Tuesday, September 11, 2012

Nasi ayam mandy

Kejadian makan-makan ni masa hari raya ke 7 hari tu. Dah lama kami duk usha kedai makan ni, masa bulan puasa dah nampak kedai ni open malam-malam. So, last-last raya baru kami try. Kedai ni (sorry lupa nama kedai :)), berkonsepkan fast food bak kata suami saya macam kedai-kedai kat Europe. Jual nasi ayam / kambing mandy, ayam goreng, chicken chop, lamb chop, lagi saya pun tak ingat menunya. Kalau kat Europe orang-orang Turki banyak bukak kedai konsep gini ada jual kebab dan sebagainya.

So, hari tu kami order chicken chop dan nasi ayam mandy. Air oren dan laici blended. Sedap masakannya. Suami tak order apa-apa tapi sempat order bungkus bawak balik ayam goreng 2 ketul bersama kentang goreng :)

Oh ye, saya suka deco kedai tu simple saja dan yg penting ada air cond :)

chicken chop yg sedap, Husna punya...

asyik dia makan :)

nasi ayam mandy ni saya punya :)

Lukman buat bibir seksi :)

Harga makanannya tidaklah terlalu mahal, reasonable juga macam makan kat kfc. So, sesiapa datang Manjung bolehlah berkunjung ke kedai ni, nanti saya update nama kedai ni ye. (boleh lupa :))



KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 comments:

Izan Ishak said...

tgk pun dah terliur huda... tapi sayang tempatnya jauh sangat...

|| NaFiRaa || said...

comeynye lukman buat bibir cam tuh..hehehe

~ yus ~ said...

first time dengar nasi ayam mandy ni...

mcm izan ckp jauh benor....kalau kat BP boleh kita pegi kan izan....:)

::NureeN:: said...

sedaonya... nak cikit :)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi