Friday, March 30, 2012

Pengalaman Umrah (part 3)

Alhamdulillah, Jumaat hari ini masih diberi kekuatan untuk terus mencoretkan sesuatu di blog ini :)

Mari kita teruskan episod pengalaman umrah saya dan family pada 2-14 Mac yg lalu. Sebenarnya, takla banyak sangat pengalamannya, tp bolehla dijadikan panduan dan ingatan untuk kawan-kawan, mana tahu insyaAllah ada rezeki boleh ke sana juga nanti. Amin.

Secara jujurnya, saya berpeluang menunaikan umrah sebanyak 2 kali sahaja. Diulangi, 2 kali sepanjang berada di Makkah. Bukan 7, 10, berbelas-belas kali macam orang lain. Walaupun cuma 2 kali Alhamdulillah saya dapat melaksanakannya dengan sepenuh hati, ikhlas insyaAllah. (eceh, ikhlas tu Allah je yg tahu kan :))

saya dan anakanda Lukman...


Kenapa 2 kali saja? Sebabnya, masa-masa yg lain saya hanya menemani anak-anak di hotel. Saya beri peluang kepada encik abang melakukannya lebih dari saya. Apa yg saya faham, pahala suami insyaAllah akan dapat kat isteri. Kalau suami anda seorang yg beriman, rajin bersolat, mengaji, bersedekah jariah dan apa juga amalan yg suami anda lakukan ikhlas demi Allah insyaAllah pahalanya akan turun dekat kita si isteri tercinta. Untungkan jadi isteri? Tugas kita jaga anak saja, yg buat amalan si suami. Kita yg penting tak banyak cakap, tak banyak merungut dan tak banyak 'songehannya' :) MasyaAllah...

Bukan senang nak bawa anak-anak turut serta melakukan umrah. Dengan masalah-masalah peribadi mereka (lapar, letih, nak she she, nak poo poo, nak tidur etc), saya tak rasa saya boleh berhenti banyak kali. So, saya dan suami bergilir-gilir ke tanah halal. Tapi banyak masa, saya jaga anak-anakla. Suami yg buat umrah banyak kali. Mak ayah dan mak mertua saya ada, tapi saya prefer mereka buat umrah banyak kali sebab mereka kan dah tua. Peluang untuk mereka jejakkan kaki di Makkah bukannya selalu kan. Biarlah mereka tumpukan ibadat mereka. Time solat fardhu, kami bawa anak-anak ikut ke masjid. (nanti saya share cara saya handle mereka di masjid)

Alhamdulillah 2 kali itu sangat bermakna buat saya. Mengelilingi Kaabah adalah kenangan yg indah untuk diingati selalu. Berdoa di Multazam (pintu Kaabah), sepuas-puasnya saya berdoa dan memohon kepada Allah.

pemandangan di bukit uhud...


Ok, dahlah kan cerita pasal umrah. Kat Makkah dan MAdinah, pihak agensi bawa kami melawat ke tempat-tempat bersejarah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Antaranya, Bukit Uhud (tempat para syuhada' dan makam bapa saudara Nabi SAW, Saidina Hamzah. Melawat masjid-masjid yg biasa orang lain lawati di MAdinah.

di muzium 2 tanah suci...


Di Makkah, kami melawat ladang unta, muzium 2 tanah suci, bukit Tsur, bukit Nur (Gua Hira'), melawat tempat orang melakukan ibadah haji seperti di Mina, Arafah, Muzdalifah dan juga
Jabbal Rahmah.


Kat ladang unta...



Jabbal Rahmah, naik separuh je :)


belakang tu Gua Tsur
tempat Rasulullah SAW bersembunyi dengan Saidina Abu Bakar RA.


till next, insyaAllah


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 comments:

Ummu Muhammad said...

samelah huda kite 2 kali je..pahtu tumbang heheh

Zayyad Suhaimi said...

Salam..share cara handle anak kt masjid..time kasih



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi