Thursday, December 29, 2011

Soft Book (Ready Stock)





garanimals abc activity playmat

RM32




where's elmo?
a peek a boo book

RM28




twinkle, twinkle elmo!

RM28



Harga belum include postage yer :)
boleh ke Husna Lil Shop untuk order

atau

email ke

husnalilshop@yahoo.com


Thursday, December 22, 2011

Kuat nangis :)

As salam,

Masih bernafas di bumi Allah. Rindunya saya pada dunia blog ni tak terkata. Tapi saya tak rasa saya dapat beri full commitment nak menaip macam dulu-dulu lagi.


Since Lukman dah besar ni (7 to 8 mo), masa saya sangat suntuk. I mean, dia kalau boleh nak ummi sentiasa depan mata. Saya ke dapur kejap pun dia boleh nangis sampai hantuk-hantuk kepala. Hai anak :) Saya jemur kain pun siap bawak dia letak dalam basikal kakak dia tu. Sekarang memang tak memasak dah, except time weekendla. Encik abang ada, maka tidakla dia haru sangat dibuatnya. Dia baby boy yg kuat menangis :) Sangat manja. Tp tak apalah, nama pun anak kan. Takkan nak dicepuk-cepuk macam pukul bantal :P

Tp dalam kesukaannya menangis sebab tak nampak umminya ini, dia ada juga baiknya. Dengan orang kadang-kadang dia ok. Tak semua dia reject. Lukman now tengah sibuk belajar berdiri. Gigih dia berdiri sambil paut pada badan saya. Sibuk nak duduk atas riba ummila tu :)

Dia tak merangkak, dia mengengsot. Tp punggung angkat memang sangat tinggi gaya macam orang nak berlari lagaknya :) Dia nak skip step merangkak tu, dia nak terus duduk dan berdiri. Tak kisahla Lukman as long as kamu sihat :)

Okla, saya tak tahu nak melalut apa lagi. C ya later :)




Sunday, December 18, 2011

Lamaze musical inch worm


AVAILABLE!!
RM23 only
(add RM6 postage fee)

Press the head to hear the sound
Length 60cm
0+ until toddler
soft and safe toy for your baby =)


Nak beli?

Boleh direct ke link FB Husna Lil Shop (like page dulu)
atau emailkan ke husnalilshop@yahoo.com

Wednesday, December 14, 2011

Bicara Hati versi drama pulak...

As salam,

Saya ni
macam biskut pulak kan. Kadang-kadang on kadang-kadang tidak =)
Ikut
mood jugakla sebenarnya. Saya agak sibuk pun yer, Jumaat minggu lepas pak long saya kembali ke Rahmatullah. Al Fatihah untuk arwah. Sedih juga, arwah merupakan abang tiri ibu saya dan mereka kira rapat juga sewaktu hayatnya masih ada.




Back to title, yer...sesiapa kat sini peminat setia novelis Damya Hanna? masa kerja kat Alaf 21 dulu, saya ada beberapa kali bertemu dengannya. Ala...jumpa pun sebab dia datang office hantar novel terbaru atau ada meeting dengan editor. Ada lah say hai2 kat dia =) So kali ini turn novel Damya Hanna pula adaptasi ke drama. Novel ini sudah berada dalam simpanan saya selama bertahun-tahun jugalah. Dah berpuluh-puluh kali dibaca tanpa jemu =) Siap hafal la orang kata. Hehe. Zahlia dan Tengku Shahran. Wow! (lebih-lebih pulak saya)

macam manalah agaknya ek jalan cerita novel ini bila diadaptasi jadi drama? Saya rasa confirm boleh lawan Nora Elena. Oh ye, novel Gemersik Kalbu pun dah jadi drama bakal tayang kat tv3 tak lama lagi =)

Jo
m layan Bicara Hati! Tak silap saya next week tayangannya di astro prima.

ps - saya rindu watak suria dala
m Suria di Cordoba...
ps - tak sabar tunggu sua
mi balik on this coming weekend, insyaAllah...

Friday, December 09, 2011

Quick update

As salam,

Update simple saja- kami bertiga - saya dan anak-anak balik rumah parents kat Kluang, Johor.
Sehingga encik abang pulang on 17th Dec ini...

Friday, December 02, 2011

Kerja di Europe

as salam,

jumaat pertama di bulan muharram ;)
Alhamdulillah, kita masih berkesempatan menghirup udara Allah pada hari ini kan.

Rabu lepas kami bawa Husna ke Ipoh Specialist. Follow up check up dengan dermatologist. Ini 2nd time kami pergi. Masalah eczema Husna getting worse, langsung tak ada improvement. Kami dapat cream lain kali ini yg sedikit oily. Hopefully getting better lepas ni. Kesian tengok dia menggaru setiap masa dan malam.

Saya dapat response positive dari kawan-kawan di FB. Semuanya beri suggestion dan doakan agar Husna lekas bebas dari eczema. InsyaAllah. Semangat saya kembali kuat apabila semalam member kami di Manjung ni memberikan sebotol air zam-zam (niat saya nak mandikan Husna dengan air zam zam tu) Moga Allah permudahkan urusan kami.

Berbalik pada tajuk, next week encik abang saya bakal terbang untuk outstation ke Europe. :( Dah lama dia tak keluar bekerja jauh-jauh kan dan untuk tempoh yg lama juga dalam 10-12 hari. Saya tak dapat nak ikut, kesian kat anak-anak. Nak bawa anak-anak pula, tengah winter. Takut mereka tak biasa dengan perubahan iklim. (eceh, ummi tu macam biasa sangat kan :P)

So sepanjang waktu ketiadaan encik abang, kami akan berkampung di Kluang. Kawan-kawan di area Kluang, Batu Pahat jemputla ke rumah mak ayah saya :)

Ok, sampai sini saja. InsyaAllah nanti saya update lagi.

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi