Monday, March 04, 2013

Pentingnya vitamin untuk ibu hamil

Assalamualaikum dan hi kawan-kawan,

Apa khabar semua? Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Hari ini saya nak share some info yang saya perolehi daripada FB Dr. Hamid Arshat, pakar O&G yang sangat tersohor dan terkenal. Saya masa sebelum pregnant my first child dulu, tiap-tiap hari time lunch hour saya akan masuk dalam forum beliau dan cari info macam mana nak pregnant, dan info-info kesihatan wanita. Alhamdulillah, dari situ saya belajar dan dari situ juga saya apply apa yang saya perolehi ilmu darinya.




Ini berkenaan kepentingan vitamin untuk ibu hamil. Ramai yang beranggapan dengan mengambil vitamin semasa hamil akan menyebabkan saiz bayi besar sewaktu lahir. Pengalaman saya sendiri melahirkan dua orang anak, Alhamdulillah anak-anak saya dilahirkan dengan size yg normal dan sihat. Saya mengamalkan pengambilan vitamin yang doktor berikan dan juga makan makanan berkhasiat.

Dr. Hamid Arshat juga mencadangkan pengambilan supplement tersebut perlu diambil selepas bersalin untuk mempercepatkan proses pulih rahim dan menguatkan badan serta dapat menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi. Beliau juga galakkan wanita patut makan vitamin tersebut sehingga ke akhir hayat mereka untuk kesihatan tubuh badan.

Alhamdulillah, sebenarnya tujuan post ini saya tulis untuk memberi penerangan kepada kawan-kawan betapa pentingnya pengambilan vitamin. Kita sedia maklum, vitamin bukanlah ubat untuk merawat tetapi sebagai makanan tambahan untuk mencukupkan mana yang kurang di dalam badan kita. Sebaiknya kita cegah daripada sebarang kemungkinan.

Dalam agama pun menyeru umatnya agar berikhtiar. Maka, ada baiknya kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan pengambilan vitamin di samping berdoa dan memohon agar dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang hayat kita :)

Info tentang vitamin apa yg baik untuk ibu hamil boleh rujuk di laman ini oleh Dr. Zubaidi Hj Ahmad.




KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 comments:

NM02 said...

masa peknen saya hanya minum susu HL

NM02 said...

dan juga obimim... lupa plak. hehehe



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi