Tuesday, August 14, 2012

Tertunai sudah zakat fitrah

Alhamdulillah, petang semalam suami ajak keluar cari kuih. Saya ikut je la, dah settle masak memasak, bolehlah nak kelaur kejap. Menu iftar petang semalam, bihun singapore, ayam goreng kunyit dan ikan kembung masak kicap.

Keluar singgah gerai tepi jalan je, tak pergi param (this year memang kami tak ke param) Dapat beli kuih fav Husna, kuih apam coklat. Suami cari popiah tapi tak ada, dah sold out kut sebab masa kami keluar tu dah jam 6.30. Sudahnya, singgah kedai runcit beli tauge sikit. Malam tadi saya gulung popia sayur-sayuran mix dengan carrot dan sengkuang. Suka suami dapat makan popia :)

Sebelum balik jalan-jalan cari kuih tu, suami singgah petronas nak isi minyak. Ternampak pula ada amil sedang duduk di meja depan petronas. So, suami ambil peluang terus tunaikan zakat fitrah kami di situ. Amil kat stesen tempat suami kerja minggu ni dah tak datang pulak. Alang-alang ada amil kat petronas, bayar situ je la kan. Alhamdulillah, settle sudah zakat fitrah untuk kami berempat. Nilainya RM28 sahaja. Suami before keluar kereta nak bayar zakat tu boleh konon-konon praktik nak salam amil sambil cakap "aku terima nikahnya..eh, salah ek? " Sabar je la... :P

source dari google

Kawan-kawan pun mesti ramai dah tunaikan zakat fitrah kan. Masih sempat lagi bagi yg belum berkesempatan. La ni, mudah nak jumpa dengan amil bertauliah. Kat Tesco pun kadang-kadang ada. Atau kalau susah-susah sangat, lepas terawikh terus jumpa imam atau siak yg merangkap amil kat masjid.




KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 comments:

*azni* said...

a'ah,skg senang dah klu nak byr zakat..azni taktau hubby dah byr zakat lum,nk kena tny dia..

Salina@IbuAqil said...

alhamdulillah!!
ayah Aqil pun thn ni awal2 dah byr zakat fitrah kami semua..
sekarang senang utk tunaikan tggungjwb yg 1 ni.. ;)

wan nurul hezrina said...

alhamdulillah nurulpun hubby dah bayar..

|| NaFiRaa || said...

betol tuh.. kat bazar ramadan pon ade amil yang boleh kita bayar zakat.. sungguh memudahkan..:)

nieda said...

Mmg mudah skrg,melalui taluan maxis pun blh

~ana~ said...

alhamdulillah, awal2 puasa hari tu, en suami dah bayar kat masjid area ofis dia...skrg ni senang kan, even kat param pun ada amil dtg...



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi