Monday, October 29, 2012

Pindah rumah

Assalam dan selamat pagi kawan-kawan semua,

Tak terlambat rasanya saya nak wish selamat hari raya kurban, hari ni masih ada takbir raya lagi kan :) Alhamdulillah, suami dapat sempurnakan ibadah kurbannya yg pertama sepanjang hidupnya. Kami kurban lembu.

Ok, saya nak minta maaf banyak-banyak lama dah tak melawat rakan-rakan blogger.
Busy mengemas rumah, nak pindah. Esok lusa barang-barang ni bakal diangkat masuk ke dalam lori untuk di transfer ke sebuah rumah sewa di Nilai. (sewa free je :)) Just letak barang, orang nya balik Johor rumah mak abah saya.
Rumah kami di Sg.Buloh dalam pembinaan lagi, so tak boleh letak sana.
Suami saya akan bekerja selama setahun ke oversea, insyaAllah 3 bulan sekali dia baliklah jenguk kami anak beranak.

Banyak lagi tak settle sebenarnya, terutamanya barang yg kecil-kecil ni. Jenuh nak masuk dalam kotak semuanya. Lepas tu nak kena label kan :) Tak apalah, malam ni kena overtime tidur lambat siapkan apa lagi yg tak siap.

peace from husna and lukman :)




May be lepas ni masa nak berblogging saya agak kurang sebab kat rumah mak nanti saya tak pasang streamix. Just pakai broadband.

Ok c u again :) InsyaAllah.




Friday, October 12, 2012

Kisah Lukman mula dapat kaki

Assalam,

Selamat pagi kawan-kawan blogger, silent reader dan kawan-kawan sama ada kenal atau tidak :)
Saya dah lama tak blog walking kan, mohon ampun dan maaf sejuta impian, agak busy dengan kerja-kerja rumah. Tak lama lagi kami nak pindah rumah, suami kerja ke Pakistan, saya dan anak-anak tinggal menumpang di rumah mak abah saya di Johor. Barang-barang rumah ni mungkin akan diletakkan di sebuah rumah sewa, rumah kami di Saujana Utama sedang dalam pembinaan dijangka siap awal 2014. So, homeless la jawabnya kami untuk setahun ni :)

Ok, balik pada tajuk cerita. Nak cerita kisah permulaan my hero, Lukman yg baru saja dapat kaki. Lukman mula berjalan dengan lajunya pada usianya setahun 4 bulan. Bagi sesetengah orang menganggap ianya sesuatu yg lambat, tapi saya ok je. As long as, anak saya tu sihat. Dia actually macam takut-takut nak berjalan tu yg kesnya jadi lambat. 1,2,3 step melangkah lepas tu dia turun merangkak balik. Ada hati nak main kejar-kejar dengan kakaknya tapi kejar sambil merangkak :) Saya pun duk mengeluh juga, "bila Lukman nak berjalan ni? ummi tak larat nak dukung adik...kalau dah jalan kan best..."
Lepas tu bila dia dah start jalan, saya pula tak larat nak kejar dia. Hehe. Bersyukur la puan huda :)

Alhamdulillah setahun 4 bulan hari tu dia dah berani untuk mengorak langkah lebih jauh lagi. Now dah laju dah, bulan ni akan genap usianya setahun 6 bulan. Ada 6 bulan lagi perjalanan bf saya dan Lukman, insyaAllah moga Allah permudahkan.

Jom tengok Lukman jalan, gambar latest masa di CH hari tu.







Wednesday, October 10, 2012

Last weekend di CH

buah hati ummi dan abah
manisnya senyumanmu :)
meh kakak bawak adik meh
strawberry nyum3

happy :)

Kami last weekend ke Cameron Highlands. Sekian lama tak ke sana, 1st untuk Lukman merasa tempat sejuk selain di Madinah dulu.

Kami stay 3 hari 2 malam di banglo peranginan TNB. Best sangat dapat makan sayur fresh dan strawberry ais krim :)



Wednesday, October 03, 2012

Outstation Bangi

Assalam,

Selamat pagi!
Akan berada di Residence Hotel, Uniten sehingga Jumaat.

Sebab suami akan jadi panel penemuduga untuk intake baru PEP (program eksekutif pelatih) more pada electrical punya background di TNBR.

Jom2, kawan-kawan sekitar Bangi and Putrajaya kita jumpa-jumpa :)

Tuesday, October 02, 2012

Bila bulan haji tiba

Assalam dan selamat pagi,

Apa khabar semua?
Pagi ini saya agak feeling sikit, kerinduan pada sesuatu.
Saya rindukan suasana itu...yg mana peluang itu datang pertama kali dalam hidup saya. Hanya Allah yg tahu perasaan ini bila kita rindukan Nya.

Labbaika Allahumma Labbaik
Labbaika la syarika labbaik
Innal hamda wanikmata
Lakawal mulk, la syarika la

Saya rindu nak ke sana lagi, tambah-tambah bila tengok khabar haji di astro oasis atau di tv Al-hijrah. Feeling tu terus hadir dan membuatkan air mata ni tiba-tiba laju turun. Ya Allah, semoga ada peluang lagi untukku lagi, untuk solat di rumah Mu dan ziarah makam Nabi Mu. Moga kita semua berpeluang untuk ke sana suatu hari nanti, insyaAllah. Amin~

Tahu tak? Husna bila nampak gambar Kaabah di tv, dia akan ulang cakap "kita nak pergi lagi tak?...esok kita pergi lagi nak?"

Hai anak, kalau lah Makkah tu dekat dengan Malaysia, tiap-tiap hari ummi dan abah bawak kamu wahai anak :)

Moga suara hatinya ini didengari Allah, insyaAllah one day nanti Husna and Lukman berpeluang ke sana lagi. Itu doa ummi.


rumah Allah, Kaabah

Lukman, ummi doakan ada lagi panggilan untuk Lukman for the next time...insyaAllah

rindu sangat, hanya Allah yg tahu...untuk Husna juga :)

lagu waiting for the call by irfan makki



Monday, October 01, 2012

'Zali' Masihkah ada Ramadhan kemalangan maut

KUALA LUMPUR: Dua penunggang motosikal terbunuh dalam kemalangan berasingan di lokasi sama di Kilometer (KM) 5.7, Lebuhraya Persekutuan, berhampiran bangunan Angkasapuri, semalam.
Dalam kejadian jam 7 dan 9 pagi itu, S Nathanraj, 19, dan Muhammad Amirul Mazlan, 19, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.

Dalam kejadian pertama, Nathanraj yang menunggang Honda Wave dari arah Petaling Jaya menghala ke ibu kota dikatakan dilanggar sebuah kenderaan yang melarikan diri sebelum sebuah kereta melanggarnya.
Jurucakap polis berkata, dalam satu lagi kejadian, Amirul yang juga seorang pelakon drama, menunggang Modenas Elite maut pada jam 9 pagi apabila dipercayai hilang kawalan sebelum motosikalnya merempuh pembahagi jalan.

sumber dari SINI







Al fatihah untuk arwah.
Saya sukakan watak dalam lakonannya mantap dan berkesan.
Moga arwah di tempatkan di kalangan orang yg beriman.


Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi