Friday, September 30, 2011

Permata hati saya

As salam,

Jumaat sudah. Tentang entry saya petang semalam, ramai yg bertanya nak pergi bercuti ke? Hehe. Jawapannya yup! Ala, bercuti dengan kaum keluarga saja. Suka-suka pergi merehatkan badan.

InsyaAllah kami akan berkampung di PD weekend ni di kondominium TNB. Oh ye, menjawab pertanyaan Nureen kat bawah ni, husband Huda yg kerja TNB. Huda anak bekas pekerja TNB :) Huda kan dah tak bekerja since berhenti tahun 2008 dulu.




Ok, back to the topic, inilah 2 orang permata hati saya yg semakin hari semakin panjang akalnya. 2-2 pulak tu. Yg adik duk tengok kakak as his mentor. Semua kakak buat, dia pun macam teringin nak mencuba. Kakak main push car, dia pun nak main. Kakak main ball, dia pun nak main. Kakak main puzzle, dia pun nak main sama.

Jenuh nak memegang dia, saya rasa nak cuba-cuba dudukkan dia. Lukman dah 5mo kan, rasanya dia dah boleh dicuba-cuba ajar duduk.



kakak kiss adik yer...






kakak nak hug adik...






ok surrender...



till next kawan-kawan...

pss: saya maybe tak berblogging untuk beberapa hari next week or seminggu direct.

Thursday, September 29, 2011

Tak sabar tunggu weekend


*credit google*


Saya dah tak sabar dah ni nak tunggu weekend.
Mahu rehat-rehat dengan family tercinta.
Mahu rendam-rendam dalam kolam, laut.
Mahu lepak-lepak.


Abah with 2 kids

As salam,

2 hari sudah kami ke Teluk Batik. Entah apa mimpi, tiba-tiba saja encik abang called pukul 6pm tu.

encik abang: ok, siap. jom!
saya: jom! jom! nak pergi mana?
encik abang: Teluk Batik...
saya: ok, siap!

Kalutla tukar baju semua. Encik abang sampai rumah je, terus kami menuju ke Teluk Batik. Actually, encik abang nak lepaskan stress kerja. Berminggu-minggu sejak before raya kan dia bekerja. Itu kerja kat site, kerja dalam office lagi belum dicampur. Dengan memo juta-jutala, meeting itu meeting ini. Kesian pun ada, tp itu perkara normal bagi mereka yg ada title senior kat depan. Saya pun kena faham situasi dia sama.

Sampai je Teluk Batik, tak banyak pun cars dan ummat manusia. Yerla, dah petang and work day kan. Mana ada orang sangat. Angin sangat kuat, sejuk. Kami tengok laut je la. Husna macam teringin nak celup kaki, tp sampai kat gigi air dia jerit tak nak. Ombak besar jugalah. Sudahnya memang layan perasaan je la. Ada dalam 10-15 minit kami bertafakur kat situ :) Lepas tu kami gerak balik.

Kesimpulannya, bagus juga bila rumah kita dekat dengan tempat-tempat macam ni. Bila stress, lari pergi sini lepaskan tension. Tak payah tunggu weekend nak kena cari tempat bercuti kan :)

Otw balik rumah saya tanya, ok dah ke stress tu? Encik abang jawab, ok sikitla...hehehehe...



tunggu bas ke?




Wednesday, September 28, 2011

Anak ummi

Dah petang, pasal WW tadi itu memang breakfast saya kalau malas masak pagi-pagi. Encik abang dia jenis tak kisah sangat, if ada breakfast dia makan, if tak ada dia makan kat kantin, tp jarang sangat dia makan kat kantin. Till lunch baru dia balik rumah makan. Kesian pun ada. Tp yerla, pagi-pagi tu kadang-kadang tak sempat, dengan Lukman lagi yg nak susu, Husna pun kadang-kadang bangun juga.

Ok, ini pasal anak ummi. Lukmanla. Dia memang tak boleh renggang dengan saya. Maklumlah masih fully bf kan. Jadi 'handbagla' mana-mana pergi. Hehe. Husna pulak anak abah kan (read: Anak abah). Saya tak risau sangat Husna, abah dia masuk kerja malam-malam pun dia duk panggil abah. Ummi? Tukang peluk dia and pujuk dia suruh tidur, mulut tetap sebut abah.

Jom layan piccas saya dan Lukman yg gebu ni :)




ada iras tak kami? :P





ummi dan Lukman,
siapa lagi comel? :P






anak ummi :)



Happy 5mo Lukman!

Wordless Wednesday #12


rangup berkrim :)

Tuesday, September 27, 2011

BE terbaru



Rata-rata bloggers duk bercerita dapat BE baru kan. Saya pun nak selit gak la :)

Rasa macam makin banyak pulak BE tumbuh menari-nari kat blog CGL saya tu.
Terbaru BE Samsung Galaxy II merangkap grapevine. So, if kawan-kawan jalan blog CGL saya dan nampak grapevine tu sudi-sudilah copy and paste kat mana-mana. Boleh tambah income churp churp kan :)

Erm...dalam masa terdekat ni, may be saya nak buat GA lagi. Hari tu masa bulan puasa gigih buat GA baby lotion, tak banyak sambutannya tp okla. Yg kali ini, saya buat hadiah best sikitla. GA pun senang tak payah pening-pening nak fikir jawab soalan ke apa. Nantikan yer :)

BE untuk Purple Light tinggal 1 tu je la. Tp tak apa, if ada rezeki tak ke mana :)

Mencegah lebih baik kan

Saya paling penakut bab-bab kesihatan ni tau. Tambah kalau kena penyakit yg tidak diundang. Tapi kena faham juga, sakit bila datang menjengah kita sebenarnya Allah nak uji kesabaran kita kan. Tabah ke tidak hadapi kesakitan itu.

2 malam sudah, encik abang nak siap-siap masuk stesen. Husna tiba-tiba pulak nak tukar diaper, so saya ajak dia ke bilik air bawah (malas nak naik atas). Settle basuh-basuh dia, saya tergerak hati nak jengah dalam kolah bilik air tu. Nak tahu apa saya jumpa? Cuba kawan-kawan tengok gambar bawah ni. Kenal ke?



*credit google*


Punyalah terkejut saya nampak 2 ekor sedang berenang-renang dengan 'gembiranya'. Ada sedikit je pun air dalam tu, saya tak isi kolah tu dengan air tapi ada air yg turun bila kami buka paip getah tu dia berkumpul dalam kolah.

Saya jerit kat encik abang dari dalam bilik air.

"abang, ada jentik-jentikla dalam kolah ni..."

Encik abang saya jawab apa?

"biar dulu..."

Err? Motif dia jawab gitu?
Lepas je encik abang keluar pergi stesen, saya terus kepada misi. Saya mesti putuskan rantaian ini. Actually, saya tak sure jentik-jentik tu nyamuk jenis apa. Lantakla kan. Yg penting dia tetap nyamuk. Saya cuci kolah tu sambil berus-berus. Tak ada lumut pun tapi saya cuci bagi kering. Tolak semua air yg ada (tak banyak pun) keluar. Baru saya rasa lega. Bilik air kat bilik kami kat atas tak ada kolah, sudah dibuang oleh owner rumah ni. Bilik air satu lagi kat atas tu mujur kering sebab jarang guna kecuali if mak abah datang.

Risau saya bila nampak makhluk Allah tu. Bukan apa, Manjung ni boleh kategori black area denggi. Rumah pulak dekat je dengan hospital tu, bila-bila masa orang boleh datang sport check. Bayar denda tu tak ada masalah, tapi kalau penyakit datang nanti macam mana? Demam denggi bukan sebarang penyakit. Bahaya kan. Baik kita mencegah dari merawat. Wallahua'lam.


psss: lipas dan tikus pun saya tak suka, sebab nampak sangat rumah kita ni macam kotor...adeh :(

Kekosongan jawatan juruteknik dan eksekutif di TNB


As salam,

Sesiapa ada adik beradik, saudara mara yg tengah menganggur dan nak cari kerja, boleh suggestkan mereka untuk apply kerja di TNB ikut kelayakan masing-masingla.

Now ada 2 permohonan, untuk mengisi kekosongan jawatan technician dan executive. If berminat, boleh layari https://emadis.tnb.com.my/eMadis/login.aspx?ReturnUrl=%2femadis%2fDefault.aspx atau www.tnb.com.my klik kat bahagian announcement or career.

Tarikh tutup 9 dan 10 Oktober 2011.

Kena apply online, register dulu dan isi those yg berkenaan. Saya dah malas nak apply :P Boleh?

Monday, September 26, 2011

Hadiah kemenangan, sweet dress untuk Husna

As salam,

Alhamdulillah bertemu lagi kita di hari Isnin minggu terakhir Syawal. Tinggal beberapa hari je lagi Syawal nak berlalu, kami dah lama tak beraya sejak seminggu lepas. Open house tak banyak dapat undangan plus minus encik abang saya sibuk dengan kerja-kerja di stesennya.

Ok, ni nak cerita, cik Husna dapat hadiah dress dari kemenangan contest ini. Resultnya di sini. Alhamdulillah rezeki untuk dialah. Dalam gambar yg saya pertaruhkan tu ada abah dan Lukman sekali :) Tp takkanla penganjur nak bagi sampai 2 hadiah untuk 2 orang anak kan :) Tq penganjur sebab pilih kami.


ini gambar yg menang tu :)


Jom layan picture Husna bergaya dengan dress barunya. Agak besar sedikit sebab size 4yr, tp oklah boleh pakai lama kan.



oit :)





rambut dah pendek...






my little princess :)



Alhamdulillah, bertuah juga gambar tu kan. Rezeki kami anak beranak. Moga ada lagi rezeki lain di masa akan datang, insyaAllah.


ps: saya pergi rumah kawan-kawan lambat sikit yer, lepas masak lunch nanti.

Friday, September 23, 2011

Pesan ummi


As salam,

ummi pesan, dia tak ada idea nak karang entry.
ummi kirim salam kat aunty-aunty semua.
ada masa nanti ummi pergi lawat blog aunty-aunty semua ok.
weekend ni abah kerja lagi, commissioning work dah start.
kami tinggal duk rumah je la kut, plan asal nak jalan-jalan hantar pak andak balik jepang terpaksa di cancelkan.
abah kata, lepas musim overhaul ni abah nak cuti lama sikit. nak bawa kami pergi bercuti bersenang lenang.
lukman dengan kakak husna ok je, no problem...tapi kadang-kadang kesian gak tengok ummi lari sana lari sini nak melayan kami 2 beradik.

okla, nanti Lukman tulis lagi k...c ya...happy weekend aunty-aunty semua.
till next~

Wednesday, September 21, 2011

Progress Lukman @ 4mo up to 5mo

Masa Lukman genap 4mo hari tu saya tak update pun pasal progress dia. Raya punya pasal kan, mana sempat nak taip entry :)

Next week Lukman insyaAllah akan cukup 5mo.

  • semakin kemas apabila memegang sesuatu barang, 1 tangan pun boleh :)
  • sudah mula kenal orang, dan menangis bila dia rasa dia tak nak orang lain dukung dia
  • sudah laju meniarap sendiri semasa hari raya ke 3
  • suka guling-guling dan mengengsot ke semua arah, paling suka mengundur ke belakang
  • pandai berdiri sendiri bila kita biarkan dia pegang playgym (tp still kena monitor belakang dia, takut jatuh)
  • tak suka dibaringkan lama-lama, if can dia nak berdiri saja
  • suka layan zikir macam kakak dia
  • masih minum susu ummi (sikit lagi nak dapat diploma breastfeeding)
  • pantang kakak dia gelak, dia pun bantai gelak
  • kalau kakak dia nangis, dia pun join nangis

Itu je kut progres Lukman takat ni. Dalam 4 bulan ini, Alhamdulillah kesihatan Lukman walafiat kecuali ada selsema and batuk sikit before raya hari tu. Demam belum pernah lagi.

Jom layan piccas Lukman yg suka berguling dengan buku kain lembutnya itu :)








Happy reading :)

Wordless Wednesday #11


Lukman terlebih excited :)




thinking...

Husna: nak beli coklat
Lukman: nak beli toys





jom shopping, ummi and abah!




Tuesday, September 20, 2011

Roti sosej bersalut telur

Bila petang, mulalah perut berkeroncong nak minum petang juga :) Tak gitu?
Jom kita pekena roti sosej bersalut telur. Yummy!

Ini penangan neighbour baik sayalah, Kak Ita selang 2 buah rumah dengan rumah saya. Last week dia balas tupperware saya dengan roti sosej yg sedap. Terus saya pun suka makan dan teringin nak buat.

Berjaya juga hasilnya...tp Husna tak berapa suka, dia prefer lagi makan sosej tanpa roti.



jauh-jauh...






dekat-dekat...





Bahan-bahan:

roti
sosej ayam / daging (ikut sukalah)
telur
sedikit tepung gandum dibancuh dengan air
garam
lada sulah

Cara buat:

  1. rebus sosej sampai masak.
  2. roti kita leperkan dengan gelas bagi leper.
  3. balut sosej dengan roti.
  4. gamkan dengan bancuhan tepung gandum.
  5. panaskan minyak zaitun.
  6. telur dipukul dengan sedikit garam dan lada sulah.
  7. celup roti sosej tadi dengan telur dan goreng dengan api sederhana sehingga garing.
  8. siap untuk dihidangkan.


Kawan-kawan pun boleh try buat minum petang di hujung minggu or hidangkan untuk guests yg datang beraya :)

Tersimpan dalam oven

Lamanya saya ambil masa untuk keluarkan dari oven those pictures ni. Hehe bukan apa, saya seringkali terlupa nak edit.

Time ni saya sangat-sangatla letih. Saya 'keluarkan' Lukman tengahari kan jam 12.30pm. Tapi since malam sebelumnya saya tak dapat tidur. Muka memang sememeh la orang kata, dengan oily face nya semua :)

Belum mandi pun yer, hari ke 2 baru saya mandi. Saya betul-betul tak larat. Mata pula tak boleh lelap pasal dah terlalu lama berjaga agaknya. Padahal tilam punyala empuk, bantal pun best tp tak bisa juga. Bangun pun sekadar untuk tukar pad dan nature call.

Jom tengok pictures saya semasa baru melahirkan Lukman dulu :)




Lukman time ni nak susu :)




saya dan encik abang yg ralit menonton tv...


Kenangan semua ni, patut ada juga gambar dalam labour room time sakit and after delivery, tp tersimpan kemas dalam handphone encik abang. Lukman lepas dengar azan terus buka mata :) If ada nanti saya share ok :)




Monday, September 19, 2011

Sepetang di Lumut

Minggu lepas, sehari before my parents balik Johor abah saya ajak jalan-jalan cari ketenangan kat Lumut. Lama juga tak lepak Lumut, tu yg saya terus kata ok. Pusing-pusing saja, tak singgah beli apa-apa.

Berhenti kejap kat jetty, Husna nak tengok laut. Ada dalam 5 minit dia duk perhati air laut tu. Sambil mulut bising cakap "ada kapallah, ummi..."



"ummi, ada buih..."



Lepas tu, kami singgah bawa Husna main kat playground. Suka benar dapat main sebab dah agak lama juga tak bawa Husna main playground. Dia ekzema kan, tak berapa elok untuk kulitnya yg sensitif itu...




dah berani nak main slide...


Tak nak main buaian or jongkang jongkit, nak main slide je...amboi :)




sendiri mahu turun....






berjaya slide sendiri :)




Lukman pula diapit atuk nenek, duduk kat bangku. Tp tak lama lepas tu, atuk bagi Lukman try main buaian. Suka Lukman dapat berbuaian :)



suka Lukman dapat merasai pengalaman menaiki buaian di playground...
ibu saya yg sedang duduk di bangkut itu...


Ok, till next~

Blogger datang beraya ke rumah kami

As salam,

3 hari tidak bersiaran memang bercuti sepuas-puasnya :) Online juga tapi sekadar approve komen, saya malas nak taip entry.

Hari Jumaat hari Malaysia, ada seorang blogger ini sudah pun selamat menjejakkan kaki ke rumah kecil kami. Alhamdulillah, berpeluang juga untuk bertemu dengannya. Dia sudi bertandang pun saya dah rasa happy. Bukan senang nak dapat kawan baru kan.

Blogger itu tak lain dan tak bukan ialah Myra Jay. Penang mai ni :) MJ datang bersama suami dan adiknya. Pukul 2 lebih saya terima sms kata MJ nak mai dalam pukul 4. Tunggu punya tunggu berdebar-debar jugalah, jam 6pm baru MJ sampai. Saya sedia maklum, MJ ke Manjung ni kerana ada urusan. Tp saya takut juga if dia tiba-tiba cancel sebab tu pukul 5 lebih tu saya sms MJ tanya jadi datang ke tidak. Tambah hari hujan pulak tu.


saya, Lukman dan MJ...Husna tak nak join :)


Saya alang-alang menanti kehadiran orang Penang ni masakkanlah mee goreng dan popia segera bersama kuih raya yg masih ada dalam balang. Kami sembang macam orang dah lama kenal, MJ ni peramah orangnya. Saya je yg shy shy cat :) Encik abang pun layan sembang dengan husband MJ. Oh yer, kami sebaya saya dan MJ. Encik abang pun sebaya husband MJ. Sembang punya sembang ada dekat pukul 8pm gakla baru MJ gerak balik ke Penang. Siap solat Maghrib semua kat rumah kami ni.

Rasa tak puas jumpa dan bersembang harap-harapnya ada lagi peluang untuk bertemu di kemudian hari, insyaAllah. Tunggu turn kami pula bila-bila p Penang, yer :) Thanks MJ dan husband sebab sudi datang beraya ke rumah kami.


kami close up :)


psss: Mana-mana blogger lagi yg nak datang beraya, jemputla yer...minggu ni minggu last kita sambut raya :)

Thursday, September 15, 2011

1st time pakai shawl...hasilnya...

Saya tak pernah pakai shawl sehinggalah tiba-tiba saya teringin nak mencubanya beberapa hari yg lalu.
Bila saya pakai, encik abang kata nampak lain dan weird.
Alahai, weird sangat ke bang? Biasanya saya pakai tudung bawal or tudung sarung tu je. Sebabnya pakai shawl ni kan banyak step nak dibuat, saya pula jenis nak cepat...Saya suka labuhkan bahagian dada (memang dituntut dan wajib dalam Islam)

Shawl ni hadiah dari Nia, saya pernah jadi top referrer blog dia. 1st timela saya merasmikannya :)
Apa pendapat anda? Teruk sangat ke rupa saya bila pakai shawl ni? :)



cun ke?:P

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #10


We
love
both
ummi
&
abah

:)



Tuesday, September 13, 2011

Cek nuffnang



Alhamdulillah, rezeki dari nuffnang.
Cek sampai last week, hari ini baru publish.
Tak tahu lagi nak beli apa.

Sibling's day out

As salam,

Hari Selasa baru nak mulakan update entry. Semalam saya agak busy, pergi renew insurance kereta, renew lesen, pos barang, pergi Seng Heng dan macam-macam lagilah. Mujur parents saya ada sini, datang since last Thursday from Johor. Tidakla kalut, Lukman boleh ditinggal kejap-kejap kat rumah.

Ok, ini nak cerita tentang sibling's day out. Last week punya cerita ni. Sempena celebrate birthday adik ipar yg study Jepang tu. Kami keluarla ramai-ramai pergi Tesco. Makan-makan dibelanja oleh Pak Andak Husna. Lepas makan, jalan-jalan kejap dan balik.

Jom layan gambar sajalah.



Lukman with Pak cik...





Lukman with Pak andak...





Husna with Pak andak and Pak cik...





makan-makan time :)





ini bukan IKEA adik-adik...





Pak usu ajak Husna posing,
dia ikut je la...





tak kisah kena buli...ngikut saja :)






big boss sedang hisap jari :)






anak-anak dan pakcik-pakcik...



Itu saja ceritanya, saya nak kena qada' ni pergi jalan-jalan rumah kawan-kawan :)
Have a nice day!

Friday, September 09, 2011

4 dara pingitan

Alhamdulillah, Jumaat ke 2 Syawal kita bertemu lagi.
Masih cerita tentang raya, raya, raya.
Kali ini pasal Husna dan sepupu sepapat.
Macam biasalah kan, rasanya ini tahun ke 2 saya bercerita tentang Husna dan sepupu-sepupunya.

Tahun ini, semua dah besar panjang, eh baru 2-3 tahun umur mereka. Punyalah susah nak gatherkan mereka bersama untuk sessi photoshoot.
If tahun sudah, si kembar belum boleh berjalan...cool je kita susun atur mereka berempat.
Tahun ini semua dah pandai buat hal sendiri. Susah nak pancing mood mereka ni.
Tp, finally dapat juga barang 3-4 keping picture candid untuk kenangan.



aksi tiarap (nak jadi macam Lukman balik ke?) :)





si kembar Hannah & Humyra bersama Husna...
mereka ni sebaya tp Husna paling rendah :)






inilah hasilnya,
ada gegaran sikit...Syifa' paling tinggi...
24hb Sept ni cukup 3 tahun...


Kalau 4 orang budak ni ada sekali balik kampung atok and wan, memang kecoh dibuatnya.
Main-main kejap nanti gaduh. Tengah baik tiba-tiba nanti terjerit sana sini.
Mak-maknya pun tak senang duduk nak buat kerja sebab nak leraikan 'pergaduhan' :)
Kerja-kerja banyak tertangguh, nak kena tunggu semua tidur baru boleh aman :)
Tp meriahla bila semua berkumpul. Tak sabar nak tunggu mereka besar, dah duduk dalam 1 bilik untuk bergossip :P Hehehe... Lukman? erm...takat ni dia la hero toknya :)

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi