Tuesday, March 12, 2013

Ubat untuk hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."

Bila diteliti baik-baik lirik lagu Opick ni memang sangat bagus, muhasabah diri. Marilah kita perbaiki hati dan diri kita agar menjadi muslim dan muslimah yang sebenarnya. 



Ubati hati kita dengan 5 perkara ini, insyaAllah kita akan berjaya di dunia dan akhirat.

  1. baca alQuran dengan memahami maksud ayat tersebut.
  2. berpuasa dengan mengosongkan perut (puasa sunat)
  3. beribadat di waktu malam
  4. bangun di sepertiga malam (qiam) untuk menghampirkan diri kepada Allah
  5. banyakkan bersama di dalam majlis ilmu iaitu bersama orang-orang yang soleh
 



KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 comments:

MrS. F!zA said...

mmg betul kan kita kena sllu ubati hati dgn 5 perkara tu..bru hati selalu bersih..

Aju Mohit said...

tq for sharing huda, insya allah akan cuba amalkannya

Nia said...

Thank Huda :) menarik ni.

eB said...

MUDAH2AN :)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi