Wednesday, February 22, 2012

Seminggu lagi

As salam kawan-kawan sekelian :)

Ada yg merindui kami? Mesti ada kan. Dah lama tak tepek gambar Husna and Lukman. Apa khabar mereka?

Lukman last week dapat tidur semalam kat wad kanak-kanak sebab high fever sehingga 39 celcius. Alhamdulillah now dah ok. Then, anak-anak saya on off mereka demam. Gilir-gilir. Saya pun kena sekali tempias mereka. Turut demam tapi tidakla teruk, ok lagi. Alhamdulillah. Saya anggap semua ini satu cabaran sebelum kami berangkat ke tanah suci insyaAllah minggu depan. Memang perit untuk dikenang setiap episod itu. Allah Maha Tahu dan Maha Penyayang.

Yer, seperti ramai yg maklum, insyaAllah kami sekeluarga akan pergi menunaikan umrah untuk pertama kalinya dalam kehidupan kami. Moga Allah permudahkan urusan kami. Pemergian kami disertai oleh ibu dan abah saya serta Mil. Abah in law tak dapat ikut atas beberapa sebab. InsyaAllah ada rezeki abah in law next time. Ibu dan abah saya 2nd time nak jejak kaki ke sana, kali ini adik bongsu saya yg menaja sepenuhnya perbelanjaan mereka. Alhamdulillah murah rezeki adik.

Doakan kami selamat pergi dan balik ye. InsyaAllah kami pergi pada 1hb Mac malam. Doakan ibadah umrah kami mabrur.

psss: next entry if saya rajin saya share pengalaman cari agensi, buat passport Husna and Lukman, kena cucuk dan persiapan untuk ke sana.

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi