Friday, October 12, 2012

Kisah Lukman mula dapat kaki

Assalam,

Selamat pagi kawan-kawan blogger, silent reader dan kawan-kawan sama ada kenal atau tidak :)
Saya dah lama tak blog walking kan, mohon ampun dan maaf sejuta impian, agak busy dengan kerja-kerja rumah. Tak lama lagi kami nak pindah rumah, suami kerja ke Pakistan, saya dan anak-anak tinggal menumpang di rumah mak abah saya di Johor. Barang-barang rumah ni mungkin akan diletakkan di sebuah rumah sewa, rumah kami di Saujana Utama sedang dalam pembinaan dijangka siap awal 2014. So, homeless la jawabnya kami untuk setahun ni :)

Ok, balik pada tajuk cerita. Nak cerita kisah permulaan my hero, Lukman yg baru saja dapat kaki. Lukman mula berjalan dengan lajunya pada usianya setahun 4 bulan. Bagi sesetengah orang menganggap ianya sesuatu yg lambat, tapi saya ok je. As long as, anak saya tu sihat. Dia actually macam takut-takut nak berjalan tu yg kesnya jadi lambat. 1,2,3 step melangkah lepas tu dia turun merangkak balik. Ada hati nak main kejar-kejar dengan kakaknya tapi kejar sambil merangkak :) Saya pun duk mengeluh juga, "bila Lukman nak berjalan ni? ummi tak larat nak dukung adik...kalau dah jalan kan best..."
Lepas tu bila dia dah start jalan, saya pula tak larat nak kejar dia. Hehe. Bersyukur la puan huda :)

Alhamdulillah setahun 4 bulan hari tu dia dah berani untuk mengorak langkah lebih jauh lagi. Now dah laju dah, bulan ni akan genap usianya setahun 6 bulan. Ada 6 bulan lagi perjalanan bf saya dan Lukman, insyaAllah moga Allah permudahkan.

Jom tengok Lukman jalan, gambar latest masa di CH hari tu.








KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

10 comments:

Fieza79 said...

Lukman dh dpt kaki..tkpe lmbt asal boleh je kan huda..

Nafira usof said...

tahniah lukman.. nanti leh main kejar2 dgn kakak husna~

eB said...

eB laks risau Aed msh x bercakap2.. hu3

Myra Jay said...

Dah dapat kaki kemain suka lagi Lokman ye ;)
Boleh la lawan ligan dengan kaka Husna :D

::NureeN:: said...

aunty nk join bolehhh.. hehhehe
x sabo nk tgu emir dpt kaki

yatie chomeyl said...

kenapa x ikut gi pakistan sekali huda?

Huda said...

Kak yatie - tnb x allow bawak family atas faktor keselamatan..3 bln sekali suami balik msia..

Nadiah Sidek said...

yay...clap, clap, clap! akak masa kecil lambat juga boleh berjalan. dalam setahun 2 bulan gitu..penakut..hihi..

~ana~ said...

wah..seronok la lukman yea dah bleh jln...

Izan Ishak said...

it's ok huda... anak2 k.izan pun semuanya setahun lebih baru jalan.

wahhh...kemain laju lukman jalan tu. dah tak toleh kirin kanan ye. main kejar2 dgn dia ajelah pasni.



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi