Friday, June 22, 2012

Resipi Kek Marble Gebu

Susulan dari entry Kek For Husna, so saya share resipi ni untuk kawan-kawan yg nak mencuba, boleh try time weekend or petang-petang tu untuk hi tea :)




Resipi ini saya ceduk dari blog Dapur Tanpa Sempadan oleh Cik Mat Gebu. Credit untuk beliau. Sharing is caring right? :)

Kek marble gebu

300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder* (*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air* (*disatukan) - saya tak letak gliserin kek still sedap :)
1 1/2 camca teh coklat emulco*
1 camca teh strawberry emulco* (*atau ikut kesukaan anda nak warna apa)
1 /2 camca teh rose essence atau vanilla essence

CARA MEMBUATNYA:

1.Lenser loyang berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar loyang dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
2.Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
3.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima-lima biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu.
4.Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian untuk dicampurkan dengan warna pilihan, 1 bahagian tu biarkan plain untuk mix dengan rose essence. Tuang adunan secara berselang seli dalam loyang tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
6.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven anda. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

NOTE:
Kalau tak ada gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream.
Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

10 comments:

Cik CT said...

Dah lama tak baking nih...sbb takde org nk mkn..akak pun kecik ati..takyah buat lg senang.

::NureeN:: said...

nureen suka guna bluekey ja sbb x yah tarok baking powder hehhe..
apa2 janji sedap kan

eB said...

wahhh nmpk sgt2 sedap. hantar la sini skit :)

~ana~ said...

salam huda, banyak nya tertinggal entry2 huda..huda dah start aktif berblogging balik erk..tahniah..moga terus maju bisnes huda..:)

ieda said...

TQ resepi dik
akk dah lama x buat kek
sbb x minat , sesekali cuba sokmo x jadi huhuhu

Myra Jay said...

Boleh la bila2 nak try buat.. (Kalau ada kesempatan)..hehee

TQ syer resepi ni :D

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Huda.Apa kabar?Lama k.atie xsinggah kat sini.
Nampak sedap kek tu..k.atie pon dah lama xmembaking :D

Fieza79 said...

best nya tgk konfem sedapp..pntang tgk kek terus rsa lapar nk mkn kek..huu..aduhh nk try ntah bila..liat amat skrg nk asap kan dapor..hahaa

Aju Mohit said...

sedapnya huda, boleh try ni, tapi bilakah? hehehe tau2 jela akak ko ni malas hehehehe

Izan Ishak said...

boleh cuba ni...resepi pun mudah aje kan. kak izan betul2 dah lama tak baking2 ni huda...



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi