Friday, February 01, 2013

Kuala Gula Sanctuary Resort

Lama dah cerita jalan-jalan kami ni, masa bulan 12 yang lalu masa suami balik bercuti tiga minggu menghabiskan cuti tahunan beliau. Baru sempat nak dicoret serba sedikit di sini :)



Suami saya memang pencinta alam, dia suka jika pergi bercuti dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT, di samping muhasabah diri melihat kebesaranNya. Saya pun tak terkecuali sukala ikut, ikut free kan siapa tak nak :) Lagipun, tempat jarang-jarang boleh sampai ni takkan tak nak pergi kan?

Kuala Gula ni, sebuah pekan nelayan. Eh pekan ke? Boleh dipanggil pekan walaupun tidak besar mana pekannya. Penduduk rata-rata ada yg bekerja sebagai nelayan, pekerja estet dan peniaga. Suami jumpa resort Kuala Gula ni dalam facebook. Chalet atas sungai, best sangat sebab boleh memancing terus dari balkoni chalet. Kepada pemancing-pemancing tegar, boleh try datang sini ye. Oh kat mana tempatnya ni? Kalau ikut highway exit Taiping lebih mudah saya rasa. Then ikut sign board menuju ke Kuala Gula yg terletak di dalam daerah Kerian.

Pilihan bilik ada bilik standard, bilik superior, bilik family.
Harga seperti di bawah ni:

STANDARD ROOM -WEEKDAY : RM 110/1N-WEEKEND/PUBLIC HOLIDAY: RM 130/1N
SUPERIOR ROOM -WEEKDAY : RM 130/1N-WEEKEND/PUBLIC HOLIDAY: RM 150/1N
FAMILY ROOM-WEEKDAY : RM 250/1N-WEEKEND/PUBLIC HOLIDAY: RM 280/1N
*WEEKDAY : MONDAY- THURSDAY 
*WEEKEND/PUBLIC HOLIDAY: FRIDAY- SUNDAY

Kami menginap 2 hari 1 malam sahaja, sebab keesokkannya kami dah cabut ke Langkawi pula :)
Abah saya kata, rugi tak bawak pancing kalau tak boleh try skill memancing. Hehe.

Di sebelah Kuala Gula santuary ni ada sebuah restoran terapung atas air. Boleh tahan ramai pelanggan yg datang makan kat sini. So, kami dah siap-siap booking and order makanan seawal jam 6pm. Dalam pukul 8.30pm kami keluar untuk makan. Pendapat saya, seafood yg dihidangkan memang fresh tp bab kesedapannya saya bagi 3 star saja. Sedap lagi saya makan kat Senibong, Johor Bahru :) Harga pun tidaklah terlalu mahal, reasonable la. Then, kat sini ada jual ketam lembut. 



More info tentang Kuala Gula santuary resort boleh refer di sini.




KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

3 comments:

Izan Ishak said...

dari dulu suami k.izan teringin nak pegi kelong. katanya boleh mancing tu yg teringin nak cuba tu... nak ke kuala gula tu cam jauhlah plak..

nieda said...

Tempat ni popular dgn ketam lembut

Myra Jay said...

Ok jugak harga bilik ni, reasonable :D



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi