Tuesday, June 26, 2012

Kisah potty training Husna

Assalamualaikum :)

Selamat pagi! Hari ni nak coret pasal anak dara saya tu la, kakak Lukman. Hari tu ada terbaca kisah perjalanan potty training SN kat blog kak yatie chomeyl. Hari ini saya tergerak nak tulis kisah potty training Husna.

Ok, dah banyak saya google pasal potty training ni. Tak ada specific umur yg sesuai untuk ajar anak potty training. Ada yg dah hantar anak ke playschool untungla sebab cikgu-cikgu mereka akan train awal sebelum anak menginjak usia 2 tahun. Macam kes Husna ni, dia tak pernah lagi pergi school. So, dia memang agak lambat sikit menjalani proses potty training. Tapi Alhamdulillah, usaha tangga kejayaan. 

Plan asal saya nak training dia before Lukman lahir. Sudahnya sampai dia 3 tahun baru saya mulakan :) Mujur Lukman pakai cd kat rumah, tak la rasa mahal benar nak beli diapers banyak-banyak every months :)

Kisahnya bermula 3 minggu lepas. Saya cakap kat Husna, tak payah pakai diaper sebab Husna dah besar, dah pandai cakap, bila nak buang ajak ummi pergi toilet. Tahu dia jawab apa? "tak pakai pampers malu la ummi..." adeh, ni dah salah konsep anak oi..pakai pampers la yg malu sebab dah besar orang tak pakai pampers. Tahu apa lagi jawapannya? "ummi pakai pampers kan?" ????????? jenuh nak ajar si anak yg memang petah bercakap. Garu kepala saya dibuatnya. Pernah juga dia kata kat cousin dia kembar Hannah dan Humairah, "eee..malu tak pakai pampers..." (kembar tu pun sedang dalam proses potty training)

Ok, first time dia tak dipakaikan diaper...dia menjerit kuat-kuat, dia menangis teresak-esak. Tapi saya peluk dia, cakap kakak boleh buat punya. Lima minit lepas tu dia diam, dia main dengan Lukman. So, 1st and 2 days tu kan dia ada juga terbabas. Pantang kena marah, mesti terbabas. Adik dia marah dia sebab berebut Ipad pun dia menangis dan terbabas. Ok, saya maafkan saja. Sebab nak latih anak ke tandas ni memang menuntut kesabaran yg tinggi, tak perlu nak marah-marah dia kalau terbabas (peringatan untuk diri saya sendiri). Psikologi penting. Saya cakap, kalau kencing atas tikar nanti ummi marah, ummi cubit bontot. Dia ingat ok apa saya cakap tu.

So, bila time dia rasa nak buang tu...cepat-cepat dia cakap..."ummi, nak kencing dalam bilik air, cepat-cepat...kalau tak nanti ummi marah, ummi cubit bontot..." adeh, boleh dia copy paste apa saya cakap tu. Husna, Husna...kamu ni memang buat ummi geram :) Alhamdulillah proses nak potty training kan Husna ni memang mudah. Pernah sekali dua je la saya marahkan dan cubit dia sebab dia terlupa nak cakap pergi toilet. Lepas tu tak ada dah. Dia pun dah biasakan diri untuk tahan bila keluar rumah sekejap-sekejap macam pergi kedai ke kan. Jalan jauh saya tak biasakan lagi, so stand by je diaper. Tidur malam pun masih lagi failed :) Tak apa, slowly yer Husna. Husna bukanlah 100% free diapers...bila tidur malam saja dia belum biasa. So, 3 minggu ni dia dah berjaya untuk ke toilet bila waktu siang hingga before tidur.

Oh ye, buang air besar pun dia pandai nak pergi toilet. Tapi tu la, tiap kali nak pergi toilet dia akan cakap, "ummi jangan tengok ye. Nanti kakak dah sudah kakak panggil ummi." Hehehehe. Pandai malu Husna ni. Setakat ni, Husna dah ada 6 helai training pants, comel-comel pulak saya tengok tu yg rajin beli untuk dia sebagai menggalakkan dia rajin ke toilet.

Antara tips yg boleh kita apply bila nak latih anak ke tandas:

  • jangan marah anak bila terbabas
  • biasakan tanya anak setiap 5-10 minit, nak pergi toilet tak?
  • pakaikan underwear instead of diaper...lama-lama nanti dia tak minta diaper dah
  • selepas dia minum susu atau air, between 5-15 minit ajak dia ke toilet
  • sila gunakan bahasa yg mudah supaya anak faham kenapa dia perlu ke toilet
  • jangan paksa jika anak belum bersedia
  • beri ucapan tahniah atau kata-kata manis setelah dia buang air di dalam toilet
  • boleh beri dia ganjaran sebagai perangsang untuk dia pandai sendiri nak ke toilet
Anda pula macam mana? Mesti ada kisah yg lucu dan geram bila nak latih anak ke tandas kan. Jomla share sama :)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

16 comments:

yatie chomeyl said...

lagi satu cakap kat Husna, "baby je pakai pampers..kakak dh besar xleh pakai dah" hehehee

Ardini Humaira said...

hehe yang dah setahun dua tak pakai pun kadang terbabas apatah lgi yang baru nk blaja... sabo2 :D

Myra Jay said...

Hehehee, pandai Husna ye :)

Baguslah, maksudnya dia paham apa Umi dia cakap, kalau tak kena cubit bontot..heheee

*azni* said...

azni lum ajar izzul lg,secara serius la..aritu ms dia naik eczema kt punggung pastu klu pakai diapers lg teruk jd azni xpakaikn diapers pastu ckp dgn dia klu nk kencing msk bilik air tp sudahnye terbabas..huhu..

pastu ada sekali dia kata nk yak,azni bukak la diapers pstu bwk dia msk blk air suh dia yak kat toilet..tp tak terkeluar..bila pakaikan dipers blk br dia buang air bsr..selesa dgn diapers nmpknye..

ieda said...

bagusnyaa husna
dia dah pandai bercakap macam tuu lah
mudah juga kerja kita kan ;)

aanie said...

byk cabaran kan?
igt dah nak ajar adam...br 2 tahun ni...xtau la camne nak ajar...sb dia dah poo poo baru cakap...adeih....

~ana~ said...

bnyk sungguh cabaran..nak nak pulak dpt anak yg dah reti bercakap, mulut pot pet je kan..huhuhu..cuti sem nnti nak start pt kan aqil la..skrg ni buat jugak tp on weekend je la..huhuhu

nieda said...

Tahniah husna...cayalah.humaira belum lagi.awal thn hari tu ada train dia, padtu masuk hospital kena rota virus haruslah pkai diapers.lepastu nieda start alah mengandung plak.

Puan ApasH said...

Pandai Husna. Kalau pergi jalan2..tak pakai pampers gak ke?

Si Piyah dah lama juga pandai ke toilet. Tapi bila berjalan mesti pakai pampers sbb takut time dia nk membuang tapi toilet jauh lagi. huhuhu..duduk rumah ok le..

|| NaFiRaa || said...

pandainye husna..
My anis free diaper dengan BS dia.. BS dia yang banyak ajar dia free diaper.. kalo nak harapkan mamanye..hujung minggu jek lah boleh ajar..huhuhu

♥Eyza Qhairy♥ said...

Wahh.. congrats Huda..
Bertuah dapat anak cepat tangkap..
Bestnyer.. rasa x sabar nak train Qhaira..

syariza09 said...

anak akk pula time biasa dia ok, x yah pakai diapers. tapi bila dia nak 'yak', dia akan minta pakaikan diapers. Berkali akk ajar dia yak kat toilet, tp katanya yak x nak kluar...ermmm aiman dh 4 thn. risaunya akk :(

Nia said...

Diha dulu kalau nampak ramai orang masuk toilet kat shopping complex mesti dia tanya, diaorang tak pakai pampers ke mak? haha...

wan nurul hezrina said...

tips yang bagus huda.mmg ngan potty trainee jugak..adalah jugak terlepas2..malamtuh nak tido masih pakai pempes lagi

Huda said...

:)

Huda said...

:) aiman aiman..hehe



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi