Wednesday, April 11, 2012

Gempa petang tadi, kami terasa gegarannya

Allahu Akhbar!

Ucapan itu tak lekang dari bibir saya. Saya kejutkan suami yg turut sama tidur.
"Bang..bang..gempa bumi bang.."
Suami bangun juga, cakap oh!. Then dia sambung tidur balik :)

Time kejadian, kami anak beranak tidur di hall bawah. Memang tidur betul-betul alaskan lantai. Tipu. Ada alas tikar evamatic Husna tapi still atas lantaila kan. Tiba-tiba saya terjaga. Saya rasa gegaran di bawah tempat saya tidur. Oh! Apakah ini mimpi? Bukan mimpi ye. Betul-betul kejadian ni berlaku. Saya tengok kipas bergerak-gerak di siling. Kami pasang air cond kat hall sebab hari panas sungguh petang tadi.

Gegaran yg saya rasakan selama 5 minit. Saya duk tengok jam kat wall. Lamanya gegaran tu. Anak-anak nampak nyenyak tidurnya. Sambil tu memang mulut saya tak lekang beristighfar dan takbir. Suami? Dia tidur je la :) Bangun-bangun pun sebab saya cakap "jomla bang solat Asar, gempa bumi tadi menakutkan..." Saya faham suami letih pagi tadi masuk stesen, tengok orang bekerja. Tengah musim outage ni.

ps : jom kita berdoa kepada Allah moga tiada perkara buruk berlaku kepada semua saudara mara kita di mana jua mereka berada.

ps 2: suami saya postpone pergi Pakistan, bulan 9 insyaAllah...Alhamdulillah.


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 comments:

nieda said...

semoga allah melindungi kita semua..amin

VEE said...

Salam kenal..feel free to visit me back @ cerita-cinta-mommy.blogspot.com

~ana~ said...

alhamdulillah huda n family x apa2...ana x rs pun td gegaran tu..moga kita semua sentiasa berada dlm lindungan allah swt...

eB ezrin said...

aminnnnnnnnnnnn

Zefa NorAsmara said...

Kami tak rasa gegaran tu.. sbb masa kejadian kami dlm kereta yg bergerak..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

so far maera tak penah rase kat kuantan nie. cuma masa kerja kt kl dulu, pernah rase gegaran, library tingkat 5 bergoyang2. mase tu jam 6 and lastly everyone diarahkan pulang. terus mcm fobia nak keje situ. huhu~



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi