Monday, February 18, 2013

'Moogoo' untuk kurangkan ekzema Husna

Assalamualaikum dan selamat tengahari kawan-kawan,

Pernah dengar 'Moogoo' tak?
Saya pernah baca dalam majalah tapi belum pernah lagi mencubanya.
Lantas, petang semalam saya ke farmasi dan diperkenalkan dengan Moogoo oleh ahli farmasi.

Actually saya nak try yg Moogoo irritable skin balm sahaja, tapi dimaklumkan out of stock dan mereka sedang order sebab baru lepas cuti CNY kan. Then, abah saya kata try beli yg trial pack. Oh Oh, tengok harga, saya telan air liur gak. Hehe. RM187 harga tertera dan ada promo diskaun RM10. So harga jadi RM177. Maka, belilah juga demi anak tercinta. Ahli farmasi itu mendakwa :), setakat ni semua customers dia puas hati, belum ada lagi yg cakap tak ok this product.

trial pack consists of this 4 items

Dalam trial pack ini ada:

1) Moogoo Milk Wash - guna untuk mandi ada milk protein dan coconut oil di dalamnya. saya siap beli span mandian tu untuk picit milk wash ni dah apply kat serata badan Husna.
2) Irritable Skin Balm - ini kita apply kat bahagian-bahagian yg irritate tu la. tujuan untuk merawat merah-merah yg keluar kat kulit tu. safe untuk baby dan children.
3) MSM Soothing Cream - then boleh apply soothing cream ini untuk melembabkan kulit kita. dia free alcohol dan fragrance free. bila pakai memang mouistrize je rasa kulit :)
4) Udder Cream -bila necessary, kita boleh apply udder cream ni, sama juga untuk melembabkan lagi kulit kita sambil merawat kulit kering.

Balik terus mandikan Husna dengan moogoo milk wash tu. Saya sukakan baunya. Lepas mandi sapukan dengan irritable skin balm. Erm, sepanjang penilitian saya, malam tadi memang Husna duk menggaru tak berhenti-henti. Saya nak tidur pun tak tenang sebab dia akan menggaru bila terasa gatal. So, saya sapukan juga dengan soothing cream moogoo bagi kulitnya lembab. Hari ni balik from school, tak nampak lagi dia menggaru.

Setakat ini, saya akan try consume dulu. Tengok lepas 2-3 minggu nanti saya akan buat review semula if ianya berkesan ye. Mudah-mudahan menjadi, kasihan tengok Husna tergaru-garu bila panas atau kering. Dah macam-macam jenis ubat doktor dan specialist kami try kat dia. Yg berbayar, yg panel dan macam-macam lagilah.



no SLS, no streoid, 100% natural

belakang kotak ada details cara guna





KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

8 comments:

Granny Hani said...

cucu kak hani pun guna set ni, memang nampak ok sikit tapi menyembuhkan tu tak lah..

Huda said...

kak hani - ooo..mudah2 an okla kan kak..dpt legakan pun dah ok..sian tgk anak menggaru je :)

*azni* said...

mmg harga dia leh wat kite telan air liur berkali2..haha..azni penah try tester kat watson,ingt nak belikan utk izzul..tapi tapi serius azni tak tahan dgn bau dia..mcm hamis sket bg hidung azni la..huhu..

semoga husna serasi dgn produk moogoo tu..kite makpak ni tak kisah berhabis demi anak asalkan anak sihat..betul x?

wan nurul hezrina abd halim said...

nurul sama cam azni sbb kami g watson sama2..huhu mmg tak tahan bau dia masa ngetest2.harga mmg bulat mata tgk.hohoho..

sofia pun ada eczema tapi start setahun n lepas g klinik kulit di melaka (doktor dia dr singapore)mmg berkesan..dahlah tak sampai 200 pun kami habis.mmg hilang sungguh eczema dia.anak pakcikpun ada try g situ..anak dia dah 16tahun penghidap eczema n takleh makan pakai tangan laa nie bleh pas g doktor2..kbtulan ke apa nurul tak pasti..alhamdulillah kulit sofia sampai skang masih ok..ubat yang kita guna2 tak pakai lama beberapa kali pakai jer.skang guna losyen biasa jer kat sofia bg kulit tak kering

Puteri Abu Bakar said...

Salam kak wan nurul ..sya nk tahu kak g melaka nye daerah mane...anak sya ade ekzema ..kalau bole nk cube juga dgn doktor dari spore tu ....

Puteri Abu Bakar said...

@wan nurul hezrina abd halimslm kak wan nurul,anak sy pon ade ekzema tak baik2 smpai skrg,, bole akak bgtau klinik kulit kat melaka tu daerah mane dan ape name klinik tu,,nnti sy nk cube pegi coz mak ade duk melaka,.

Puteri Abu Bakar said...

Salam kak wan nurul..anak sya pon ad3 ekzema,tk baik2 smpai skrg...bole tk akak bgtau klinik kulit kat melaka tu daerah mane dan ape name kkinik tu yer....sy nk cube kebetuln mak tinggal di melaka....

Puteri Abu Bakar said...

Slm



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi