Saturday, December 01, 2012

Khabar dari kami

Assalamualaikum,

Setelah sebulan blog menyepi seribu bahasa, akhirnya saya menulis lagi pada hari ini :)
Apa khabar kawan-kawan? Masih ada yg sudi menjenguk kami? Atau kami sudah dilupakan? :)

Alkisahnya, kami sudah sebulan menetap di rumah ibu dan abah saya di Johor. Suami dah bekerja di Pakistan untuk tempoh setahun. In shaa Allah 3 bulan sekali suami akan balik ke tanah air bercuti 2 minggu dan renew visa kerja. Ramai yg tanya, kenapa saya dan anak-anak tak ikut sama? Jawapannya, atas faktor keselamatan, pihak majikan suami tidak membenarkan mana-mana staffnya bawa family bersama. Kita sedia maklum, bagaimana situasi di Pakistan sana. Alhamdulillah, suami sihat saja di sana. Duk menunggu streamyx dipasang di rumah ibu abah saya, hampir sebulan lamanya. Baru 2 kali dapat skype dengan suami.

Husna and Lukman so far ok sepanjang ketiadaan abahnya. Tidak banyak masalah, cuma selepas abahnya pergi, Husna tiba-tiba didatangi penyakit kulit. Habis gatal kepalanya ditumbuhi biji-biji air yg berbau. Bila check up dengan doktor, doktor kata Husna kena kudis buta, but yg peliknya kami yg lain tidak pula dijangkiti. Then, ke klinik satu lagi, doktor kedua beritahu bukan kudis buta tetapi masalah alergi, selepas seminggu lebih akhirnya Husna kembali sihat. Alhamdulillah.




KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

5 comments:

Ummu Muhammad said...

husna lukman! iA kejp lgi makcik singgah ambek gap..singgah je ummi sebb nk terus ke kulai n jb ;D

~ana~ said...

alhamdulillah husna dah ok...take care ya huda...

Aju Mohit said...

alahai husna n lukman berjauhan dgn abah ye, syukur ada atuk n nenek, siannya husna gatal n sakit ye huda? jangkitan air kot? moga segera sembuh ye husna

syarifah nur adyani said...

Comelnya baby awk yg kecik tu..anak awk eczema ke...

wan nurul hezrina abd halim said...

alahai cumilnyer budak2 ni..masyaallah=)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi