Monday, May 20, 2013

Saham akhirat

Assalamualaikum dan selamat petang,

Dah lama saya nak coret kat sini pasal saham akhirat. Apa tu saham akhirat?
As manusia, kita tak lari dari sikap suka membantu orang lain jika mereka mengalami kesusahan.
Maka, di sini saham akhirat boleh disimpulkan kita mengumpul pahala untuk memudahkan amalan kita ditimbang di padang mahsyar nanti.

Sejak kebelakangan ini ada banyak channel atau saluran untuk kita gandakan saham akhirat kita dengan banyak menderma atau bersedekah kan. So, kita pilih saja mana kita nak pergi untuk kita dermakan harta yang kita ada. Tak rugi bersedekah dan menderma ni, Allah akan gandakan lagi rezeki untuk kita jika kita memberi dengan sepenuh hati dan ikhlas kerana Allah.

Antara channel yang boleh kita salurkan ialah untuk Aman Palestin dan pertubuhan-pertubuhan NGO yang lain yang banyak membantu dalam misi kemanusiaan. Dalam negara pun kita boleh bantu seperti bantuan kepada anak-anak yatim dan orang tua atau mangsa bencana. So, pokok pangkalnya balik kepada kita. Mahu atau tidak. Allah menilai hamba Nya yang beriman melalui amal bukan harta kekayaan yang limpah ruah tapi tidak digunakan untuk kebaikan orang lain, betul tak? :)

Sumbangan ikutlah kemampuan yang kita ada, jika ada RM1 dalam wallet kita bagi RM0.50, jika ada RM100, nak bagi RM5, RM10, RM20 terpulang pada kehendak kita.




Hayati lirik lagu Opick ini --> Sedekah




Alangkah indah
orang bersedekah
dekat dengan Allah
dekat dengan surga

Takkan berkurang
harta yang sedekah
akan bertambah
akan bertambah

Allah Maha Kaya
yang Maha Pemurah
yang akan mengganti
dan membalasnya
Allah Maha Kuasa
yang Maha Perkasa
semoga kan membalas surga

Oh indahnya
saling berbagi
saling memberi
karna Allah

Oh indahnya
saling menjaga
saling mengasihi
karna Allah
Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Allahu ya Rahman


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

1 comments:

Aju Mohit said...

inshaa allah, rezeki yg allah beli bukannya semuanya milik kita, ada hak org lain sebenarnya, jika byk memberi inshaa allah byk kita menerima ;)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi