Friday, March 30, 2012

Pengalaman Umrah (part 3)

Alhamdulillah, Jumaat hari ini masih diberi kekuatan untuk terus mencoretkan sesuatu di blog ini :)

Mari kita teruskan episod pengalaman umrah saya dan family pada 2-14 Mac yg lalu. Sebenarnya, takla banyak sangat pengalamannya, tp bolehla dijadikan panduan dan ingatan untuk kawan-kawan, mana tahu insyaAllah ada rezeki boleh ke sana juga nanti. Amin.

Secara jujurnya, saya berpeluang menunaikan umrah sebanyak 2 kali sahaja. Diulangi, 2 kali sepanjang berada di Makkah. Bukan 7, 10, berbelas-belas kali macam orang lain. Walaupun cuma 2 kali Alhamdulillah saya dapat melaksanakannya dengan sepenuh hati, ikhlas insyaAllah. (eceh, ikhlas tu Allah je yg tahu kan :))

saya dan anakanda Lukman...


Kenapa 2 kali saja? Sebabnya, masa-masa yg lain saya hanya menemani anak-anak di hotel. Saya beri peluang kepada encik abang melakukannya lebih dari saya. Apa yg saya faham, pahala suami insyaAllah akan dapat kat isteri. Kalau suami anda seorang yg beriman, rajin bersolat, mengaji, bersedekah jariah dan apa juga amalan yg suami anda lakukan ikhlas demi Allah insyaAllah pahalanya akan turun dekat kita si isteri tercinta. Untungkan jadi isteri? Tugas kita jaga anak saja, yg buat amalan si suami. Kita yg penting tak banyak cakap, tak banyak merungut dan tak banyak 'songehannya' :) MasyaAllah...

Bukan senang nak bawa anak-anak turut serta melakukan umrah. Dengan masalah-masalah peribadi mereka (lapar, letih, nak she she, nak poo poo, nak tidur etc), saya tak rasa saya boleh berhenti banyak kali. So, saya dan suami bergilir-gilir ke tanah halal. Tapi banyak masa, saya jaga anak-anakla. Suami yg buat umrah banyak kali. Mak ayah dan mak mertua saya ada, tapi saya prefer mereka buat umrah banyak kali sebab mereka kan dah tua. Peluang untuk mereka jejakkan kaki di Makkah bukannya selalu kan. Biarlah mereka tumpukan ibadat mereka. Time solat fardhu, kami bawa anak-anak ikut ke masjid. (nanti saya share cara saya handle mereka di masjid)

Alhamdulillah 2 kali itu sangat bermakna buat saya. Mengelilingi Kaabah adalah kenangan yg indah untuk diingati selalu. Berdoa di Multazam (pintu Kaabah), sepuas-puasnya saya berdoa dan memohon kepada Allah.

pemandangan di bukit uhud...


Ok, dahlah kan cerita pasal umrah. Kat Makkah dan MAdinah, pihak agensi bawa kami melawat ke tempat-tempat bersejarah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Antaranya, Bukit Uhud (tempat para syuhada' dan makam bapa saudara Nabi SAW, Saidina Hamzah. Melawat masjid-masjid yg biasa orang lain lawati di MAdinah.

di muzium 2 tanah suci...


Di Makkah, kami melawat ladang unta, muzium 2 tanah suci, bukit Tsur, bukit Nur (Gua Hira'), melawat tempat orang melakukan ibadah haji seperti di Mina, Arafah, Muzdalifah dan juga
Jabbal Rahmah.


Kat ladang unta...



Jabbal Rahmah, naik separuh je :)


belakang tu Gua Tsur
tempat Rasulullah SAW bersembunyi dengan Saidina Abu Bakar RA.


till next, insyaAllah

Wednesday, March 28, 2012

Pengalaman Umrah (part 2)

As salam,

Alhamdulillah bertemu lagi :)
Maafla ye, saya agak sibuk lately. Lukman hari tu kena tahan wad satu malam sebab doc suruh buat nebulizer 4 times per day. Dia lelah sedikit and hidung and tekak penuh kahak and selsema. Perubahan cuaca mungkin. Alhamdulillah dah sihat. Then, sibuk ikut en.abang saya ke KL pergi buat visa settlekan semua perihal dia kena pergi bertugas ke Pakistan next month insyaAllah :( (ada masa nanti saya cerita)




Husna and Lukman, time lepas Zuhur di depan Kaabah...


Mari saya sambung cerita ini :) Kami bermalam di Madinah selama 2 malam sahaja. Lepas tu kena rush ke Makkah sebab agensi kata ada problem dengan penginapan. So, ikut sajalah. Perjalanan menaiki bas dari Madinah ke Makkah mengambil masa selama 6jam. Kami singgah di Bir Ali untuk miqat dan niat umrah. Kami gerak sebelum Asar, so sampai Makkah lebih kurang jam 10 malam +-. Anak-anak Alhamdulillah tak menimbulkan sebarang masalah, masing-masing bantai tidur je along the way. Lukman kalau haus saya susukan. Husna, problemnya cuma gatal-gatal...menjadi-jadi ekzemanya sebab kat Madinah cuaca sejuk yg amat.

Labbaikallah hum ma labbaik
Labbaika la syari ka la ka la baik
innal hamda wan nikmata
la ka wal mul la syari ka la

Sampai Makkah kami terus chek in hotel. Boleh tahan jarak hotel dengan Masjidil Haram. 300 meter. Banyakkan sabar :) Lepas berehat sebentar, kami berkumpul di lobi dan diberi penerangan oleh mutawir untuk melakukan umrah pertama kami. Lukman tidur je dalam carrier. Kami buat umrah dipandu oleh mutawir. Pertama kali melihat Kaabah, hati saya jadi sayu. Gembira dan excited juga. Banyak saya berdoa bila pertama kali tengok Kaabah. Kami terus dibawa untuk mengerjakan tawaf dan seterusnya saie. Oh ye time kami tawaf orang tak berapa ramai sangat sebab dah pukul 12.30malam. Tak rasa letih pun (tadi dalam bas dah 6 jam). Yer betul, apabila niat kita ikhlas melakukan sesuatu...insyaAllah Allah permudahkan dan kita tak akan rasa apa-apa kecuali niat untuk melakukan ibadat.


Kaabah time after Zuhur...



Saie pun begitu, ok time saie ni memang betul-betul menginsafkan saya. Kenapa? Sebabnya untuk umrah pertama kali ini saya dapat merasai bagaimana Siti Hajar berlari-lari anak mencari air untuk anaknya Ismail. Saya ketika saie, mendukung Lukman di dalam carrier. Tak kisahla saya lambat sikit dari group kami asalkan saya dapat sempurnakannya sehingga habis. Alhamdulillah. Bayangkan eh, Lukman dah 8 kg lebih time tu. Dari Safa ke Marwah boleh tahan sayup-sayup nampak dari jauh :) En.abang pun merasai perkara yg sama seperti saya sebab sometimes Husna minta dukung :) Lepas tu, dapat air zam-zam baru dia nak jalan :) Kami selesai umrah dan bertahallul sekitar jam 3am.



comel tak Lukman pakai jubah..umminya rembat sampai 4 pasang :)


Ok, nanti saya sambung lagi ye :)

Wednesday, March 21, 2012

admit ward satu malam

As salam.


Tentang ww pagi tadi...yup memang betul Lukman yg admit. Lelah, dan kahak penuh dekat saluran tekak. Kami bawa dia ke Ipoh Specialist semalam and doc Adlene advised untuk stay. Boleh buat neb 4x sehari.


Tiap kali kena neb mesti Lukman meraung :) . Siap kena sedut bagi keluar kahak dan selsema.


Alhamdulillah petang tadi dah boleh discharge and now kami dah balik Manjung. Tqvm pada kawan2 yg caring dan doakan Lukman.


Published with Blogger-droid v2.0.2

ww

Siapa yg sakit tu?


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, March 19, 2012

Pengalaman Umrah (part 1)

As salam,

Alhamdulillah last week Rabu kami dah selamat pulang ke tanah air after 12 hari berkampung di Madinah dan Makkah. Suatu perjalanan yg sangat ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga sebab peluang bukan datang selalu kan :)

Alhamdulillah ibadah umrah kami dipermudahkan walaupun saya dan suami perlu bergilir-gilir buat umrah - ke tanah halal then tanah haram. Perlulah bergilir-gilir sebab suami tak larat nak dukung Husna :) So, if suami perform his umrah, saya akan stay hotel saja. Same goes when saya punya turn, suami jaga anak-anak. Ibu abah saya pun ada tolong tengok-tengokkan sama.

Di Madinah, kami sangat seronok dapat ke Masjid Nabawi setiap waktu solat. Orang yg berjemaah punya ramai yg amat. Ok, saya mengaku saya tak larat nak tawaf 1 masjid nabawi tu. Besar yg amat. Dari 1 pintu ke 1 pintu (biasanya ruangan solat untuk muslimah ikut pintu belakang atau tepi) Tak boleh masuk ikut Babussalam. Rugi juga sebab tak berpeluang tengok dekat-dekat makam Rasulullah SAW dan para sahabat. Raudhah jangan cakapla, memang tak boleh masuk sebab orang terlalu ramai. Bukan rezeki kami yg muslimah. Suami dan abah saya banyak juga peluang mereka ziarah makam Rasulullah dan solat di Raudhah.

Ok nanti saya sambung lagi cerita umrah kami. Lukman tak berapa sihat after balik dari umrah. Demam on off. Last night lelah pulak dia and kena neb kat klinik. Take care anda semua :)


saya dan Lukman after Zuhur di Masjidil Haram :)

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi