Tuesday, January 22, 2013

Mix and Match cotton

Assalam dan selamat pagi!

Hari ni masih sejuk, hujan selang seli turun. Alhamdulillah, setakat ni tak ada lagi dengar bandar ni ditimpa banjir.

Saya dan anak-anak batuk sejak 3 hari lepas. Alhamdulillah dah makin sihat. Batuk masih ada, cuma tidaklah teruk. On off.

Sejak suami bekerja di Pakistan, saya dan anak-anak lebih berdikari. Ceewah! Ye la tu, ke mana-mana masih berteman dengan ibu abah saya. Saya bukan tak boleh handle anak-anak sendiri cumanya suami tak galakkan.

Last month masa suami balik bercuti, dia bawakan banyak kain cotton original from Pakistan. Cantik-cantik pula tu, rambang mata saya memilihnya sebab nak bagi-bagi adik beradik dan mak in law kan :) Sedia maklum, Pakistan memang banyak pilihan kain cotton sebab tu saya order banyak pada suami.
Harga pun sangatlah murah dan berpatutan. Tapi suami kata, masalah kadang-kadang komunikasi...sebab orang Pakistan ni tak ramai yg boleh speaking kan. So, kenalah minta tolong driver yg bawa suami dan kawan-kawannya translate.

Next trip suami balik saya nak kirim lagi. Boleh melaram dengan cotton raya ni :)
Siapa kat sini pun minat kain cotton?

siap selendang

mix and match cotton



KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

8 comments:

*azni* said...

cantik2..sy pun minat kain cotton tp satu je malas nak iron..kain cotton cepat berkedut..huhu..

~ana~ said...

ana suka kain cotton sbb sejuk kan..tp husband x suka plak...huhuhu..terus la x beli dah kain cotton skrg ni..

Nafira usof said...

canteknye warna~ lembut jer~

nieda said...

huda...nieda minat sangat. Nak kirim boleh? hehe.. buatlah bisness boleh nieda beli.

hadina said...

mcm ni boleh lah tempah sepasang dua..hehehehe

Miss Volvo said...

wah! cantik :)

wan nurul hezrina abd halim said...

sama mcm azni..tapi suka gak ngan cotton sbb tak panas.selesa bila pakai

adianiez AIDA said...

untung nyer...
saya suka juga pakai baju cotton.
beli kat m'sia jer la :-) hi hi hi...



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi