Wednesday, September 26, 2012

WW - Bff










InsyaAllah, karib selama-lamanya, gaduh-gaduh sikit tu biasala kan :)

Monday, September 24, 2012

Adam & Hawa - novel version


Assalam. Hujan la ni di Manjung :) sejuk je...hehe..Alhamdulillah..

Ok, saya ada cakap last time saya baca free je novel adam&hawa masa kerja kat Alaf21. Tak terfikir langsung nak beli time tu sebab as a staff, price dia lain sikitla kan dari retail :) beli untuk simpan buat koleksi :) So last Saturday, masa pergi Tesco...saya singgah jap Popular bookstore and beli novel ni. Suami saya on je, sebab dia tahu saya memang banyak novel dalam almari cuma 2-3 years kebelakangan ni, saya dah tak membeli lagi.

RM19.90, kalau ada member card popular RM17 ++

Saja simpan buat kenangan. Saya rasa bila dah divisualkan dalam bentuk drama bersiri cerita ni memang menjadi sangat. Lepas ni bolehlah saya baca balik novel ni, itupun if ada masa..sibuk sangat dengan kerja-kerja rumah n kids sometimes..tak sempat nak buat personal nya hal :)

Kawan-kawan suka baca novel apa?



Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, September 20, 2012

Lukman belajar solat

Assalam,

Hari ni baru semangat nak tulis blog. Balik dari bercuti rasa lemau lagi macam dalam mood bercuti, nanti-nantilah saya up cerita kami jalan-jalan ke Port Dickson last weekend ye :)

Ok, ini perihal si kecik saya baby Lukman yg comel lote tu (motif puji anak sendiri? suka-suka :))
Saya pakaikan kopiah kat kepalanya, then bentangkan sejadah di hadapannya. Dia pun berdiri atas sejadah tu. Bila saya sebut je Allahu Akhbar, dia pun secara spontannya bongkok seperti hendak sujud. Tak ada takbiratul ihram, tak ada qiam, tak ada ruku' terus nak sujud ye :) Tengoklah gambarnya, pakai jumper je...hehehe...

cubaan untuk sujud :)

Tak apa, first time kan Lukman. Slowly nanti ummi ajar step by step cara bersolat yg sebenar. Kakak Husna dah pandai ikut abah solat, tapi bacaan tah apa-apa dia sebutnya :P



Friday, September 14, 2012

Fenomena Adam & Hawa

Assalam,

Hari ni hari Jumaat baru terasa nak update blog :) Punyalah malas nak update.
Ok, siapa pernah baca novel Adam & Hawa karya Kak Aisya Sofea?
Masa kerja kat Alaf 21 dulu saya baca free je novel tu, bila baca pun dah jatuh hati. Inikan pula divisualkan dalam bentuk drama. Lagilah jatuh hati, jantung, limpa dan buah pinggang saya :P

Kat rumah ni memang pasang astro tapi kami tak subscribe astro mustika HD. So, nak tak nak kenalah tunggu online. So far jalan cerita sama, watak-watak pun sangat best dan hebat.

Nak tonton online? Klik link ini ye http://www.mymedia.my/drama-adam-hawa-full/
Sila jangan muak sebab drama ni 80 episod dan bakal berakhir pada Januari 2013.






Skrip paling hebat tahun ni, saya rasa bait-bait ayat ini:

"Ko nak aku sepak muke ko haa, haaa haaa, kuang ajar punya lelaki tak guna, jangan biar muke ko lalu depan mata aku, sampai mati pun aku akan benci ko" -Ain Hawani-

Tuesday, September 11, 2012

Nasi ayam mandy

Kejadian makan-makan ni masa hari raya ke 7 hari tu. Dah lama kami duk usha kedai makan ni, masa bulan puasa dah nampak kedai ni open malam-malam. So, last-last raya baru kami try. Kedai ni (sorry lupa nama kedai :)), berkonsepkan fast food bak kata suami saya macam kedai-kedai kat Europe. Jual nasi ayam / kambing mandy, ayam goreng, chicken chop, lamb chop, lagi saya pun tak ingat menunya. Kalau kat Europe orang-orang Turki banyak bukak kedai konsep gini ada jual kebab dan sebagainya.

So, hari tu kami order chicken chop dan nasi ayam mandy. Air oren dan laici blended. Sedap masakannya. Suami tak order apa-apa tapi sempat order bungkus bawak balik ayam goreng 2 ketul bersama kentang goreng :)

Oh ye, saya suka deco kedai tu simple saja dan yg penting ada air cond :)

chicken chop yg sedap, Husna punya...

asyik dia makan :)

nasi ayam mandy ni saya punya :)

Lukman buat bibir seksi :)

Harga makanannya tidaklah terlalu mahal, reasonable juga macam makan kat kfc. So, sesiapa datang Manjung bolehlah berkunjung ke kedai ni, nanti saya update nama kedai ni ye. (boleh lupa :))


Monday, September 10, 2012

Mangga oh mangga

Assalam dan selamat petang!

Dah petang baru terasa nak update blog.
Sebelum tu, nak minta ampun maaf kat Kak CT dan Nieda sebab saya tak dapat menghadirkan diri ke rumah anda berdua last weekend. Niat di hati tu memang nak sangat bertembung mata dengan kalian tapi apakan daya, kami anak beranak keletihan, tambah pulak kakak Husna and adik Lukman selsema. InsyaAllah di lain waktu ye :)

Ok, mangga. Apa kes mangga ni?
Last week dapat seplastik buah mangga ada dalam 6 biji buah mangga sederhana besarnya dihantar oleh pak cik jiran sebelah rumah saya, memang dia tanam mangga depan rumah. Punyalah suka hati ini dapat makan buah mangganya yang harum manis itu. Sedap sampai jilat jari ok! :)

Husna and Lukman pun suka mangga, so mereka boleh join ummi makan sampai habis. Abah je tak suka mangga kan :)

dah tinggal 4 biji ketika gambar ini diambil :)

Nampak tak kesedapan buah mangga itu? Sedap kan, so sesiapa peminat mangga boleh lah ke kedai buah-buahan berhampiran untuk membelinya sendiri. Kalau dekat dengan rumah saya boleh saya bagi sebiji :)



Friday, September 07, 2012

Murtabak Maggi

Assalam,

Dah sarapan kawan-kawan?
Apa kata layan mata dengan murtabak maggi pagi ni :)

Actually dah lama gambar ni terperam dalam folder. Masa bulan puasa hari tu saya buat :) Simple je murtabak maggi saya dan confirmla sedap kan dah air tangan sendiri :) Nyum3

Tengok orang lain buat sedap je, saya pun try la kan. Memang sedap dan simple. Tapi tak boleh makan selalu sebab nanti gemuk :) Kolestrol banyak tu, pakai telur kan :)




ps: selamat berhujung minggu :)

Thursday, September 06, 2012

Hilang 1 tumbuh 1 lagi

Assalam kawan-kawan,

2-3 hari lately ni saya rasa malas nak update blog, tak tahu nak update apa sebenarnya :)

Mood raya ada lagi ke? Sabtu ni, adik ipar buat open house kat Saujana Utama, Sg.Buloh. Kami dijemput memeriahkan suasana, tapi tak sure boleh attend ke tidak sebab suami saya on stand by this week. If tiada aral, kami pergilah. Boleh set date dengan kawan-kawan blogger yg duk area Shah Alam kan :)

Ok, back to the topic. Ini for sure la cerita BE Nuffnang. BE terbaru mengambil tempat ialah DIGI. Sehingga last week, ada 3 BE then 1 dah jadi Me iaitu iklan Sunsilk. Then 2 hari lepas, BE terbaru sedang menari-nari masuk, iklan DIGI. Oklah tu, saya tak rasa nak cash out lagi...tunggu hasilnya mencanak-canak. (update blog malas, macam mana nak mencanak kan? :P)

3 on going BE :)


Tuesday, September 04, 2012

Jamuan raya tnb

Assalam.
Ok pagi ni nak coret pasal jamuan raya kat stesen suami last Thursday.

Kami pergi jam 8pm lepas berbuka dan solat maghrib di rumah. Jamuan bermula jam 8.30pm. Ramai staff yg hadir bersama family mereka. Kebanyakannya sedondon 1 family. Kami pun sedondon juga warna gold :)


Makanan punyalah banyak gerai yg disediakan. Ada sate, ayam golek, kambing panggang, soto, laksa, cendol, ais krim, kebab, nasi beriyani dan etc. Husna and Lukman dapat duit raya too.






Siap tapau bawak balik mee rebus 2 bekas dan kebab 2 bungkus :) Tak larat dah nak makan semuanya. Cendol saja saya makan 2 mangkuk :)


mee rebus terbaik!!!!

Meriah memang meriahla sebab ramai kawan, ada cabutan bertuah dan penyampaian anugerah untuk staff yg cemerlang.

Tahun depan entah merasa lagi tak makan2 macam ni kalau kami jadi pindah.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, September 03, 2012

Baby Maher

Assalam,

Lama tak update blog, busy manjang. Minggu lepas sibuk dengan open house kecil-kecilan di rumah kami. Hari Isnin jemput jiran-jiran tetangga. Hari Rabunya pula, jemput 1 department suami dengan family mereka. Bayangkan, sibuk nak masak sendiri dengan gulung popia, goreng bihun, mee, nuggets and fries. Memang busy. Sate je kami order :)

Minggu ni tak ada open house dah, tapi kalau ada yg nak datang beraya kami sentiasa menerimanya dengan senang hati. Jemput ye, mana-mana blogger yg sudi nak datang.

Ok, back to the topic. Kan dah tersasar. Cerita tentang anak buah saya yg pertama di belah saya. Anak sulung adik bongsu saya, kahwin this year end of Febuary dan dapat baby beberapa hari ummat Islam sedang berpuasa. Baby dia premature, tak sempat-sempat nak keluar :) Berat 1.8kg saja. Baby boy, terpaksa dikeluarkan sebab Nadia my sil discan ada fibroid sebesar biji oren di tempat laluan baby nak keluar tu. Dan dan juga dah ada bukaan 3cm and air ketuban semakin sedikit. So, doc decided keluarkan melalui tingkap. Alhamdulillah now baby and umminya sihat saja. Boleh pergi beraya lagi :) Oh ye, nama penuh baby Maher Rifqy.

Happy dapat anak buah pertama saya hadiahkan playmat brand simple dimple. Tak kisahla Maher sangat kecil lagi asalkan dia dapat hadiah yg best from mak ciknya ni.

kecil je kan? ini dalam dakapan adik saya aka Pak Langnya...


Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi