Tuesday, August 28, 2012

Menang MAM First Brush

Assalam,

Selamat hari raya, entry pasal raya tak ada nak cerita sangat sebab semuanya ala kadar sahaja dan meriah. Kalau rajin nanti saya tulis ye.

Balik pada tajuk, sehari sebelum balik beraya ke Johor hari tu, saya duk online fb. Suami pun kerja hari Jumaat tu, beg baju dah siap packing. Rumah dah siap berkemas. Sambil online fb, MAM ada buat contest dari jam 1-4pm. Apa lagi, setiap jam saya tunggu soalan keluar dan cuba menjawab.

Dan Alhamdulillah dapat hadiah raya dari MAM. Hadiahnya MAM first brush, okla tu hadiah yg kecil tapi bermakna. Saya plan bila dapat nanti nak bg Lukman. Memang Lukman dah ada tooth brush brang pigeon before this. Gigi pun dah banyak. Atas saja dah 4 batang, bawah 2 batang. Cakap je belum lagi :)

nama saya :)


Thursday, August 23, 2012

Tahniah ustaz don dah bernikah

Alhamdulillah..tahniah untuk us don sbb dah selamat bernikah dengan isterinya husna :)


ps: gambar lama kenangan kami sekeluarga dgn us don :)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, August 15, 2012

Salam Aidilfitri dari kami


Kepada semua rakan-rakan di alam maya, bloggers, saudar mara yg membaca blog saya ini,
saya memohon 1000 kemaafan andainya saya ada mengguris hati anda secara sengaja atau tidak.
Semoga ikatan ukhwah kita berpanjangan, insyaAllah.

Jemputlah beraya ke rumah kami di Seri Manjung

Iftar di hotel vs iftar di rumah

Assalamualaikum dan hi semuanya,

Masih larat nak blogwalking hari ni? Ke mood dah ke kampung halaman? :)
Ok, hari ini saya nak cerita baik dan buruknya bila kita iftar di hotel @ di luar berbanding kita iftar di rumah (tak kisahlah masak sendiri or beli di param)

Iftar di hotel:

  • makan tak ingat dunia, serius nampak abc ambil abc, nampak kambing golek ambil kambing golek, nampak char kuey tiaw nak kuey tiaw. Belum masuk nasi dan lauk lagi, kuih muih, air yg bermacam-macam jenis, dessert dan sebagainya.
  • kurang kebebasan untuk diri dan anak-anak (jika bawa anak-anak bersama). Masa makan, sibuk nak tengok anak, nak suap anak dan terpaksa bergilir-gilir dengan suami untuk makan (sayalah tu :))
  • solat Maghrib confirm lambat dari biasa. Saya perhatikan jam dah pukul 8 suku pun masih ada yg duduk makan dan sembang dengan rakan. Ini yg buat saya dan suami kalau boleh nak elakkan berbuka di luar terutamanya di hotel. Sibuk makan, sampai lupa nak sujud pada pemberi rezeki iaitu Allah Taala. 

Berbanding iftar di rumah sendiri:

  • makan seadanya, apa yg kita masak atau beli itulah yg kita makan. Nasi makan sikit je, minum yg terlebih.
  • sangat bebas, sambil makan...anak-anak main sendiri atau layan zikir di astro oasis. Biasanya saya dah suap anak-anak makan before kami berbuka.
  • solat Maghrib insyaAllah lebih awal, iftar pun dalam 10-15 minit. Boleh mengaji lagi lepas solat Maghrib.

Anda setuju dengan entry saya ni? Siapa setuju sila angkat tangan. Hehehe. Sesiapa yg tak setuju, sila abaikan ye :)

Sepanjang Ramadhan ni, kami berpeluang iftar di hotel sekali walaupun suami banyak dapat kupon free untuk berbuka di hotel, sudahnya kami simpan je kupon tu dalam beg buat kenangan :) Syok lagi rasanya iftar di rumah.


Tuesday, August 14, 2012

Tertunai sudah zakat fitrah

Alhamdulillah, petang semalam suami ajak keluar cari kuih. Saya ikut je la, dah settle masak memasak, bolehlah nak kelaur kejap. Menu iftar petang semalam, bihun singapore, ayam goreng kunyit dan ikan kembung masak kicap.

Keluar singgah gerai tepi jalan je, tak pergi param (this year memang kami tak ke param) Dapat beli kuih fav Husna, kuih apam coklat. Suami cari popiah tapi tak ada, dah sold out kut sebab masa kami keluar tu dah jam 6.30. Sudahnya, singgah kedai runcit beli tauge sikit. Malam tadi saya gulung popia sayur-sayuran mix dengan carrot dan sengkuang. Suka suami dapat makan popia :)

Sebelum balik jalan-jalan cari kuih tu, suami singgah petronas nak isi minyak. Ternampak pula ada amil sedang duduk di meja depan petronas. So, suami ambil peluang terus tunaikan zakat fitrah kami di situ. Amil kat stesen tempat suami kerja minggu ni dah tak datang pulak. Alang-alang ada amil kat petronas, bayar situ je la kan. Alhamdulillah, settle sudah zakat fitrah untuk kami berempat. Nilainya RM28 sahaja. Suami before keluar kereta nak bayar zakat tu boleh konon-konon praktik nak salam amil sambil cakap "aku terima nikahnya..eh, salah ek? " Sabar je la... :P

source dari google

Kawan-kawan pun mesti ramai dah tunaikan zakat fitrah kan. Masih sempat lagi bagi yg belum berkesempatan. La ni, mudah nak jumpa dengan amil bertauliah. Kat Tesco pun kadang-kadang ada. Atau kalau susah-susah sangat, lepas terawikh terus jumpa imam atau siak yg merangkap amil kat masjid.



Monday, August 13, 2012

Masihkah Ada Ramadhan - telemovie meruntun jiwa saya

Siapa layan cerita ni? Setiap isnin jam 10pm kat astro prima.


Asalnya saya layan cerita ni sebab suka dengar deme royak bahasa ganu. Lepas tu bila duk ikut setiap senin tu terus terpikat. Oh ye cerita ni sepanjang Ramadhan ni je.


Sedih tengok part last malam ni. Saya beberapa kali gak duk kesat air mata. Suami gelak je tengok saya nangis. Cerita ni mengisahkan 4 orang adik beradik yg memang asal ganu. Yg sulung si abang, terlalu sibuk dgn urusan biz, solat puasa semua dia langgar. Abang ke 2 pulak terlalu mengejar akhirat sampai anak isteri terabai. Yang no 3 si kakak, selalu fikir dia betul, ego dgn suaminya. Adik yg bongsu baru meninggal masa hari nuzul quran sbb barah otak. Si adik ni sebelum meninggal berusaha untuk menyatukan adik beradiknya supaya selalu balik jenguk mak ayah mereka di kampung.


Siapa belum tengok and nak tengok petang Selasa esok astro prima akan buat ulangan sehingga Jumaat ni. 4 episod je pun :)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Persiapan raya --- baju raya

Persiapan raya tidaklah beriya sangat, biasa-biasa saja.
Saya punya baju kurung tahun ni actually 2 pasang saja...tup2 dia jadi beranak pinak pulak. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah sebab semua tu Allah yg bagi pinjam kan :)

Mari tengok dekat-dekat baju raya saya.

kumpul banyak-banyak pakai time raya...


1 - baju kurung riau cotton english (tak sengaja beli) sebab bff saya yg jual kat FB. Boleh search Fabe Houz. Saya support biz member je :)

2 - baju kurung riau juga plain bersulam di hujung lengan dan kaki baju. Kain untuk baju ni dah lama mak cik saya bagi dia beli kat Singapore, bulan 5 hari tu saya hantar tempah. Konon nak pakai pergi kenduri kendara tapi tak ada kenduri kendara yg saya attend, so postpone pakai time raya nanti insyaAllah

3 - baju kurung moden kain cotton berlabuci ni, saya tak sengaja beli masa jalan-jalan kat Greentown, Ipoh before puasa hari tu. Suami kata, belilah..dia offer sekali tu je :) Saya pun, tak nak rasa terkilan kalau tak beli, terusla beli :)

4 - baju kurung riau gold tu pulak tema kami this year. Sedondon dengan Husna, saya beli kainnya kat kedai dan tempah dengan tailor.

5 - last baju kurung riau red kotak-kotak, ini pun tak sengaja beli actually nak pakai masa kenduri kahwin adik lelaki saya bulan Jun hari tu, sudahnya tak pakai-pakai juga, saya pakai baju lain time tu. So, postpone pakai time raya jugalah :)

Itulah kisah di sebalik baju raya saya sampai jadi 5 pasang tahun ni. Kalau tak dan pakai, saya postpone lagi pakai raya haji pulak ye. Hehe.

Kawan-kawan macam mana? Jangan membazir ye, sila amalkan macam saya...kumpul-kumpul sekaligus jadi banyak baju raya :)

Kek Oren Gebu

Assalamualaikum dan hi,

Apa khabar kawan-kawan hari ini?

Puasa ok tak? Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk kita meneruskan ibadah puasa pada tahun ini kan :)
Siapa pernah makan kek oren? Saya baru first time try buat, Alhamdulillah menjadi kek nya, rasa pun sedang elok cukup rasa. Kek oren ini saya buat khas untuk abah in law dah lama dah abah in law cakap-cakap nak kek oren. Saya pun as daughter in law yg baik hati :), buatkanlah untuk abah in law. Hehe.

Saya buat last Saturday, alang-alang suami cakap nak balik rumah PIL buka puasa, saya pun lepas Zuhur tu terus ke dapur buat. Lepas sejam siap dibakar and bawa balik rumah PIL.Tak jauh mana rumah kami dengan rumah PIL dalam 45-50 minit perjalanan. Alhamdulillah, dapat pujian yg memberangsangkan sehingga kembang hidung saya dibuatnya dari mak and abah in law :)

kek oren versi saya

Kek ni. lepas keluar oven dia tak berapa manis, setelah disejukkan baru rasa manisnya.

Friday, August 10, 2012

Tahniah Pandalela Rinong!

Tahniah untuk Pandalela Rinong! Saya memang minat dia ni sejak 2 tahun lalu. Hehe. Siap masa Lukman nak lahir dulu, suami gurau kita bubuh nama anak Pandalela *something*. Saya cakap tak adalah sampai nak letak nama anak sama macam Panda. Cute kan? Ini saya copy sikit from the star

LONDON: Pandelela Rinong has created Malaysian diving history. The 19-year-old from Sarawak won a bronze medal in the women’s 10m individual platform event at the Aquatics Centre early Friday.
It was Malaysia's first-ever Olympics medal in a sport other than badminton, besides making Pandelela the first Malaysian woman to win an Olympics medal.

Gold medallist Chen Ruolin (centre) of China poses on the podium with silver medallist Brittany Broben (left) of Australia and bronze medallist Pandelela Rinong (right) of Malaysia during the women's 10m platform victory ceremony at the Aquatics Centre on Thursday. - REUTERS/Tim Wimborne  
Gold medallist Chen Ruolin (centre) of China poses on the podium with silver medallist Brittany Broben (left) of Australia and bronze medallist Pandelela Rinong (right) of Malaysia during the women's 10m platform victory ceremony at the Aquatics Centre on Thursday. - REUTERS/Tim Wimborne
 
She garnered a total of 359.20 points to finish behind China's Chen Ruolin, who won the gold on 422.30 points while Brittany Broben from Australia won the silver on 366.50 points.
Although diving had promised a medal here, not many had given the team a chance, especially since they had failed in their last six events.

But Pandelela delivered. Her feat also helped the national contingent match Malaysia’s best placing in the Olympics - the silver and bronze won at the Atlanta Games in 1996.

Thursday, August 09, 2012

Photoshoot pra raya

Ok, hari ini banyak pulak entry saya taip kan :) Rajin...hehehe

Cerita pasal photoshoot ni, berlakunya masa awal puasa hari tu. Kawan kami, Shahrul dia offer kami jadi model untuk buat cover promo photoshoot white room.

Kami pun lepas suami balik solat terawikh terus ke kedainya. Siap pakai baju raya tahun lepas, warna purple :) Malam tu, Lukman ok je mesra kamera. Husna pulak, gitula dia. Susah nak senyum depan kamera. Masam je mukanya. Antara hasil yg dapat saya share kan kat sini...

ummi dan Lukman

ada sikit smile...puas Shahrul cari angle bagi dia senyum

boolat kan :)

tengokla Lukman, selamba je mukanya :)

suka main kopiah dia :)


First time kami berphotoshoot ni, tak pernah lagi ke studio semata-mata nak ambil gambar family.
Suami saya pemalu orangnya, nak ajak bergambar beriya :)

Kawan-kawan suka ambil gambar tak? Yg ada dslr mesti la suka kan, dah beli mahal-mahal takkan tak nak bergambar :)



Tukar duit raya

Assalamualaikum kawan-kawan,

Pagi-pagi ni meh kita cerita pasal duit raya. Kami dah pun selamat tukar duit raya untuk tahun ini. Budget adalah lebih sedikit dari tahun lepas. Kami tak payah susah-susah pergi bank tukar sebab adik saya yg kedua tu kan memang kerja bank, exec finance kat bank islam. So, sms dia minta tolong tukarkan and boleh pakai duit dia dulu pulak tu :) Dia kata, esok raya baru bagi balik duit dia. Baiknya adik, kakak dan abang iparmu sayang sama kamu :)

Kawan-kawan dah tukar belum? Masa saya sms adik saya tu, dia cakap kena tukar on that day jugak sebab duit RM5 and RM10 kat bank dia dah nak habis. Mak aih, duit baru pun cepat habisnya kan. Kami tukar RM5 dan RM1 saja. Senang. RM10 kang, cepat pulak habisnya bila bagi-bagi kat anak orang :) Hehehe.

Amalan bagi duit raya ni bukan apa, sebagai salah satu cara untuk kita share dan sedekah kat orang juga kan. Time ni la kita boleh bagi dengan seikhlas hati sebab orang tak tahu jumlahnya, kita pun bila nampak anak orang datang beraya takkan nak biar mereka pulang macam tu je kan.

duit ni saya pinjam dari google je :)


Imej terbaru Nurul Syuhada Nurul Ain

Nurul Syuhada Nurul Ain bertudung pagi ni di MHI, nampak ayu dan cantik. Sopan. Alhamdulillah.
Moga beliau istiqamah.

Ramai juga saya tengok selebriti dah berhijrah la ni. Moga hijrah mereka berkekalan hingga ke akhirnya. InsyaAllah.

Wanita istimewa bila mereka berhijab, sebab sukar untuk didekati :) Tahniah Nurul Syuhada Nurul Ain!




Wednesday, August 08, 2012

Blog header tema RAYA

Mesti ramai dah perasan kan, yg rajin blogwalking mesti boleh nampak kan? :)
Blog header saya sudah pun bertukar rupa, rasanya memang dah lama tak tukar header blog tu. So, last week cepat-cepat email kat eB minta eB buatkan header baru.

Hari yg sama order, petang terus eB masukkan. Pantas eB buat kan. Sangat suka, saya tak ada tema khas untuk blog header. Asalkan nampak cantik dah memadai. Cantik tak? Hehe.


Gambar-gambar kat blog header tu semuanya diambil di white room kawan saya. Dia ajak kami jadi model untuk promo kan kedai dia. Dia ada studio white room kat Sitiawan. Untuk raya ni, promo RM60 sahaja. 1/2 jam shooting. Sesiapa nak bergambar bolehlah contact dia ye.

Esok lusa saya upload kan ye gambar-gambar yg berkaitan masa shooting hari tu. Dah lama pun shootingnya masa awal-awal puasa, lepas terawikh kami pergi kedai dia dengan baju kaler purple (tema raya last year).



More info untuk promo gambar raya tu boleh klik SINI

Cuti Nuzul Quran, kami jalan-jalan

Assalamualaikum kawan-kawan semua,

Puasa tak? Hehe. Sedih tak Ramadhan hampir berlalu pergi? Saya cakap benar ni, terasa juga sedihnya sebab Ramadhan setahun sekali time nila kita nak buat amalan yg mana pahalanya berkali lipat ganda. Bulan lain tak ada ye. Juga bulan di mana kita bakal dapat lailatul Qadar, insyaAllah.

Ok, back to the topic kan. Sabtu hari tu kami sekeluarga ke Sg.Buloh rumah sil. Plan kami nak jalan-jalan la konon sambil shopping sikit-sikit untuk anak-anak. Sabtu petang sampai Sg. Buloh berbuka dengan meriahnya sebab kak long and family pun ada sama, Jumaat malam dah sampai dulu. Biras saya, abang Hairi nak register sambung study kat Uitm Shah Alam hari Sabtu tu. Tambah pulak, before berbuka tu, Mak uteh budak-budak ni aka sil saya seorang lagi yg duduk Kajang pun turun Sg.Buloh. So, memang meriahla kan kami adik beradik ipar duai dengan keletah 5 orang budak.

Hari Ahad, pagi lepas Subuh kami duk discuss nak ke mana. So, decided pergi Jusco terdekat je iaitu Jusco Rawang sebab malas nak bersesak-sesak orang ramai kat Sogo atau mana-manalah shopping mall. Kat Jusco ok la, tidakla hiruk pikuk sampai hilang anak. Saya rembat kasut untuk anak-anak. Saya pun dapat juga sandal sepasang. Suami tak beli apa-apa. Saya suruh pilih kemeja and tshirt dia kata, lain kalilah sebab warna yg berkenan tak jumpa or kalau jumpa pun dia rasa harga tak reasonable (senior engineer pun pandai save budget :)) So, baju suami nanti-nantilah kami pergi cari mungkin kat Manjung ni je atau masa balik Kluang nanti (tahun ni turn rumah saya dulu balik raya :))

Ipar duai saya pun shopping juga, masing-masing dengan hasil rembatan masing-masingla kan. Oh ye, suami sempat belikan sandals untuk PIL. Pil tak ikut pergi KL sebab ada komitmen kat kampung.

Hari Isnin, ok masih belum serik lagi ye. Kami ke Jalan TAR pulak. Parking kat Maju Junction RM2.50 per hour. Jalan punya jalan, dengan jammed nya kan. Saya ikutkan memang tak sanggup, tak ada kepuasan pun jalan dengan anak-anak lagi. Mujur anak-anak saya tak meragam, saya bekalkan roti, biskut and air. Dapat beli apa je? Dapatlah beli samping baby Lukman dan tudung saya sehelai. Itu je ok. Orang ramai sangat berpusu-pusu saya pun tak larat nak harung. 2 jam kat situ lepas tu hujan. Kami berlari ke Sogo. Masuk Sogo manusia punyalah macam ulat, sebab semua duk shopping :) Saya tak beli apa pun kat Sogo. Saya dah prepare baju anak-anak awal-awal. Datang KL pun sebab saja nak jalan-jalan.

Lepas hujan berhenti, kami pun gerak balik Sg.Buloh.

Selasa balik Manjung, hari ini baru larat nak tulis blog :) Ok,jom blogwalking jom!

ps: kawan-kawan sanggup ke sesak-sesak semata-mata nak cari baju tudung kat Jln Tar tu?

Friday, August 03, 2012

Tak dapat keberkatan sahur

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, Jumaat kedua menyusul hari ni. Masih diberi peluang untuk berpuasa.


Malam tadi lepas terawikh, suami ajak keluar. Husna pun belum tidur lagi, sukalah dia abah ajak jalan-jalan malam. Lukman je dah terlelap tapi tak lama tu dia dengar orang bising-bising dia pun jaga. Kami ke reatoran nasi ayam mama kat Manjung ni. Supper la kiranya. Makan chicken chop dan nasi ayam. Lukman makan berselera abahnya suapkan nasi ayam. Husna nak chicken chop je. Lepas makan kami balik rumah dalam jam 11 lebih. Suami keluar nak ke stesen jap tengok progress work outage katanya. Saya pun tidurkan our kids...perut kenyang mudah pulak tidur anak-anak ni :)


Jam 3am saya tersedar suami pulang. Saya ingat dia terus tidur rupanya jam 4 baru tidur sebab online dengan ipad. Saya perasan time tu...ok takpela tidur jap nanti pukul 4.30 saya bangunlah nak sahur.


Tup tup saya tersedar jam 6.30 am. Huhu. Memang sadis. 1st time puasa tahun ni kami berdua tak bangun sahur...memang hari ini dalam sejarah. Tak dapat keberkatan sahur :( Harapnya saya bisa bertahan sampai ke petang...insyaAllah.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, August 01, 2012

Teaser baju adik beradik

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan :)

Macam mana puasa so far? Hopefully kualiti ibadah kita semakin bertambah baik kan, banyakkan amalan sunat - baca Quran, solat Dhuha, solat Terawikh, solat-solat sunat yg lain etc.

Saya macam biasalah, gitu juga :)

Ini saja nak tunjuk sikit-sikit baju raya anak saya yg 2 orang tu. Husna and Lukman. Baju raya pertama yg sempat di snap picturenya. Baju bajan yg lain nanti dulu la ye. Puasa baru berapa hari dah sibuk nak tayang baju raya kan. Saja suka-suka, memeriahkan keadaan :)


kiri baju kakak, kanan baju adik

Baju kurung Husna saya tempah sekali dengan baju saya masa bulan Jun hari tu, Baju melayu Lukman saya beli siap kat kedai. Sekarang saya tengok dah banyak size baju melayu dari size baby pun ada. Mudahla kan. Kain pun ok, sejuk.

Dapatlah seorang sepasang baju kurung dan baju melayu warna sedondon adik beradik.



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi