Thursday, June 28, 2012

Balik kampung

Assalamualaikum,

Eceh, balik kampung pun nak bagi notis :)
InsyaAllah esok saya nak balik Johor bersama Husna dan Lukman. Suami tak dapat join sama sebab komitmen kerja di stesen.

Suami hantar kami sampai Bangi, dan kami ikut adik saya yg kerja kat bank islam. Mujur ada adik yg sama-sama nak balik Johor :) Oh ye, kami balik lama ye mungkin seminggu dua sampai suami datang ambil kami. So bercuti sakanla kiranya kat Johor.

Jom2, siapa nak jumpa dengan saya boleh sms nanti kita dating. Hehe. InsyaAllah. Saya pun busy gak balik kampung ni, lusa majlis kenduri adik lelaki saya. Kenduri sambut menantu, dia dah kahwin hujung bulan april hari tu.

Ok, kalau ada internet line insyaAllah nanti saya bersiaran dari kampung la ye. Malas pakai handphone sebab maxis line. Mahal kang suami kata :)

Wednesday, June 27, 2012

Muffin versi Puan Huda

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua. Jemput sarapan mata dengan muffin saya buat ni. Tapi saya buat last week muffin ni untuk Husna. 

Asyik makan kek je kan, so saya tukar sikit resipi jadi muffin :) Untuk muffin ni pun dia nak kalerful. Dia suruh letak warna purple dengan pink. Tapi saya tukar purple dengan oren :)

Choc rice mesti letak ye, memang dia suka. Hasilnya tak cantik sangat. Comot tapi sedapla kan makan panas-panas. Ada yg terlebih cup, ada yg terkurang. Hehe. Layan je la anak nak makan apa, yg penting dia happy. 


tak cantik kan...tapi sedap :)


comot tengok tu... :)

Tuesday, June 26, 2012

Kisah potty training Husna

Assalamualaikum :)

Selamat pagi! Hari ni nak coret pasal anak dara saya tu la, kakak Lukman. Hari tu ada terbaca kisah perjalanan potty training SN kat blog kak yatie chomeyl. Hari ini saya tergerak nak tulis kisah potty training Husna.

Ok, dah banyak saya google pasal potty training ni. Tak ada specific umur yg sesuai untuk ajar anak potty training. Ada yg dah hantar anak ke playschool untungla sebab cikgu-cikgu mereka akan train awal sebelum anak menginjak usia 2 tahun. Macam kes Husna ni, dia tak pernah lagi pergi school. So, dia memang agak lambat sikit menjalani proses potty training. Tapi Alhamdulillah, usaha tangga kejayaan. 

Plan asal saya nak training dia before Lukman lahir. Sudahnya sampai dia 3 tahun baru saya mulakan :) Mujur Lukman pakai cd kat rumah, tak la rasa mahal benar nak beli diapers banyak-banyak every months :)

Kisahnya bermula 3 minggu lepas. Saya cakap kat Husna, tak payah pakai diaper sebab Husna dah besar, dah pandai cakap, bila nak buang ajak ummi pergi toilet. Tahu dia jawab apa? "tak pakai pampers malu la ummi..." adeh, ni dah salah konsep anak oi..pakai pampers la yg malu sebab dah besar orang tak pakai pampers. Tahu apa lagi jawapannya? "ummi pakai pampers kan?" ????????? jenuh nak ajar si anak yg memang petah bercakap. Garu kepala saya dibuatnya. Pernah juga dia kata kat cousin dia kembar Hannah dan Humairah, "eee..malu tak pakai pampers..." (kembar tu pun sedang dalam proses potty training)

Ok, first time dia tak dipakaikan diaper...dia menjerit kuat-kuat, dia menangis teresak-esak. Tapi saya peluk dia, cakap kakak boleh buat punya. Lima minit lepas tu dia diam, dia main dengan Lukman. So, 1st and 2 days tu kan dia ada juga terbabas. Pantang kena marah, mesti terbabas. Adik dia marah dia sebab berebut Ipad pun dia menangis dan terbabas. Ok, saya maafkan saja. Sebab nak latih anak ke tandas ni memang menuntut kesabaran yg tinggi, tak perlu nak marah-marah dia kalau terbabas (peringatan untuk diri saya sendiri). Psikologi penting. Saya cakap, kalau kencing atas tikar nanti ummi marah, ummi cubit bontot. Dia ingat ok apa saya cakap tu.

So, bila time dia rasa nak buang tu...cepat-cepat dia cakap..."ummi, nak kencing dalam bilik air, cepat-cepat...kalau tak nanti ummi marah, ummi cubit bontot..." adeh, boleh dia copy paste apa saya cakap tu. Husna, Husna...kamu ni memang buat ummi geram :) Alhamdulillah proses nak potty training kan Husna ni memang mudah. Pernah sekali dua je la saya marahkan dan cubit dia sebab dia terlupa nak cakap pergi toilet. Lepas tu tak ada dah. Dia pun dah biasakan diri untuk tahan bila keluar rumah sekejap-sekejap macam pergi kedai ke kan. Jalan jauh saya tak biasakan lagi, so stand by je diaper. Tidur malam pun masih lagi failed :) Tak apa, slowly yer Husna. Husna bukanlah 100% free diapers...bila tidur malam saja dia belum biasa. So, 3 minggu ni dia dah berjaya untuk ke toilet bila waktu siang hingga before tidur.

Oh ye, buang air besar pun dia pandai nak pergi toilet. Tapi tu la, tiap kali nak pergi toilet dia akan cakap, "ummi jangan tengok ye. Nanti kakak dah sudah kakak panggil ummi." Hehehehe. Pandai malu Husna ni. Setakat ni, Husna dah ada 6 helai training pants, comel-comel pulak saya tengok tu yg rajin beli untuk dia sebagai menggalakkan dia rajin ke toilet.

Antara tips yg boleh kita apply bila nak latih anak ke tandas:

  • jangan marah anak bila terbabas
  • biasakan tanya anak setiap 5-10 minit, nak pergi toilet tak?
  • pakaikan underwear instead of diaper...lama-lama nanti dia tak minta diaper dah
  • selepas dia minum susu atau air, between 5-15 minit ajak dia ke toilet
  • sila gunakan bahasa yg mudah supaya anak faham kenapa dia perlu ke toilet
  • jangan paksa jika anak belum bersedia
  • beri ucapan tahniah atau kata-kata manis setelah dia buang air di dalam toilet
  • boleh beri dia ganjaran sebagai perangsang untuk dia pandai sendiri nak ke toilet
Anda pula macam mana? Mesti ada kisah yg lucu dan geram bila nak latih anak ke tandas kan. Jomla share sama :)

Monday, June 25, 2012

Potong rambut Lukman

Assalam.

Malam tadi rambut Lukman dah selamat dipotong kat kedai.

After a year and 2mo, saya dan abahnya decided potongla. Rambut dia actually curly tu yg tak nampak panjang. Hakikatnya panjang, bayangkan Lukman last time bercukur masa tu lepas pantang --- lambat sebab abahnya busy kerja masa dalam pantang.

So now, dah bulat anak ummi. Rasa macam dia baby baru lepas cukur je :) Time kena cut tu dia diam je..cool :) 




before

 


after


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, June 22, 2012

Resipi Kek Marble Gebu

Susulan dari entry Kek For Husna, so saya share resipi ni untuk kawan-kawan yg nak mencuba, boleh try time weekend or petang-petang tu untuk hi tea :)




Resipi ini saya ceduk dari blog Dapur Tanpa Sempadan oleh Cik Mat Gebu. Credit untuk beliau. Sharing is caring right? :)

Kek marble gebu

300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder* (*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air* (*disatukan) - saya tak letak gliserin kek still sedap :)
1 1/2 camca teh coklat emulco*
1 camca teh strawberry emulco* (*atau ikut kesukaan anda nak warna apa)
1 /2 camca teh rose essence atau vanilla essence

CARA MEMBUATNYA:

1.Lenser loyang berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar loyang dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
2.Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
3.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima-lima biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu.
4.Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian untuk dicampurkan dengan warna pilihan, 1 bahagian tu biarkan plain untuk mix dengan rose essence. Tuang adunan secara berselang seli dalam loyang tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
6.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven anda. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

NOTE:
Kalau tak ada gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream.
Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

Thursday, June 21, 2012

1 Syaaban

Alhamdulillah, pejam celik dah berlalu Rejab. Now tiba Syaaban. Next insyaAllah rezeki kita akan bertemu lagi Ramadhan.

Pagi tadi saya terjaga hujan lebat turun menerjah Manjung. Mungkin tempat lain pun alaminya. Jam 5 am. Sayangnya, saya lagi tarik selimut ada...bukan nak bangun tahajjud ke apa :) Time macam ni la kita nak ambil kesempatan bangun sujud kepada Allah kan mohon keampunan, doa kita insyaAllah akan makbul. Anggaplah, saya ini hanya insan biasa yg jarang-jarang solat tahajjud cinta kepada Allah :) Picisan saja. Janganla ikut fiil saya ye.




So, apa lagi Syaaban dah datang. Jom tingkatkan amalan as preparation before Ramadhan is coming. Peluang dah ada, just tinggal kita je nak grab sebanyak-banyaknya. Sekian, tazkirah tak seberapa dari saya :)

Wednesday, June 20, 2012

my S.O.H.O

Small office home office :)
Saya kan dah mula berniaga online awal Januari 2012. Barang pun dah makin banyak, so jadilah lokasi bawah tangga tu my SOHO.

Alhamdulillah, saya suka kan situasi saya sekarang ni. InsyaAllah in the future (dah berangan-angan) nak jadikan big office. Hik3. Tak salah berangan kan.

masa mula-mula kecik je :)

la ni dah 2 rak...pun tak muat jugak tu :)

Moga bisnes saya bertambah baik. Amin.
Jemput singgah ye Husna Lil Shop



Kek for Husna

Sebab apa saya tulis tajuk kek for Husna?
Kerana, Husna yg request ummi dia buat kek untuknya. Saya jarang atau lebih tepat cakap tak ada bakat langsung nak buat kek ni. Saya tahu makan je :)

Demi anak tersayang, saya cuba juga membuatnya. Lagipun dia suka makan kan, so kita buat je la. Kalau beli kang belum tentu sedap. Nak order dari teman-teman semuanya jauh-jauh belaka. Kalau boleh pos, lain pulak rupanya kek tu bila sampai kat tangan :) So, saya google resipi dan beli bahan-bahannya and terus buat.

Alhamdulillah cubaan pertama menjadi. Saya belasah je buat memangla ikut resipi. Tapi sebab niat tu ikhlas nak buat untuk anak-anak dan suami makan. Maka, memang jadila dan sedaaaaappp! (bukan masuk bakul) Saya marah tau bila orang yg berniaga benda makanan tapi dia masak atau buat asal ada je, bukan niat menjual tu dengan seikhlas hati. Kalau kamu masak sedap-sedap dan orang makan pun sedap confirm orang akan beli dari kamu saja. Betul tak? :)

Ok, jom tengok kek for Husna ni.




first time buat...choc rice penuh atas kek :)



setelah dipotong...marble kaler oren, pink dan hijau pandan...



 kali ke 2 letak colorful rice sebab husna yg request..
marble kale oren dan pink saja


 

kali ke 3 buat pun dia nak colorful rice...layan je la :)
marble kaler keladi, hijau pandan dan pink..



 time ni panas lagi baru keluar oven, husna dah tak sabar nak makan :)


Alhamdulillah, nampak sedap kan? Next project baking marble cake esok insyaAllah. Saya ada juga try buat muffin. Tapi saya rasa saya lupa snap gambar kut. Duk belek dalam camera, tak ada. So, kenala tunggu next project untuk muffin :)




Tuesday, June 19, 2012

Trolley serbaguna

Assalam,

Dah datang mood nak menaip entry je kerja nya :)
Ok, jom layan gambar 2 orang budak yg beriya sangat dapat naik kereta sorong aka trolley kebun.




Alkisahnya, abah mereka ni sedang buat kerja-kerja pembaikan atau pembersihan di rumah atok dan wan mereka. Trolley tu pulak baru sangat dibeli oleh atok mereka. So, mereka tukang rasminya.

Seronoknya mereka tidak terkata disorong ke sana ke sini oleh abah. Sabar je la budak berdua ni :)

Anak-anak anda ada yg perangai macam ni? :)

Monday, June 18, 2012

Ribena blackcurrantblueberry sedap!!!


Assalam,

Hari ini ada semangat nak update blog yg terbiar ni =)
Mesti ada yg merindui kan? Hehehe. Perasan je tu.

Petang semalam, suami ajak saya jalan-jalan petang. Nama pun Sunday kan, bawa la anak-anak berjalan. Tapi tengah musim berjerebu ni, tak banyak sangat tempat boleh pergi. Nak ke pasar malam dekat Giant tu udara tak best. Tapi orang punyalah ramai. Kami tak pergi pun, parking kat Giant maka masuk dalam Giant la kan.

Biasa weekend kalau kat mall kan, macam ada produk promo. So, jalan-jalan tu nampak orang promo Ribena. Mai secawanla apa lagi =) Minum punya minum, Husna pun nak. Ok, ambil untuk dia sekali. Lepas tu kami pun berjalanla cari abahnya tengah tolak trolley with Lukman. Then, boleh pulak si Husna ni cakap nak lagi air tu...siap nak start teriak lagi. Ok Ok, ummi bawak pergi gerai amoi ribena tu. Sukalah dia dapat lagi secawan. Saya ambil juga secawan untuk Lukman. Sambil tu saya tanya amoi tu (nak cover malu la kan) yg dalam container tu u buat yg perisa mana? So amoi tu said, yg terbaru. Ribena with blackcurrant and blueberry. Memang sedap, serius saya cakap. Tak masam macam biasa.


So, apa lagi. Saya rembat sebotol yg sederhana besar. Harga RM13.99.
Malam tadi duk bancuh banyak-banyak isi dalam tupperware and simpan dalam fridge. Husna and Lukman memang sukakan rasanya. Pagi tadi breakfast roti kaya dan ribena (klass anak-anak zaman ni kan :))

Siapa belum try, tryla weh. Memang sedaaaappp :)

Tuesday, June 05, 2012

Husna & Lukman bertemu Ustaz Don

Assalam, 

Lama sungguh tak update blog kan, rasa macam dah kaku nak menulis di sini. 
Saya jarang update blog, aktif di FB :) 

Alhamdulillah, hari ini saya nak coret something special. Tentang pertemuan kami sekeluarga dengan Ustaz Dom Daniyal Don Biyajid. Ceritanya begini, petang Jumaat lepas, suami tanya saya. Dah check email? Saya jawab, tak bukak email pun...kenapa?
Suami jawab dengan memberi sekeping kertas comel. Dalam kertas tu tertulis ada sessi ceramah oleh Ustaz Don lepas solat Maghrib.

Macam kera mendapat bunga, eh ye ke? Entahla, saya bantai je peribahasa tu :) Saya cakap nak pergi bang...mesti pergi :)

Suami pun macam dah faham perangai si isteri. Maka, kami pun jam 7 pm tu dah siap-siap bergerak menuju ke stesen tempat suami bekerja. Kat TNB je pun, TNB Jana Manjung. Kami sampai, ustaz Don pun baru sampai bersama mak dah ayahnya. Memang anak soleh, bawa mak ayah pergi bekerja :)

Dan kami sempat bergambar mesra dengan beliau. Husna and Lukman dapat bersalaman dengan ustaz Don. Ustaz Don usap kepala Lukman. Katanya, "rambut sama macam rambut Ustaz...hehehe" 

Ceramah beliau bermula selepas Maghrib, berlangsung selama 1 jam. Alhamdulillah. Saya dan suami memang sangat galakkan anak-anak kami bertemu atau dibawa ke majlis agama. Itu lebih baik kan, dari kita bawa anak-anak ke tempat tidak sepatutnya seperti panggung wayang atau sebagainya. Memang mereka tak faham sebutir apa pun, tapi itu sebagai menggalakkan mereka ke arah Islam bermula sedari awal usia mereka.




Moga kita sebagai ibu bapa dapat menjadi contoh yg baik untuk anak-anak kita, insyaAllah.


Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi