Wednesday, July 25, 2012

Pengalaman cabut gigi geraham bongsu

Ini memang pengalaman yg sukar nak dijelaskan dengan kata-kata, lebih teruk kut dari pengalaman bersalinkan 2 orang anak saya tu :)

Saya demam dah 2 malam before saya jumpa dentist. Gigi bongsu tu berdenyut-denyut sakit sampai bengkak pipi dan leher. Saya ke klinik biasa sebab kebetulan tonsil time tu pun bengkak semula. Doc check suhu badan 38.9 celcius. Tonsil bengkak kemerahan. Gigi bongsu tu pulak doc cakap bengkak. Ok, balik tu makan dulu ubat tahan sakit, ubat demam dan antibiotik.

Esok tu dah tak tahan dah. Memang kena refer dentist jugak ni. So, petang Khamis tu saya ke klinik pergigian Noor kat Kluang (kebetulan balik Johor). Pergi doc check dan tengok memang gigi bongsu saya tu dah bengkak dan bernanah. Err...patutla sakitnya sampai demam-demam.

Tapi doc tak terus cabut, dia bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. Doc kata, makan ubat sampai habis. Next time bila gigi bongsu tu sakit lagi baru cabut. Sebab ni kira 1st timela gigi bongsu saya tu sakit (ye ke? entah saya pun tak ingat :))

Malam tu saya asyik terjaga. 1 thing sebab saya memang demam lagi. Pukul 3 am bangun semata-mata nak makan ubat sebab dah tak tahan menggigil kesejukan. Orang demam memang gitu kan. So, esoknya Jumaat suami ajak saya ke klinik gigi tu balik. Suami kata cabut je la...dia kesian tengok saya tak tahan sakit dan demam yg tak kebah-kebah masuk hari ke 3.

Sampai klinik, register dan tunggu turn. Bila nama saya dipanggil, saya ajak sekali suami dan Husna masuk. Lukman tak ikut time tu dijaga oleh ibu saya. Doc pun cucuk ubat bius, tak silap saya 2 jarum kut doc cucuk. Lepas tu doc suruh kumur. Tak lama tu mula rasa kebas area gigi yg sakit tu dan juga half lidah. Husna paling kecoh, siap cakap kat abah dia.."sian ummi kan bah.." :)

Ok, time doc nak cabut gigi saya tu kan...jenuh jugala agaknya. Doc baca basmallah, baca doa. 2 kali try tak jalan. Husna mencelah,"abah...ummi tak sakit ke?"...Tergelak doc dan saya. Suami pun gelak sama. Doc kata, "ummi tak sakit, ummi kuat..."

Untuk cubaan ketiga, doa cabut sambil ucap Allahuakhbar! Dahsyat doc ni kan...hehehe...dan hasilnya gigi saya selamat dicabut. Saya tak sempat pun tengok rupa gigi saya tu. Terus doc tampal dengan kapas. Then, ambil ubat kat luar. Mulut saya yg kebas tu sampai ke malam pun tak habis lagi.

Now, dah puasa hari ke 5, tempat cabut gigi tu dah ok, tapi tempat doc cucuk ubat bius tu still sakit. Tambah pulak ada ulser kat lidah. Memang makan tak boleh nak beriya. Saya top up dengan air je. Perut terpaksa tahan lapar sebab asal makan je kena makan slow2. Ya Allah! Dugaan apa lagi yg akan Kau berikan? Moga saya tabah hadapi kesakitan ini. Moga Kau ampunkan dosa-dosa hamba Mu ini. Amin.


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 comments:

Ardini Humaira said...

moga cepat hilang rasa sakit tu, amin..
:)

|| NaFiRaa || said...

aduhaiii.. gigi paling last keluar tapi paling awal kena cabut.. huhuhu..

moga huda cepat sembuh yer..

ShimaSalleh said...

Dah cabut!
Lepas cabut Huda tak demam tu kira kuat la jugk.. shima ni sethn sekali mesti bengkak pipinya. Gigi bongsu x rosak tp senget sikit. Suh cabut dentist kata xde pape yg ganggu hohoho... Minum air byk2 ye Huda. Take care

nieda said...

ngerinya dengar sakit gigi mcm tu.. Tulah sampai pernah dgr orang kata sakit gigi ni adalah penyakit ketiga plg sakit. First sakit ketika malaikat nak cabut nyawa, kedua sakit bersalin, ketiga, sakit gigi. Walahualam... Gigi bongsu ni ramai yang kata banyak masalah. Alhamdulillah, dah ok kan.. Harap2 ulser pun bertambah baik.



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi