Friday, March 01, 2013

Al-Fatihah untuk 2 komando polis di Lahad Datu

Ya Allah! Terkejut sangat baca status kawan-kawan kat FB tadi pasal berita pertempuran di Lahad Datu. 2 komander polis kita terkorban. Takziah saya ucapkan untuk keluarga mangsa yg terlibat. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang yg beriman, hari ini hari Jumaat. Innalillah.

 “AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006″


Laporan dari portal online Filipina menyebut 10 penceroboh maut manakala 4 lagi cedera dalam pertempuran antara pihak keselamatan Malaysia dengan puak penceroboh. Menurut laporan Bernama pula, 2 polis komando dilaporkan terbunuh dalam serangan mortar oleh puak penceroboh.

Ketegangan berlaku setelah tempoh memujuk untuk menyerah diri berakhir dan berbagai tawaran supaya mereka keluar dari kawasan kedaulatan Malaysia dibuat termasuk dengan kerjasama Filipina menghantar kapal angkatan lautnya untuk membawa mereka pulang ke Filipina.

Sebelum ini, pihak Reuters melaporkan bahawa pihak Filipina mendakwa bahawa para penceroboh yang mengakui Tentera Diraja Sultan Sulu bagi Sultan Kiram III yang kini menetap di Manila telah bertanggungjawab membawa masuk segerombolan dipercayai tokoh-tokoh penduduk Kepulauan Sulu di Filipina atas jemputan pihak pembangkang yang tidak disebutkan siapa, bagi membincangkan isu pemberian tanah kepada mereka di bumi Sabah.

Kerajaan Malaysia perlu mendesak Kerajaan Filipina menahan Sultan Kiram III dan disabitkan dengan undang-undang yang terpakai di sana dalam hal ini.

Peperangan telah dimulakan dan dipercayai inilah pertempuran paling sengit pernah berlaku di negara ini selepas Parti Komunis Malaya meletakkan senjata pada 2 Disember 1989.


rujukan SINI


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 comments:

Aju Mohit said...

alfatihah semoga roh perwira negara ini dicucuri rahmat, syahidnya perwira negara kita

Cinta Misteri said...

beritabterbaru dah 3 org komando terkorban dan dberapa yg lain cedera.

harap dpt diselesaikan dgn aman...

Ibu Lala said...

Al fatihah

Myra Jay said...

Moga masalah ini selesai dan xberlaku peperangan di sana



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi