Saturday, July 14, 2012

Pureen Clearance Sale

Assalamualaikum,

Wah, saya rasa minggu ni mesti ramai ambil peluang pergi shopping baju raya kan sebab next week dah puasa. Saya jenis tak berapa gemar nak shopping time puasa, letih dan tak larat. Tambah pula, puasa tu menuntut kesabaran yg tinggi. Kadang-kadang boleh hilang sabar tengok sale sana sale sini :) Sabar menahan nafsu ye :)

Saya tengok picture kat wall FB Pureen. Mak aih, ramai sungguh orang shopping ye. Kalau dekat, mungkin saya pun akan terjebak sama. Malas la nak ke sana semata-mata clearance sale sebab tol dengan minyak je nak kena cover banyak serupa saya beli kat sini :) Pagi-pagi orang dah beratur depan gate kilang Pureen tu. Hehe.

image from FB Pureen


Tapi bila warehouse sale ni memang harga semua murah gile-gile la kan. Sesekali kalau terasa nak pergi boleh juga, yg penting jangan duk belek-belek dulu. Mana berkenan, masuk bakul first..then before nak bayar baru kita pilih. Sebab kalau kita duk belek-belek tak sempat nak tengok semua. So, masa itu penting. Nampak yg berkenan, masuk bakul cepat-cepat.

Semalam baca blog brother Eyriqazz...katanya penuh manusia kat SOGO. Hehe. Semua orang tengah panik nak beli baju rayala kan :)

Saya dan family, persiapan dah sedia dari awal cuma baju melayu suami je belum ready. Tak sure la dia nak beli ke tak. If nak, saya belikanla. If tak nak, dia pakai baju melayu masa nikah dulu. Sebab tahun ni, saya dah decide nak pakai gold sedondon. Baju saya dan Husna sedondon. Lukman pun dah beli baju melayunya.

ps: Tak sabar nak tunggu Ramadhan datang. Rindu nak terawikh, nak try bawa Lukman this year. insyaAllah.



KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

3 comments:

Cik CT said...

Kakak tak minat shopping dlm sesak2 gitu..lemas...raya sentiasa ala kadar ke..sok dh bln pose br cari baju ready made saje..:) tak penah susah2 nk tempah..sempoi je..agak2 malas pakai ja baju last year..hehehe..:)

~ana~ said...

ana pun x buat apa2 lg persiapan raya..tunggu green light dr en suami je la...

MrS. F!zA said...

Persiapan raya dh 90% siap sebelum deliver haitu..Ni smbg lps pntg Plk..hihi



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi