Thursday, January 31, 2013

Husna ke school

Dah nak masuk 2nd month of this year baru ummi dia sempat cerita pasal Husna masuk sekolah :)
Bukan malas, tapi ummi sibuk dengan macam-macam hal.

Untuk makluman semua, Husna dah masuk school dekat dengan rumah atok dan neneknya ni. PASTI. Tujuan asal saya hantar dia ke sekolah untuk mengurangkan rasa rindunya terhadap abahnya di samping beri dia peluang untuk bergaul dengan rakan sebaya. Memang agak muda, umurnya baru nak cecah 4 tahun kan.

Di sekolah ni, kelas 4 tahun sahaja tidak mix dengan murid kelas 5 atau 6 tahun. So, bolehlah cikgu dia fokus untuk pembelajaran kanak-kanak seusia Husna. InsyaAllah akan belajar mengenal abc, 123 dan alif ba ta di samping doa-doa yg mudah dan belajar solat. Itu yg dijanjikan oleh Cikgu Huda (nama sama macam nama ummi kata Husna :))

Bangun pagi tak ada masalah, cuma dia akan beri alasan..."kakak ngantuk lagi..." then bila kita bawa masuk dalam bilik air dia okla...gosok gigi dan mandi..

Masa 1st and 2nd day ada drama bersiri. Dia steady before sampai school, bila dah sampai baru dia nangis sebab ummi tinggalkan dia. Cikgu pujuk sambil dukung dia masuk kelas. Saya dengan berat hati terpaksa tinggalkan dia begitu saja. Bila balik cikgu cakap dia ok, menangis time tu je pun.

Hari ketiga kami tukar plan, minta nenek yang hantarkan Husna ke pintu sekolah. Alhamdulillah, ibu saya cakap dia langsung tak menangis. Sampai la ni dia refuse saya yang hantar..katanya, "kalau ummi hantar nanti kakak nangis.." So tugas saya kejut dan mandikan dia, siapkan dia. Yang hantar atok dan nenek sampai ke pintu sekolah.

Jom tengok Husna dan uniform school :) Orangnya kecil, baju pun agak labuh size S. Kasut mujur ada size. Hehe.

Macam mana gelagat anak-anak anda first time pergi sekolah ye?

uniform warna hijau dengan tudung cream


baju senaman

white shoe

malu-malu pulak dia :)




KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

9 comments:

~ana~ said...

good girl la husna...:)

nieda said...

Comelnya husna,.teringin nk hantar humaira tadika pasti tp kt area umah nieda x de plak..

Huda said...

@ana - eheheheh, gitula dia..

Huda said...

nieda - kat saujana utama banyak tp jauh sikitla kan..cumanya adik ipar huda cakap pasti bila dah terlalu ramai pelajarnya, budak2 mcm x boleh fokus..ramai yg keluar pasti masuk tadika adik ipar huda pulak :)

Nafira usof said...

dah besar dah dia.. dh gi skolah dah.. :)

memula jer x nak kan~ lepas tuh trus ok.. lagi2 bila dah ade kawan kat sekolah..

Izan Ishak said...

pandai dia cakap kalau ummi antar nnti kakak nangis.

apa yg k.izan suka dgn pasti.... cikgu2 kat sini sgt pandai ambil hati anak2. marah bila perlu sahaja. anak2 pun bila balik ada je benda baru yg mereka baca belajar. lama2 jadilah hafalan kan...

*mudah2an husna terus diterangkan hati utk terima ilmu kat pasti ye... suka tgk dia pakai baju sekolah tu. comel!

aanie said...

alahai comelnya dah pegi school..

Aju Mohit said...

alahai comelnya husna, sib bek atok and nenek yang anta klu tak mamanya kene duk dlm kelas ;)

wan nurul hezrina abd halim said...

alahai comelnyer dia=)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi