Saturday, January 28, 2012

HusnaLilShop Giveaway!



HusnaLilShop ada buat simple giveaway.
tarikh tutup
12 Feb 2012

jom la join ramai-ramai :)

tq~

Friday, January 27, 2012

My first telekung


Baru-baru ini saya ada belikan Husna telekung. Size S yg suit untuk dia.
Semalam saya ajak dia pakai. Dia macam nak tak nak. Last2 dia agree juga. Bila dah pakai, tak nak bukak pulak :)

Comel tak? Hehe.

*1 of the preparation untuk Husna sudah siap*

Tuesday, January 17, 2012

Gambar passport Husna & Lukman

Budak berdua ni nak pergi sekolah ke? Siap bergambar passport bagai :)
Hehe.

Gambar ni diambil sebab nak buat passport mereka. Dah siap pun passport mereka awal tahun hari tu. InsyaAllah, bulan 3 ni kami nak ke suatu tempat untuk beramal. Doakan kesejahteraan kami ye sepanjang berada di sana nanti.



Peace untuk semua :)

Friday, January 13, 2012

Lukman batuk, husna demam

As salam,

Selamat hari Jumaat kepada semua rakan blogger :)
Apa khabar kalian? Lama tak bertanya khabar kan.

Semalam kami bawa Lukman ke klinik Yasmin sebab batuk siap ada bunyi lagi. Macam sempit je saluran pernafasannya, Then, doc just advised jangan bagi baby duduk dalam air cond temporary ok la kut. Kami ni dah terbiasa tidur dalam air cond, ada yg resah gelisah kang tak boleh tidur sebab panas.

Malam tadi pula, tiba-tiba Husna terbangun merengek-rengek. Katanya nak kencing...saya dalam ngantuk-ngantuk tu pun cakapla, kencing je la dalam pampers tu. Dia nangis lagi cakap benda sama. Sudahnya saya suruh dia bangun, "pergilah bilik air..." Encik abang bangun sama. Dia rasa dahi Husna panas, badan pun panas. "Dia demam ni..." Haaa? Saya boleh tak perasan anak saya demam. Patutla dia merengek-rengek. Rasa tak selesa. Kesian anak ummi.

Saya bawa dia ke bilik air, basahkan kepalanya sedikit. Encik abang turun bawah ambil paracetamol. Saya tampalkan koolfever. Pagi ni, saya check nampak dah kebah. Alhamdulillah. Demam tiba-tiba anak saya ni. Lukman mujur tak meragam malam tadi, batuk dia dah ok sikit agaknya.




Saya rasa agak sedih juga sebab anak-anak dalam jagaan saya bukannya orang lain yg jaga tp saya tak mampu nak jaga dengan baik. Rasa bersalah sesangat. Anak-anak anugerah Allah, amanah dari Nya tapi saya tak melakukannya dengan baik. Ya Allah! Kau ampunkanlah dosa-dosa hambaMu ini.

Kawan-kawan pernah tak rasa bersalah macam yg saya rasa?

Wednesday, January 11, 2012

Husna Lil Shop berwajah baru!

As salam,

Maafla kawan-kawan, ini cuma entry untuk promote :)
Setelah sekian lama meninggalkan atau membiarkan Husna Lil Shop diam kaku, akhirnya saya kembali aktif berniaga. Hehe.

Now, Husna Lil Shop sudah berwajah baru. Lebih fresh and gojes :)
Jemput semua kawan-kawan shopping di Husna Lil Shop!

Doa-doakanla yer :) Tqvm.

Monday, January 09, 2012

Anuar Ibrahim bebas

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

HMonline


psss: sy tak sokong mana-mana pihak :) cuma ikut perkembangan semasa..

Sunday, January 08, 2012

1 BE je tinggal


Selamat pagi hari Ahad, dah lama tak update blog kan maka BE pun suam-suam kuku je datang menari-nari :)

Tp Alhamdulillah, 1 pun ok dari tak ada langsung. Ini kira BE pertama 2012 la.

tq nuffnang!

Thursday, January 05, 2012

Diskaun di Husna Lil Shop

Berita baik untuk semua!

Jualan awal tahun 2012!!!
Kami di Husna Lil Shop akan memberi diskaun 5% untuk sebarang pembelian di kedai ini. Diskaun berkuatkuasa 3/1/12 sehingga 15/1/12 sahaja!

Jangan lepaskan peluang ini! Jom grab sama-sama :)

atau anda boleh emel untuk membeli
husnalilshop@yahoo.com

TQ~






Tuesday, January 03, 2012

Tahun baru kami

As salam,

Alhamdulillah, masih bernafas di muka bumi Allah SWT.
Selamat tahun baru 2012 Masihi.

Tahun baru kami sekeluarga berada di Bagan Lalang, Sepang. Saja jalan-jalan dan bercuti di sana. Sambil hirup udara laut :) Lukman happy sangat.

Kami stayed kat homestay Taman Seri Bayu dekat sangat dengan pantai Bagan Lalang. Nak duduk chalet atas laut tu tak mampu den paling rendah pun start RM950 ++ :) Chalet-chalet murah semuanya fully booked. Hotel Seri Malaysia pun penuh. Maka, kami pilih duduk homestay saja. Boleh masak sendiri, bilik pun aircond. RM250 semalam. Okla kan.

Malam tahun baru kami duduk dalam rumah, tapi menjelang jam 12 mata tak lelap lagi. So, bila kedengaran bunyi bunga api, kami duk mengintai dari pintu dapur sajalah. Jelas nyata tak payah berembun kat pantai semata-mata nak tunggu bunga api meletup :) Special kat pantai Bagan Lalang. Leceh kan bawa baby and toddler. KEsian kat mereka, malam sejuk dan ramai orang.



Ok tu je la carita sambutan tahun baru kami. Semoga tahun ini memberi banyak manfaat kepada kita semua, insyaAllah. :)

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi