Tuesday, November 29, 2011

Lukman dah 7mo

As salam,

Hai semua!
Semalam Lukman dah genap 7bulan usianya di atas muka bumi ini. Alhamdulillah. Dah besar panjang anak ummi :)

baby Lukman



Apa pandainya?
Suka menyembur :) Habis gugur rambut ummi sayang oii..
Satu lagi mulut dah banyak cakapnya, bahasa Jerman. Hik3.
Pantang nampak ummi pakai tudung, dia sibuk nak ikut juga.
Semakin panjang, berat pun may be naik dah.
Maintain susu ummi :)

Saya dah lama tak tempel gambar anak-anak kan. Saya tak transfer pun gambar mereka yg terbaru. Nantila ye, tak menyempat lagi.

Ok, nanti saya update lagi. Till next~

Saturday, November 26, 2011

Tahun baru Hijrah | Azam dan hijrah ke arah kebaikan

As salam,

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk saya meneruskan penulisan blog. Saya agak teruja sebab dah seminggu lebih tak online. Puncanya, modem kat rumah ni ter 'reset' dan ambil masa lama untuk configure semula.

Esok kita akan menyambut tahun baru dalam kalendar Islam. Ada azam baru ke? Or still dengan azam lama? Terpulang pada diri kita kan, nak tutup buku lama boleh, nak maintain buku lama pun boleh as long as tak duduk di takuk lama sudah :) Kenalah ada penghijrahan kan :) InsyaAllah...
Saya percaya setiap orang itu akan dipilih oleh Allah untuk melakukan kebaikan. Hidayah dan taufik semuanya DIA yg tentukan. Kita sebagai hamba Nya wajib taat dan patuh suruhan yg telah diajar oleh Nabi SAW.

Sebagai isteri, saya mesti berubah menjadi isteri yg lebih baik dan taat suami.
Sebagai ibu, saya mesti menjadi ibu yg penyayang dan mendoakan terbaik untuk anak-anak.
Dah lama saya cuba untuk pakai stokin bila keluar rumah (pengakuan berani mati ni), tp sampai la ni masih tak berjalan dengan sempurna perkara itu. Bukan nak buka aib sendiri, tp mengaku kekhilafan diri. Bak kata Prof Dr, Muhaya, bila nafsu yg jadi driver, iman jadi passenger, akal memandu arah confirm kita sesat. So, biar iman yg jadi driver, nafsu jadi passenger, akal maintain memandu arah ke jalan yg benar.

Semoga kita semua dapat berhijrah ke arah kebaikan. Kurangkan mengeluh, merungut, menyesal, dan mengumpat :) InssyaAllah kita akan sentiasa dalam perhatian dan redha Allah :)

Selamat tahun baru hijrah!

Tuesday, November 15, 2011

Nak stop blogging??

As salam,

Apa khabar semua? Salam Aidiladha (dah seminggu berlalu kan)
Rasa macam dah lama tak menulis kan. Saya agak busy lately. Ke sana ke mari. Ikut en.abang outstation. Banyak pulak peluang dia outstation last month and this month, sampai blog saya tak berupdate :) But actually saya tak kisah pun ikut dia ke sana ke mari, suka je dapat jalan-jalan *wink2* Sementara anak-anak belum ke sekolah, bolehla ikut pergi mana-mana kan :)

Blog kawan-kawan pun tak berjengah. Saya tak sure ada lagi ke orang nak jengah blog saya pasal saya tak jengah blog mereka. Saya rindu nak berbuat demikian tapi masa tak mengizinkan. Sekarang rasa macam malas-malas pun ada nak update blog. Tak tahu apa sebabnya. Mungkin mood nak menulis tu dah merudum. Oh no! Sayang pulak kan kalau tiba-tiba berhenti jadi blogger. Duit dalam nuffnang tu sedang mencanak takkan nak biar macam tu saja kan. Baik hati nuffnang, Tq nuffnang!

Saya rindu nak menulis semula. Saya rindu nak jengah blog kawan-kawan yg tak putus-putus datang menjenguk blog saya ni. Tq very much!


mode: busy


pssss: Husna selsema dan batuk, Lukman pun dijangkiti dari kakaknya. Alhamdulillah tak teruk sakit mereka.

Tuesday, November 01, 2011

Lama menghilang

As salam,

Hampir 2 minggu saya tak muncul-muncul yer :) Ke mana menghilang?
Tapi before tu, saya nak tanya apa khabar kawan-kawan semua? Ada yg merindu kami ke? :)

Ok, pada minggu pertama saya tak berblog...puncanya saya ikut encik abang outstation. Kursus di Bangi, kami stayed Marriot Putrajaya 3 hari. Duk jalan-jalan sekitar Alamanda, and PKNS Bangi sajalah. And sempat juga jalan-jalan Pesta Konvo UPM.

Then, balik Manjung tiba-tiba dapat called from adik lelaki saya no 3. Mengkhabarkan adik lelaki saya no 4 ditahan di wad Hospital Penawar, Pasir Gudang. My ibu and abah kan ada bersama kami, kelam kabut jugalah bila dengar khabar tu. Terus nak balik Johor. Kami pun balikla JohLinkor, dihantar encik abang. Tp encik abang balik esoknya ke Manjung sebab tuntutan kerja. Maka, kami sajalah yg stayed lama kat Johor.
Link
Adik saya demam, plus paru-parunya dijangkiti kuman. Dah lama sangat dia batuk tak baik-baik tu yg kena tu. Seminggu juga dia ditahan wad. Kami di Pasir Gudang 2 malam saja. Then, balik Kluang.

Saya dan anak-anak seminggu lebih duduk Kluang. Lama kan :) Tp best juga. Time tu encik abang memang sangat busy. Tunggu encik abang datang ambil kami baru boleh balik Manjung. Lama saya di Kluang tp tak berpeluang jumpa dengan Ummu Muhammad ke, Kak Izan Ishak ke (tinggal di Batu Pahat). Eh sapa lagi blogger yg duduk area Johor? Ramai kan saya rasa.

Tak apalah, ada rezeki kita jumpa di lain hari ok :) Nanti saya update satu-satu cerita pelbagai selama 2 minggu itu. Banyak sangat rasanya...hehe.

Tahniah untuk Kak Fieza, her newborn baby Firas!
Tahniah untuk Farina, also dapat new baby...baby boy...sepasang dah sama macam saya :)
Tahniah untuk kawan baik saya di Paka dulu, Nurzuliana aka Jo...1st baby dapat baby girl.


comel kan kami? ahakz...

Alhamdulillah...

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi