Tuesday, July 31, 2012

Choclate chip ala famous amos

Assalamualaikum, selamat pagi semua :)

Dua malam lepas, saya ajak Husna buat choclate chip cookies. Dia punya excited tu siap tunggu saya dari start prepare bahan and mix all the items. Lepas tu, dah time nak bentuk-bentukkan cookies tu dia pun cakap, "ummi, kakak nak tolong boleh?..." erm...ok saya cakap pergi wash her hand first. Then, dah basuh tangan, dia pun mulalah singsing lengan bajunya. Oh Oh! Saya cakap, ummi buat, Husna just letak dalam tray. Dia pun agreedla. Dia susun cookies tu dalam tray. Hehe. Dah boleh jadi masterchef cilik anak ummi ni :)

Tadaaa..hasil cookies yg kami buat malam tu. Dapatla 1 balang. Serius bau dia yg semerbak lepas siap dibakar tu menjadikan kami anak beranak tak sabar nak ngap! :) Lukman pun suka...adeh, belasahla yang gigi kamu baru 4 batang.

inilah rupanya...


Esok lusa saya plan nak buat lagi sebab yg ini dah tinggal 2-3 keping dalam balang. Nak buat lebih sikit so, Jumaat boleh bawak untuk anak-anak buah kami kat Sg.Buloh tu, Plan weekend ni nak ke sana and shopping sikit kat Sogo or Jalan TAR. Monday cuti nuzul Quran kan for Perak.

Siapa dah start buat kuih raya?

Monday, July 30, 2012

Rumah kami, insyaAllah :)

Assalamualaikum,

Hari Isnin dah masuk hari ke 10 kita berpuasa kan? Alhamdulillah. So far puasa saya masih complete set :) Bf pun ok takat ni, Lukman memang kuat menyusu :)

Ok, nak cerita kami pergi melawat show house beberapa hari before puasa hari tu. InsyaAllah inilah bakal rumah yg akan kami duduki selepas siap pembinaannya pada 2014 nanti. Rumah kecil saja, nun jauh di Saujana Utama, Sg. Buloh.

So far, kami berpuas hati dengan keluasan rumah ni ada 4 bedrooms + 1 soho. and 3 bathrooms. 2 and half storey. Rumah ni je kami mampu milik, sebelum ni ada survey area Shah Alam, Bangi and Putrajaya tapi harga gila-gila tak masuk akal. Ikut kehendak suami saya dia inginkan rumah semi D atau banglo yg ada laman, tapi tak payah cakapla kan. Semua cecah million ringgit punya if kat KL. So, dapat terrace ni pun dah bersyukur sangat. Cuma agak terkilan, masa kami book rumah ni, corner lot semua dah sold. After launch baru tahu, ada yg available untuk corner lot sebab ada buyer yg loan dia kena reject. If kami nak beli yg corner lot tu nak kena apply semula and lalui all the process macam awal-awal hari tu. Tak pela, bukan rezeki kami nak duduk rumah corner lot, insyaAllah one day nanti ada rezeki lain boleh beli 2nd house kan. Amin.


hall

stair untuk ke level 2

bilik ke dua

master bed room...apa yg Lukman intai tu sayang? :)

master bedroom lagi...part wardrobe

dining hall..and kitchen..

kitchen

ini hall...

hall lagi..

soho room...bahagian bawah sekali...


Friday, July 27, 2012

Kuih buah melaka untuk iftar day 6

Assalam,

Alhamdulillah, bertemu kita pada Jumaat pertama di bulan Ramadhan. Puasa macam mana kawan-kawan?
Semalam saya buat kuih buah melaka. Dah lama tak buat, teringin lak nak buat. So, alang-alang ada tepung pulut dalam kabinet terus la membancuh bersama air.

Tang kale pulak bermasalah :) Tak perasan kale hijau dah habis, so saya belasah pakai kaler merah :) Asalkan rasanya maintan sama kan :) Kelapa parut saya minta tolong suami belikan on the way balik from office.

kuih buah melaka versi puan huda :)


Petang ni tak tahu lagi nak masak apa, masak simple je kut yg penting kita ikhlas nak masak untuk suami berbuka :)

Wednesday, July 25, 2012

Pengalaman cabut gigi geraham bongsu

Ini memang pengalaman yg sukar nak dijelaskan dengan kata-kata, lebih teruk kut dari pengalaman bersalinkan 2 orang anak saya tu :)

Saya demam dah 2 malam before saya jumpa dentist. Gigi bongsu tu berdenyut-denyut sakit sampai bengkak pipi dan leher. Saya ke klinik biasa sebab kebetulan tonsil time tu pun bengkak semula. Doc check suhu badan 38.9 celcius. Tonsil bengkak kemerahan. Gigi bongsu tu pulak doc cakap bengkak. Ok, balik tu makan dulu ubat tahan sakit, ubat demam dan antibiotik.

Esok tu dah tak tahan dah. Memang kena refer dentist jugak ni. So, petang Khamis tu saya ke klinik pergigian Noor kat Kluang (kebetulan balik Johor). Pergi doc check dan tengok memang gigi bongsu saya tu dah bengkak dan bernanah. Err...patutla sakitnya sampai demam-demam.

Tapi doc tak terus cabut, dia bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. Doc kata, makan ubat sampai habis. Next time bila gigi bongsu tu sakit lagi baru cabut. Sebab ni kira 1st timela gigi bongsu saya tu sakit (ye ke? entah saya pun tak ingat :))

Malam tu saya asyik terjaga. 1 thing sebab saya memang demam lagi. Pukul 3 am bangun semata-mata nak makan ubat sebab dah tak tahan menggigil kesejukan. Orang demam memang gitu kan. So, esoknya Jumaat suami ajak saya ke klinik gigi tu balik. Suami kata cabut je la...dia kesian tengok saya tak tahan sakit dan demam yg tak kebah-kebah masuk hari ke 3.

Sampai klinik, register dan tunggu turn. Bila nama saya dipanggil, saya ajak sekali suami dan Husna masuk. Lukman tak ikut time tu dijaga oleh ibu saya. Doc pun cucuk ubat bius, tak silap saya 2 jarum kut doc cucuk. Lepas tu doc suruh kumur. Tak lama tu mula rasa kebas area gigi yg sakit tu dan juga half lidah. Husna paling kecoh, siap cakap kat abah dia.."sian ummi kan bah.." :)

Ok, time doc nak cabut gigi saya tu kan...jenuh jugala agaknya. Doc baca basmallah, baca doa. 2 kali try tak jalan. Husna mencelah,"abah...ummi tak sakit ke?"...Tergelak doc dan saya. Suami pun gelak sama. Doc kata, "ummi tak sakit, ummi kuat..."

Untuk cubaan ketiga, doa cabut sambil ucap Allahuakhbar! Dahsyat doc ni kan...hehehe...dan hasilnya gigi saya selamat dicabut. Saya tak sempat pun tengok rupa gigi saya tu. Terus doc tampal dengan kapas. Then, ambil ubat kat luar. Mulut saya yg kebas tu sampai ke malam pun tak habis lagi.

Now, dah puasa hari ke 5, tempat cabut gigi tu dah ok, tapi tempat doc cucuk ubat bius tu still sakit. Tambah pulak ada ulser kat lidah. Memang makan tak boleh nak beriya. Saya top up dengan air je. Perut terpaksa tahan lapar sebab asal makan je kena makan slow2. Ya Allah! Dugaan apa lagi yg akan Kau berikan? Moga saya tabah hadapi kesakitan ini. Moga Kau ampunkan dosa-dosa hamba Mu ini. Amin.

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wbt,

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan al mubarak.
Maaf kawan-kawan, kesihatan saya tidak mengizinkan saya untuk stay lama depan laptop. Kalau online pun kejap-kejap guna phone.

Saya diduga last week, gigi sakit sehingga bernanah. Gigi geraham bongsu bawah belah kanan. Sampai demam-demam 38.9 celcius. Balik Johor, cabut gigi. Memang kebetulan kami balik Johor last weekend sebab nak sambut puasa dengan ibu abah saya. Saya demam 3 malam, hari Jumaat saya dah tak sanggup menanggung kesakitan. Saya serah diri kat doktor minta dicabut gigi itu. Alhamdulillah, lepas kena bius, 3kali cubaan doktor berjaya mencabutnya dengan seruan AllahuAkhbar. Bagus doktor gigi tu, siap baca doa semua time nak cabut gigi saya tu :)

Demam dah recover, tapi ulser pulak tumbuh kat lidah. Memang dugaan di bulan puasa :) Saya tak banyak cakap, suami tanya saya jawabla kan :) Husna tanya, saya angguk atau geleng. Tak ada mood nak cakap banyak. ALhamdulillah, mengaji masih boleh, solat, puasa semuanya macam biasa. Still bf Lukman, rezeki dia memang tak putus-putus. Saya lembik sikitla tapi maintain boleh teruskan puasa :)

So, selamat berpuasa ya kawan-kawan.

Monday, July 16, 2012

FINAL Masterchef Selebriti

Ok, malam ni saya nak layan Final Masterchef Selebriti. Final menemukan Dato' Fazley dan Angah Raja Lawak.

Kawan-kawan sokong siapa ye?

As for me, kedua-duanya ada strength dan weakness masing-masing. Hanya nasib yg akan menentukan siapakah yg akan bergelar masterchef selebriti pertama Malaysia :)

Saya memang dah agak selebriti lelaki memang boleh pergi final sebab kalau kawan-kawan perasan cara mereka present the hidangan sangat kreatif. Selebriti perempuan memang tak nafikan pandai juga masak macam Juliza, Soo Winchi tapi mereka tak berapa nak kreatif :) (my 2cents opinion saja)

So, good luck untuk Angah dan Dato' fazley! Masakan Asia vs Masakan Eropah!



Evamatic Mat yg best!

Assalamualaikum wbt,

Kawan-kawan nak order evamatic mat tak?
Sebab saya ada jual juga.
Ada 2 designs yg ready stock dalam tangan. Limited stock. So, 1st come 1st serve :)
InsyaAllah habis 1st batch ni, nanti saya restock lagi.

Harga RM49 (sudah masuk postage courier Kangaroo ke Semenanjung only)

Kalau berminat, boleh sms saya (0122479113) atau email husnalilshop@yahoo.com

abc fun learning

 (OUT OF STOCK)



abc 123
 available - 1 pc





Saturday, July 14, 2012

Pureen Clearance Sale

Assalamualaikum,

Wah, saya rasa minggu ni mesti ramai ambil peluang pergi shopping baju raya kan sebab next week dah puasa. Saya jenis tak berapa gemar nak shopping time puasa, letih dan tak larat. Tambah pula, puasa tu menuntut kesabaran yg tinggi. Kadang-kadang boleh hilang sabar tengok sale sana sale sini :) Sabar menahan nafsu ye :)

Saya tengok picture kat wall FB Pureen. Mak aih, ramai sungguh orang shopping ye. Kalau dekat, mungkin saya pun akan terjebak sama. Malas la nak ke sana semata-mata clearance sale sebab tol dengan minyak je nak kena cover banyak serupa saya beli kat sini :) Pagi-pagi orang dah beratur depan gate kilang Pureen tu. Hehe.

image from FB Pureen


Tapi bila warehouse sale ni memang harga semua murah gile-gile la kan. Sesekali kalau terasa nak pergi boleh juga, yg penting jangan duk belek-belek dulu. Mana berkenan, masuk bakul first..then before nak bayar baru kita pilih. Sebab kalau kita duk belek-belek tak sempat nak tengok semua. So, masa itu penting. Nampak yg berkenan, masuk bakul cepat-cepat.

Semalam baca blog brother Eyriqazz...katanya penuh manusia kat SOGO. Hehe. Semua orang tengah panik nak beli baju rayala kan :)

Saya dan family, persiapan dah sedia dari awal cuma baju melayu suami je belum ready. Tak sure la dia nak beli ke tak. If nak, saya belikanla. If tak nak, dia pakai baju melayu masa nikah dulu. Sebab tahun ni, saya dah decide nak pakai gold sedondon. Baju saya dan Husna sedondon. Lukman pun dah beli baju melayunya.

ps: Tak sabar nak tunggu Ramadhan datang. Rindu nak terawikh, nak try bawa Lukman this year. insyaAllah.


Friday, July 13, 2012

BE oh BE

Assalamualaikum wbt,

Setelah sekian lama tak rajin berblogging, now dah kembali menampakkan hasilnya.
Lately, dah aktif blog so Nuffnang bagi balik BE. Syukur.

Before this, dah running 1BE. Pagi ni check tambah lagi satu. Okla kan, slowly dia bertambah sedikit demi sedikit. Current earning okla, tapi tak rasa nak cash out lagi tunggu dia cecah ratus (almaklum lama tak aktif tulis blog :))

UV untuk last month ada dalam 2k je. Tapi okla kan dari tak ada langsung UV. This month tak sure berapa.
BE terbaru from maxis. BE Toyota tu dah 3 minggu running, not bad hasil lariannya :) Alhamdulillah.


BE from Nuffnang

ps: baju raya tema apa tahun ni kawan-kawan? :)

Thursday, July 12, 2012

VROOOOMmmmm...

Assalamualaikum wbt,

Lama tak update blog...last week tonsil bengkak, Ahad lepas ibu abah saya turun Manjung. So, memang masa tu banyak tumpu kat mereka je la kan. Mereka masih ada lagi kat Manjung, Ahad ni insyaAllah balik Johor.

Seronok cucu-cucu mereka ada orang melayan :) Best kan, bila mak abah ada sama.

Ok, nanti update lagi. Jom layan gambar Husna and Lukman berkereta :) Gambar ni masa Lukman belum dibotakkan...hehehehe...sweet je tengok main kereta dua beradik.

adik tak padan dengan kecik :)

Lukman dah pandai sebut VROOOOOOOMMMMM :)



Ok, till next insyaAllah. nanti sy blogwalking ye :)

Friday, July 06, 2012

Tonsil bengkak

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Semalam mesti ramai yg dapat berpuasa kan? Alhamdulillah, tak kisahla puasa sunat or puasa ganti asalkan puasa :) Semalam saya tak dapat puasa, selain sebab abc, saya tak berapa sihat. Tonsil bengkak menyebabkan tekak tak berapa sihat. Seterusnya saya demam untuk beberapa jam.

Kepala pusing sampai now pun kepala pusing lagi. Dah makan paracetamol, mudah-mudahan sakit saya ni lekas sembuhnya. Sakit saya ni takla teruk sangat pun, malam tadi boleh pergi pasaraya sebab nak beli barang dapur. Alhamdulillah. Dapat beli ais krim perisa vanilla untuk sejukkan tonsil yg sedang bengkak.

Sebenarnya saya suka juga bila sakit datang, sebab sakit kan menghapuskan dosa. Mudah-mudahan begitula kan, agar Allah ampunkan dosa-dosa kita :) Saya dahla jarang sakit (super ummi kan :))

Oklah, weekend ni buat apa kawan-kawan semua?

Wednesday, July 04, 2012

Celebrate birthday setahun Lukman

Birthday celebration for Lukman, dah lewat 2 bulan pun :) Kami sambut masa balik Johor last weekend. Lukman macam blur2 tengah main ipad, saya dukung bawak dia depan kek untuk dipotong :)

Sambutan kecil-kecilan saja sesama family. Siap dapat hadiah dari Mak cik Saadah aka adik saya yg perempuan tu. (gambar hadiah tak amik)



kek coklat tu sedap...yg cupcake tu sponsor dari cik suhaiza dia (adik sepupu saya)


lukman time potong kek :)

Tuesday, July 03, 2012

Suka tengok Kak Irma Hasmie dah kahwin

Assalam, 

Apa khabar semua? Saya tak jadi stay lama kat Johor sebab Husna melalak menangis nak ikut abahnya balik Perak. So, Ahad malam tu dah ada kat rumah. Kesian gak kat my ibu abah, sekejap je tengok cucu-cucu mereka. Apakan daya, cancel semua plan ummi (ada plan nak jumpa ummu muhammad terpaksa cancel)

cantik kan? sama cantik sama padan :)
 *credit google*

Duk usha-usha gambar Kak Irma Hasmie yang dah bernikah baru-baru ni. Alala comelnya saya tengok. Ayu, sopan dan muslimah gitu. Suaminya pun, Reza Shah Azmeer nampak seorang lelaki yg budiman. Eceh. Ada janggut sejemput. Hehehe. Semoga ikatan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhirnya, insyaAllah. Mereka bertemu di depan Kaabah semasa Reza sedang tawaf nampak Kak Irma di hadapan pintu Kaabah. Alhamdulillah, tempat yg suci kan, moga Allah berkati cinta mereka.

ps: rindu nak ke Makkah lagi :)

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi