Wednesday, August 08, 2012

Cuti Nuzul Quran, kami jalan-jalan

Assalamualaikum kawan-kawan semua,

Puasa tak? Hehe. Sedih tak Ramadhan hampir berlalu pergi? Saya cakap benar ni, terasa juga sedihnya sebab Ramadhan setahun sekali time nila kita nak buat amalan yg mana pahalanya berkali lipat ganda. Bulan lain tak ada ye. Juga bulan di mana kita bakal dapat lailatul Qadar, insyaAllah.

Ok, back to the topic kan. Sabtu hari tu kami sekeluarga ke Sg.Buloh rumah sil. Plan kami nak jalan-jalan la konon sambil shopping sikit-sikit untuk anak-anak. Sabtu petang sampai Sg. Buloh berbuka dengan meriahnya sebab kak long and family pun ada sama, Jumaat malam dah sampai dulu. Biras saya, abang Hairi nak register sambung study kat Uitm Shah Alam hari Sabtu tu. Tambah pulak, before berbuka tu, Mak uteh budak-budak ni aka sil saya seorang lagi yg duduk Kajang pun turun Sg.Buloh. So, memang meriahla kan kami adik beradik ipar duai dengan keletah 5 orang budak.

Hari Ahad, pagi lepas Subuh kami duk discuss nak ke mana. So, decided pergi Jusco terdekat je iaitu Jusco Rawang sebab malas nak bersesak-sesak orang ramai kat Sogo atau mana-manalah shopping mall. Kat Jusco ok la, tidakla hiruk pikuk sampai hilang anak. Saya rembat kasut untuk anak-anak. Saya pun dapat juga sandal sepasang. Suami tak beli apa-apa. Saya suruh pilih kemeja and tshirt dia kata, lain kalilah sebab warna yg berkenan tak jumpa or kalau jumpa pun dia rasa harga tak reasonable (senior engineer pun pandai save budget :)) So, baju suami nanti-nantilah kami pergi cari mungkin kat Manjung ni je atau masa balik Kluang nanti (tahun ni turn rumah saya dulu balik raya :))

Ipar duai saya pun shopping juga, masing-masing dengan hasil rembatan masing-masingla kan. Oh ye, suami sempat belikan sandals untuk PIL. Pil tak ikut pergi KL sebab ada komitmen kat kampung.

Hari Isnin, ok masih belum serik lagi ye. Kami ke Jalan TAR pulak. Parking kat Maju Junction RM2.50 per hour. Jalan punya jalan, dengan jammed nya kan. Saya ikutkan memang tak sanggup, tak ada kepuasan pun jalan dengan anak-anak lagi. Mujur anak-anak saya tak meragam, saya bekalkan roti, biskut and air. Dapat beli apa je? Dapatlah beli samping baby Lukman dan tudung saya sehelai. Itu je ok. Orang ramai sangat berpusu-pusu saya pun tak larat nak harung. 2 jam kat situ lepas tu hujan. Kami berlari ke Sogo. Masuk Sogo manusia punyalah macam ulat, sebab semua duk shopping :) Saya tak beli apa pun kat Sogo. Saya dah prepare baju anak-anak awal-awal. Datang KL pun sebab saja nak jalan-jalan.

Lepas hujan berhenti, kami pun gerak balik Sg.Buloh.

Selasa balik Manjung, hari ini baru larat nak tulis blog :) Ok,jom blogwalking jom!

ps: kawan-kawan sanggup ke sesak-sesak semata-mata nak cari baju tudung kat Jln Tar tu?


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

8 comments:

Ardini Humaira said...

kat sarawak tade cuti Nuzul AL-Quran.. sobsss

*azni* said...

thn ni azni tak ke sogo sbb tak sggp nak bersesak2..mmg plan nak g tp sbb blk kg minggu lps dah setel beli semua brg2 ry..tggl kasut izzul je lum beli lg..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

wah beshnye dh selesai shopping..

eija jarang g Jalan TAR sbnrnya,
Soga ye mmg setiap thn g cari baju anak2 kat sana.

tp thn ni last minute shopping..baru dpt kasut jerk utk anak2..utk kami blom ada lg..huhu

Myra Jay said...

Myra time shoping bersesak takpe, tapi sesak dengan jem tu yang tak sanggup..
Sebabnya tak dapt nak cari @ beli barang ;)

~ana~ said...

huda, kita ni, hari2 cuti kan..tp cuti pun masih penuh dgn agenda. kemas umah, mop lantai, masak...heheheh...

ana x cari pun lg tudung. ingat nak beli kat aidijuma tu je...x sanggup la nak bersesak kat jln tar. time bujang boleh la..ni dah dgn anak2 lg nih..x sanggup la..

eB said...

nak ry mmg x snggup la nk msk sogo. leh pitam. hu3

Izan Ishak said...

cuti nuzul quran hari tu cuma anak2 kat pasti je yg cuti huda.

hmmm... kalau citer pasal sogo n jln tar ni mmg takdelah nak pegi time2 nak raya ni. ingat lagi masa single mingle dulu... sanggup juga turun sesak2 kat sana semata2 nak cari baju/tudung. skrg ni... dgn hero2 kecik ni mmg takdelah nak pegi sana...

nieda said...

Nida mmg x sanggup nk bersesak..since dh kawin ni mmg jarang sgt2 p jln tar..husband langsung xnk pegi sana.



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi