Wednesday, August 15, 2012

Iftar di hotel vs iftar di rumah

Assalamualaikum dan hi semuanya,

Masih larat nak blogwalking hari ni? Ke mood dah ke kampung halaman? :)
Ok, hari ini saya nak cerita baik dan buruknya bila kita iftar di hotel @ di luar berbanding kita iftar di rumah (tak kisahlah masak sendiri or beli di param)

Iftar di hotel:

  • makan tak ingat dunia, serius nampak abc ambil abc, nampak kambing golek ambil kambing golek, nampak char kuey tiaw nak kuey tiaw. Belum masuk nasi dan lauk lagi, kuih muih, air yg bermacam-macam jenis, dessert dan sebagainya.
  • kurang kebebasan untuk diri dan anak-anak (jika bawa anak-anak bersama). Masa makan, sibuk nak tengok anak, nak suap anak dan terpaksa bergilir-gilir dengan suami untuk makan (sayalah tu :))
  • solat Maghrib confirm lambat dari biasa. Saya perhatikan jam dah pukul 8 suku pun masih ada yg duduk makan dan sembang dengan rakan. Ini yg buat saya dan suami kalau boleh nak elakkan berbuka di luar terutamanya di hotel. Sibuk makan, sampai lupa nak sujud pada pemberi rezeki iaitu Allah Taala. 

Berbanding iftar di rumah sendiri:

  • makan seadanya, apa yg kita masak atau beli itulah yg kita makan. Nasi makan sikit je, minum yg terlebih.
  • sangat bebas, sambil makan...anak-anak main sendiri atau layan zikir di astro oasis. Biasanya saya dah suap anak-anak makan before kami berbuka.
  • solat Maghrib insyaAllah lebih awal, iftar pun dalam 10-15 minit. Boleh mengaji lagi lepas solat Maghrib.

Anda setuju dengan entry saya ni? Siapa setuju sila angkat tangan. Hehehe. Sesiapa yg tak setuju, sila abaikan ye :)

Sepanjang Ramadhan ni, kami berpeluang iftar di hotel sekali walaupun suami banyak dapat kupon free untuk berbuka di hotel, sudahnya kami simpan je kupon tu dalam beg buat kenangan :) Syok lagi rasanya iftar di rumah.



KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

7 comments:

*azni* said...

azni thn ni tak sempat berbuka kt hotel pun sbb hubby bz..nak jmpe hubby sndiri pon ala2 kena buat appoinment huh..tp lg best iftar kat rumah je sbb point2 yg huda nyatakan tu la..anak2 lebih bebas klu kat umah..

::NureeN:: said...

stuju....
tp kami skali skala nak gak merasa berbuka diluar kan heheh..
thn ni skali ja berbuka dihotel masa 5th ramadhan, pastu kat shopping mall nak msk 2 kali :)

wan nurul hezrina said...

btul lg suka kt umah..minum dah terlebih ek..hehe samalh kita huda

huda=)peluk cium kat husna n lukman kay..nurul pun ucap selamat hari raya n maaf sepanjang kenal ada tersalah bahasa kay..

arinie last day kerja esok alik kelantan,kpung hubby.makan jemlah jawabnya..

k ,salam lebaran buat huda sekeluarga.maaf zahir batin

Ummu Ilham said...

Saya pun lg suka berbuka dirumah.
Tak membazir dan lepas makan boleh terus solat dan mengaji..
Lepas tu boleh rehat2..
Tak ler sangkut dalam jam nak balik rumah..
Penat..:)

|| NaFiRaa || said...

setuju sangat2!!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila makan hotel sekali je tau
itu pun terpisah dari hsbd sbb bos suruh g hotel lain

Myra Jay said...

Ye setuju..

kekadang makan kat Hotel ni lebih kepada pembaziran, dah le bayaq mahal kan ;)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi