi cuti, saya ikut je la kan :)

Hari Sabtu, beli lauk je ada 4 jenis lauk semuanya. Siap beli kuih muih bagai. Alhamdulillah semuanya licin dimakan oleh kami termasuk Husna. Malam lepas terawikh siap pergi jalan-jalan sekitar Manjung dan beli nasi kukus ayam berempah untuk moreh. Pun kami makan sampai habis :) Logikla kan, saya fully breastfeed Lukman. Sangat mudah rasa lapar. Mujur berat turun dengan elok sepanjang Ramadhan ini.



*credit google*


Hari Ahad, petang semalam saya dah keluarkan ayam ikan dari fridge. Lepas tu, encik abang cakap, tak payah masakla. Dia ajak pergi Giant. Sampai Giant, kami masuk restoran KFC. Bayar pakai kupon RM10 x 3. Just tambah RM2 je untuk bakinya :) Kami makan sampai licin, siap beli apam balik kat pasar malam.



*credit google*


Hari ini kena masakla pasal dah 2 hari makan makanan luar. Pagi tadi sahur buat nasi goreng dan goreng telur. Sedap pulak. Rindu masakan sendiri :) Tengah fikir nak masak apa petang ni...

Weekend lepas apa aktiviti kawan-kawan?



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi