Monday, June 18, 2012

Ribena blackcurrantblueberry sedap!!!


Assalam,

Hari ini ada semangat nak update blog yg terbiar ni =)
Mesti ada yg merindui kan? Hehehe. Perasan je tu.

Petang semalam, suami ajak saya jalan-jalan petang. Nama pun Sunday kan, bawa la anak-anak berjalan. Tapi tengah musim berjerebu ni, tak banyak sangat tempat boleh pergi. Nak ke pasar malam dekat Giant tu udara tak best. Tapi orang punyalah ramai. Kami tak pergi pun, parking kat Giant maka masuk dalam Giant la kan.

Biasa weekend kalau kat mall kan, macam ada produk promo. So, jalan-jalan tu nampak orang promo Ribena. Mai secawanla apa lagi =) Minum punya minum, Husna pun nak. Ok, ambil untuk dia sekali. Lepas tu kami pun berjalanla cari abahnya tengah tolak trolley with Lukman. Then, boleh pulak si Husna ni cakap nak lagi air tu...siap nak start teriak lagi. Ok Ok, ummi bawak pergi gerai amoi ribena tu. Sukalah dia dapat lagi secawan. Saya ambil juga secawan untuk Lukman. Sambil tu saya tanya amoi tu (nak cover malu la kan) yg dalam container tu u buat yg perisa mana? So amoi tu said, yg terbaru. Ribena with blackcurrant and blueberry. Memang sedap, serius saya cakap. Tak masam macam biasa.


So, apa lagi. Saya rembat sebotol yg sederhana besar. Harga RM13.99.
Malam tadi duk bancuh banyak-banyak isi dalam tupperware and simpan dalam fridge. Husna and Lukman memang sukakan rasanya. Pagi tadi breakfast roti kaya dan ribena (klass anak-anak zaman ni kan :))

Siapa belum try, tryla weh. Memang sedaaaappp :)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

7 comments:

Izan Ishak said...

blm pernah try lagi yg ni... biasa beli yg biasa2 tu aje. nak cuba beli jugalah nnti.

|| NaFiRaa || said...

boleh try lepas nih..:)

Cinta Misteri said...

Hahaha...ank CiM pun suka tester stall tu, pusing byk2 kali.
CiM slalv letak Ribena ni skit dlm teh-O. Try laaa..

Aju Mohit said...

emm belum pernah try lagik ni huda, blehla try pasni ;)

Kakzakie said...

Kalau shopping hari minggu memang banyak promo boleh ttry-test. Anak-anak memang sukalah dapat ribena baru.:)

Myra Jay said...

Boleh la nak cuba..

Dulu penah minum, tapi selalu tekak rasa perit, tu yang tak minum dah..;)

wan nurul hezrina said...

blueberi?wahhh nak try jugalah



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi