Monday, March 18, 2013

Maulidur Rasul semalam

Assalamualaikum. Hai semua,

Apa khabar hari ini?

Semalam berlangsunglah program maulidur rasul di taman perumahan tempat menginapnya ibu dan abah saya ni. Dah terlewat nak sambut maulud nabi tapi tak apalah, programnya sangat menarik sebab ada pertandingan hafazan dan melukis untuk kanak-kanak.

Selain itu, kalau kat Johor ni mesti ada persembahan berzanji dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Pagi tu dalam pukul 8, penduduk taman akan berarak menuju ke surau.

Persembahan nasyid pun ada, oleh belia di taman ini. Sedap juga mereka bernasyid, saya suka lagu ya hanana...ya hanana..macam kat tv al hijrah tu :)

Kami sampai lewat sikit time orang berzanji sebab nak kejutkan dua orang anak saya ni punyalah lama. Eh, si adik senang je..kejut dan mandikan..siapkan pakai jubah lepas tu dia tidur balik. Si kakak yang ambil masa paling lama...suruh mandi dia kata tengah makan biskutla..macam-macam alasan dia :)

Penceramah yang berceramah semalam ialah Ustaz Muhammad bin Abdullah al Amin @ ustaz amin yang famous kat tv 9 tu :) Sambil ceramah, dia ada selitkan selawat, dia ajak semua pendengar berselawat bersama. Alhamdulillah, intipati ceramahnya juga bagus, diajak kami semua mengembara di dalam masjid nabawi. SubhanaAllah. Saya rindu kat masjid nabi...

Majlis tamat sekitar jam 12pm lepas makan nasi beriani dengan kambing :)


ustaz amin ni murah dengan senyuman...

Saya berjaya ambil gambar ustaz dari dekat, siap ustaz berhenti masa saya tengah ambil gambarnya...Lukman masa tu saya dukung dia so dapatla bersalam dengan ustaz, ambil berkat orang alim :)


muka monyok bangun pagi-pagi :)

ummi dan kakak Husna..hehehe..



KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 comments:

Aju Mohit said...

seronoknya dapat ikuti majlis ilmu macam ni kan huda, ngantuk muka 2 beradik ni hehe

Nafira usof said...

hehehe.. sonok jugak dapat joint xtvt cam nih kan~



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi